Petua Simpan Kunyit, Halia Atau Serai Supaya Tahan Lama. Dua minggu Tetap Segar Macam Baru Beli, Ini Caranya!

Share

Menyimpan bahan masakan memerlukan cara tertentu, kalau diletakkans ahaja di dalam peti sejuk, pasti lama-kelamaan ia akan rosak dan tidak boleh digunakan lagi.

Bagi ibu-ibu yang suka membeli dalam kuantiti yang banyak, boleh ikut tip yang dikongsikan oleh Rosie Zam

bagi memastikan bahan-bahan seperti kunyit, halia atau serai segar dan tahan lama.

Begini caranya:

Semalam encik suami belikan kunyit punyalah banyak .

Hari ni saya kongsikan cara nak simpan kunyit, halia atau serai supaya lebih tahan lama dan segar.

1. Isikan semua bahan tadi dalam bekas.

2. Tuangkan air sehingga menutup semua bahagian kunyit, serai atau halia. Kemudian tutup.

3. Simpanlah dalam peti sejuk. Tukarlah air setiap minggu ya.
Cuba tau. Jika anda ingin tahu lebih banyak tips menarik boleh terus follow Rosie Zam ya