Biasanya daun sup, daun ketumbar atau sayuran hijau lain mudah busuk dan layu. Tapi ada cara andai ibu-ibu mahu pastikan ia dapat tahan lebih lama. Kaedah ini dikongsi oleh Nana Aziz.
NAK SHARE SIKIT TIP
Sy pergi pasar…sy akan bli stok daun sup,daun ketumbar byk2 ..pastu sy bekukan….basuh bersih2…racik, masuk dlm tupperware ltk air…nak masak ltk jek…daun tetap segar…jgn risau..
Langkahnya adalah seperti berikut;
1. Basuh bersih daun sup dan daun ketumbar
Ads
2. Racik lalu masukkan dalam bekas kiub ais.
3. Kemudian, tuang air hingga menenggelami daun tersebut.
Ads
4. Bekukan dalam peti sejuk menjadi kiub ais.
Ads
5. Apabila mahu digunakan ambil kiub daun yang siap beku lalu masukkan ke dalam kuah yang sedang menggelegak.
Mudah kan, selamat mencuba.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Lumrah adik-beradik, tak sah kalau tak berkongsi barang baik pakaian, barangan keperluan lain mahupun aksesori. Lagi-lagi kalau adik-beradik perempuan.
Bila dah ramai-ramai lagi best kan. Dapat pula bertukar-tukar baju, jam tangan, guna minyak wangi dan juga barangan aksesori lain.
Dalam satu perkongsian baru-baru ini, adik hos dan usahawan terkenal, Neelofa ada memuat naik sekeping gambar.
Namun apa yang menarik perhatian warganet adalah komen yang ditinggalkan Neelofa pada perkongsian Ameera itu mencui hati.
Apa tidaknya, komen tersebut merujuk kepada pakaian yang dipakai Ameera yang rupa-rupanya adalah milik Neelofa.
Komen dari Neelofa mengundang reaksi warganet. Ada yang mengatakan dia beruntung memiliki kakak seperti Neelofa. Malah ada yag terhibur dan rasa lucu dengan gelagat dua beradik ini.
Kesibukan bekerja membuatkan ibu bekerja tidak cukup masa untuk mengemas rumah setiap hari. Bila pulang dari pejabat, malamnya adalah masa menguruskan anak-anak dan menyediakan sajian buat makan malam.
Sudahnya di mana masa untuk ibu-ibu mengemas rumah setiap hari. Hujung minggu adalah jawapannya.
Pun begitu jika mengemas rumah secara besar-besaran ketika hujung minggu, mak-mak boleh jadi kepenatan kerana melakukan kerja-kerja sepanjang hari. Sebenarnya ada banyak cara bagi memudahkan kita untuk mengemas rumah dengan lebih pantas dan efisyen.
Tulisan ibu ini di blog peribadinya, fydanoh.com boleh kita jadikan tip untuk mengemas lebih pantas dan efisyen, sesuai dengan kesibukan ibu bekerja. Jom ikut caranya.
Tips kemas rumah
Ibu-ibu memang superwoman dan kuat, tapi apa kata kita jimatkan tenaga pada hujung minggu?
1. Basuh pakaian sekurang-kurangnya 2-3 kali seminggu
Elakkan kumpul baju seminggu dan tunggu hujung minggu baru nak basuh baju. Sebaliknya, agak-agak muat 1 mesin basuh boleh terus basuh. Saya sediakan
jadual untuk membasuh baju, iaitu setiap 3 hari dalam seminggu. Seboleh-bolehnya saya elakkan basuh baju pada hari minggu. Waktu saya membasuh baju ialah
hari Selasa dan Jumaat.
Keluarga kami kecil sahaja, jadi boleh lah masuh 2 kali seminggu. Mungkin jika keluarga yang lebih besar perlu basuh lebih kerap atau mungkin perlu basuh
pakaian setiap hari.
Ibu saya memang basuh baju setiap hari semasa beliau masih kerja dulu. Setiap kali balik kerja, beliau akan masak sambil tu mandi dan terus basuh baju.
Sampai sekarang masih tertanya-tanya macammana sambil basuh baju dia boleh agak lauk dah masak.
2. Cara mudah uruskan kain baju
Bila dah basuh baju, tentulah perlu jemur dan lipat kan? Aktiviti mana agaknya yang paling susah dan malas nak buat? Bagi saya lipat baju, dan saya percaya kebanyakan ibu pun macam tu. Biar saja berlonggok, nanti dah tinggi barulah gelabah nak melipat.
Tips paling mudah ialah gunakan penyangkit sewaktu menyidai pakaian. Contohnya pakaian yang perlu digosok seperti kemeja ataupun baju kurung. Jadi, angkat
terus sangkut dalam almari.
Tips kedua untuk melipat baju ialah dengan melipat sambil menonton TV. Ini memang saya paling suka buat, terutamanya rancangan TV yang saya suka
tengoklah. Sedar-sedar cerita habis, baju yang dilipat pun habis.
3. Pandai mengambil peluang
Contohnya, kalau kita nak membasuh baju dan menyapu lantai, kita boleh setkan dulu mesin basuh dan boleh menyapu lantai. Ataupun seperti ibu saya tadi, sambil mandi, basuh baju dan memasak sekaligus. Hebatkan wanita?
4. Membuat kerja ikut arah jam
Maksudnya di sini, kita tetapkan titik permulaan kita untuk kemas rumah. Contohnya bermula dengan dapur, kemudian pusinglah ikut arah jam. Cara ini lebih sistematik dan tiada ruang yang akan tertinggal.
5. Bermula dari atas ke bawah
Mulakan proses mengemas dengan membuang sawang-sawang di siling dan bersihkan habuk yang melekat dikipas terlebih dahulu. Kemudian barulah di sapu lantai.
Jika rumah 2 tingkat pula, eloklah kemas tingkat atas dulu kemudian barulah tingkat bawah. Ibu sibuk dan kerjaya, buat kerja mengikut jadual dan berdisiplin, tak perlu lagi jadi sotong.
6. Sambil mengemop lantai, sambil bersenam
Mengemop lantai tidak perlu dilakukan setiap hari, sebaliknya selang sehari atau seminggu sekali sudah memadai, kecuali memang lantai benar-benar kotor. Sebelum mengemop lantai, habuk dan sampah sarap perlu disingkirkan terlebih dahulu sebaiknya di vakum. Kalau tak sapu sahaja dah memadai.
Untuk mengemop pula, mulakan bahagian tengah kemudian bergerak ke bahagian tepi, dalam gerakan membulat. Teknik ini saya belajar semasa ‘cuci pesakit’ dalam dewan bedah. Kerana kita tahu bahagian tengah tentunya lebih bersih daripada kawasan dekat dinding. Kalau mulakan bahagian tepi dulu, tentulah habuk-habuk akan ditarik ke tempat yang sudah bersih.
Mengemop dan menyapu adalah aktiviti yang paling saya sukai, kerana saya akan pasang muzik kegemaran saya dan gerakkan badan mengikut alunan muzik. Memang
cepat sahaja buat kerja.
7. Gunakan bantuan mesin
Bagi yang berkemampuan, boleh lah gunakan alat-alat bantuan ni. Contohnya gunakan vakum dan robot untuk mengemop lantai. Jadinya, kerja kita akan menjadi lebih ringan dan mudah berbanding menggunakan cara tradisional.
Jadi, siapa kata ibu berkerjaya tidak boleh memiliki rumah yang tersusun dan kemas sentiasa? Asalkan ibu boleh mengamalkan disiplin dan konsisten dengan
kerja.
Di mana ada kemahuan, di situ akan ada jalannya. Impian menjejakkan kaki ke Tanah Suci bersama keluarga membuatkan lelaki ini nekad melakukan kembara berbasikal bersama-sama keluarganya.
Muchlis Abdullah, 47 dari Jakarta, Indonesia, berkata beliau dan keluarga bakal menyusuri lapan hingga 10 negara dan dijangka tiba di Jeddah pada Januari atau Mac tahun depan.
“Saya menjangkakan kami tiba di Jeddah dalam masa lima hingga tujuh bulan lagi,” kata Muchlis kepada Bernama ketika ditemui di perkarangan Masjid Papan, Permatang Pauh di sini, Selasa.
“Kembara yang dinamakan ‘Ziarah Qudsiyah Tanah Suci 2018′ ini bermula pada 11 Julai lalu apabila saya dan anak sulung, Mirza Hakim, 15, bertolak dari Jakarta manakala isteri, Julianti Husin, 47, dan dua lagi anak kami, Ahmad Zaki Hafiz, 11, dan Oliva Yumna, 6, bertolak dari Medan.
“Kami tiba di Malaysia pada 30 Julai dengan memasuki Melaka menggunakan perkhidmatan feri sebelum meneruskan perjalanan berbasikal ke utara tanah air melalui Selangor, Perak dan Pulau Pinang.
Menurut Muchlis lagi, sewaktu tiba di Pulau Pinang, dai dan keluarganya menginap di sebuah hotel di Permatang Pauh selama dua hari atas sumbangan dan bantuan penduduk setempat.
Selepas itu, mereka meneruskan perjalanan pada pukul 8.57 pagi ini selepas bacaan doa dan upacara pelepasan oleh Imam Masjid Papan, Wahab Yahaya, 76. Destinasi persinggahan rehat seterusnya ialah di Gurun, Kedah.
“Selepas Malaysia, antara negara yang bakal dilalui kami adalah Thailand, Myanmar, India, Pakistan, Afghanistan, Iran, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan akhir sekali, Arab Saudi.
“Persiapan dan perancangan kembara itu dilakukan sejak dua tahun lepas iaitu merancang perjalanan serta persiapan mental, emosi dan fizikal.
“Walau bagaimanapun, kami akan mempertimbangkan kemungkinan menggunakan kenderaan awam seperti kereta api dan pesawat sekiranya terdapat halangan yang tidak dapat dielakkan terutama di destinasi yang mengalami pergolakan.
“Kami sangat berterima kasih kepada rakyat Malaysia atas sambutan yang hangat, tidak putus-putus bantu saya dan keluarga… tidak boleh diucapkan dengan kata-kata, hanya Allah yang dapat balas kebaikan semua,” katanya.
Sementara itu Rusnah Baba, 65, dan suami Mohd Damanhuri Abd Talib, 65, penduduk tempatan yang banyak membantu keluarga itu, berkata mereka dihubungi oleh Muchlis untuk mendapatkan bantuan kerana sebelum ini mereka pernah membantu pasangan suami isteri dari Indonesia yang mengembara ke Tanah Suci menggunakan basikal.
“Memang ramai beri bantuan dan nak tolong mereka…contohnya semalam ada pemilik restoran di Kulim hubungi mak cik, minta bawakan mereka ke sana sebab beliau nak beri mereka makan dan bantuan kewangan. Ada juga sebuah kumpulan motosikal berkuasa tinggi kumpulkan duit dan beri bantuan kepada mereka,” kata Rusnah.
Sumber: Bernama
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di