Bunga kantan bukan sahaja sering digunakan sebagai bahan masakan untuk menyediakan laksa, asam pedas mahu pun kerabu. Malah mengikut amalan petua orang dulu-dulu, siapa sangka pokok kantan ini banyak manfaatnya untuk penjagaan kesihatan. Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Ana Mahabu. Pun begitu dinasihatkan juga, petua-petua ini sekadar alternatif dan jangan pernah tinggalkan apa yang disarankan oleh doktor untuk kebaikan bersama.

Pokok kantan

Bagi pesakit gout, air rebusan 3 batang kuntum bersama 4.5 liter air perlu dimasak dan kemudian diminum selama 3 hari berturut turut. Dengan izin Allah, ia akan dapat menyembuhkan bengkak di sendi akibat gout. Menurut orang tua-tua, jika anda mengamalkan memakan bunga kantan secara mentah-mentah, ia boleh menjadi rawatan awet muda kepada kaum wanita, maka digalakkan memakan bunga Kantan secara mentah-mentah.

Manakala menurut pengamal perubatan tradisional dari sejak zaman berzaman, bahawa bunga kantan ini baik digunakan untuk merawat penyakit darah tinggi dan juga kencing manis. Selain itu, khasiat bunga kantan dikatakan dapat menghilangkan rasa tidak bermaya jika selalu diamalkan memakannya.

Juga, jika anda kurang selera makan, amalkanlah dengan kerap memakan bunga kantan secara mentah-mentah ataupun dicampurkan dengan laksa ataupun nasi kerabu. Bunga kantan juga berkesan untuk menghilangkan masalah badan yang berbau dengan cara merebus batang pokok kantan dan air rebusan itu dibuat air mandian. Amalkan selalu, Insyaa-Allah masalah bau badan yang tidak enak itu boleh berkurangan.

Ads

Pokok kantan mengandungi bahan antioksida iaitu karatinoid yang dapat mengurangkan risiko untuk mendapat penyakit kanser selain ianya dapat mengekalkan awet muda. Air rebusan kantan juga boleh digunakan untuk membasuh luka.
Petua Sihat Dengan Pokok Kantan, Macam-macam Manfaatnya!

Sakit telinga boleh dirawat dengan menggunakan air rebusan buah kantan.
Selepas merebus buah kantan selama beberapa minit, air rebusan perlu dititikkan ke dalam telinga.
Jika diamalkan selalu, ia bukan saja melegakan kesakitan akibat bengkak malah boleh mengatasi masalah telinga berair.

Ads

Buah kantan juga dikatakan boleh digunakan sebagai ubat bagi menghilangkan lendir dan kahak pada tekak.

Petua Sihat Dengan Pokok Kantan, Macam-macam Manfaatnya!

Daun pokok kantan turut mempunyai khasiatnya tersendiri. Bagi mereka yang mengalami luka di badan, bolehlah merebus daun kantan. Air rebusan daun yang masih suam dikatakan boleh digunakan sebagai air pencuci luka dengan cara melumurkannya ke seluruh bahagian luka.

Ads

Merawat kencing manis dan darah tinggi. Ambil buah kantan, dibersihkan dan direbus. Air rebusan ini ditapis kemudian diminum seperti biasa. Pengambilan secara teratur dapat mengurangkan masalah ini.

Menguatkan tenaga batin lelaki.
Buahnya yang masak boleh digunakan untuk membantu meningkatkan tenaga batin dengan cara merebus buahnya yang masak dan meminum air rebusannya dan pastikan bertanya kepada pakar atau pengamal perubatan tradisional terlebih dahulu sebelum meminumnya.

Ana Mahabu
Labu Negeri Sembilan

sumber : Ana Mahabu

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI