Naik rimas bila rumah terlalu banyak lipas sama ada di luar mahupun di dalam kabinet dapur. Rasa geli dan kotor bila terpandang kelibatnya.
Ibu-ibu patut boleh cuba petua mudah yang dikongsikan ini. Mana tahu berkesan di rumah anda.
Petua Selamat Halau Lipas
Bahan-bahan:
1 sudu besar baking soda
1 sudu besar gula
Caranya:
- Gaulkan bagi bersatu. Letak dalam bekas dekat tempat gelap laluan lipas. Tabur atas laluan lipas pun ok.
- Gula tu nanti akan tarik minat lipas untuk makan, baking soda tu berfungsi untuk bunuh lipas.
Bahaya lipas :
Kajian kata, dalam perut lipas ada cacing halus dan lembut. Kalau kita pukul atau halau lipas dengan penyapu ke kertas, cacing tu keluar dari perut dia dan cari rumah baru untuk membiak. Ewww!
Selain gula dan baking soda, anda juga boleh cuba 7 petua mudah ini.
Buah lemon
Lemon memang besar kuasanya. Ambil sebiji lemon dan hiris nipis-nipis. Letakkan di tempat yang dirasakan menjadi sarang lipas terutamanya di tempat-tempat gelap seperti dalam kabinet dapur. Cara ini bukan sahaja dapat menghalau lipas tetapi ruang dalam kabinet anda juga akan berbau segar.
Timun
Setiap kali anda memotong timun, biasanya akan buang bahagian pangkal dan hujung timun tersebut bukan? Sebenarnya kedua-dua bahagian tersebut boleh dijadikan sebagai salah satu cara untuk menghalau lipas.
Daun pandan
Anda juga boleh mengambil beberapa helai daun pandan, hiris nipis-nipis dan taburkan di dalam laci atau kabinet. Lipas tidak suka pada bau daun pandan yang harum.
Buah pelaga dan kulit kayu manis
Dikatakan juga lipas tidak suka pada bauan rempah seperti buah pelaga dan kulit kayu manis. Jadi letakkan rempah ini di dalam laci kabinet dan ia tidak akan membiak di situ.
Sabun
Gunakan sabun untuk menghalau lipas jika ada di dalam almari. Caranya ambil sebuku sabun, kalau boleh gunakan sabun yang kuat baunya. Potong kepada saiz yang agak kecil dan taburkan di dalam almari anda terutamanya di dalam laci.
Air sabun
Sediakan air sabun di dalam botol spray dan apabila ternampak lipas terus sembur ke arahnya. Biasanya lipas akan cepat mati setelah di sembur dengan air sabun kerana lipas tersebut tidak dapat bernafas. Ini memandangkan air sabun telah menutup lubang pernafasan lipas yang terletak pada seluruh bahagian kulit kepala hingga ke kulit badan.
Cecair penyegar mulut
Semburan cecair penyegar mulut juga boleh digunakan sebagai agen menghalau lipas. Sebaiknya pilihlah yang beraroma pudina untuk kesan yang lebih efektif.
Kredit : Iza Abu Bakar