
Kesihatan tubuh badan memainkan peranan penting untuk memastikan urusan harian berjalan lancar.
Apabila tidak sihat seperti lenguh, kebas kaki tangan dan susah untuk membuang air besar, ia akan menganggu kesegaran badan.
Nak tahu petua nak badan jadi tidak mudah letih, ikuti petua yang dikongsi oleh puan Normala Md Ismail.
Khasiat:
Hilangkan sakit-sakit badan.
Angin kebas-kebas kaki tangan.
Susah buang air besar.
Cuci darah beku (lancarkan aliran darah).
.
Bahan :
1) Halba sepeket, guna 2-3 sudu besar
2) Halia dlm 3 inci
3) Serai 2 batang
4) Asam Jawa 1sudu
5) Air dlm 1000 ml
Cara :
Bahan halba, halia dan serai diketuk atau dihiris pun boleh. Kemudian rebus semua tu sampai mendidih.
Angkat campur dengan asam jawa satu sudu, kacau2 minum masa nak tidur.
Minum masa air tu suam-suam.
Esok pagi bangun badan jadi segar.. Insha Allah. Semoga dipermudahkan petua ni..cuba jangan tak cuba.
Sumber: Normala Md Ismail
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Meskipun Merangkak Tanam Pokok, Usaha Suami OKU Ni Sara Keluarga Tarik Perhatian!

Bercucuk tanam jika diusahakan meskipun secara kecil-kecilan boleh dijadikan sumber rezeki sekiranya diusahakan dengan gigih. Ini sebagaimana bak kata pepatah, yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang.
Apa yang pasti, setiap rezeki itu perlu diusahakan untuk memperolehinya.
Begitulah yang sedang diikhtiarkan oleh pasangan suami isteri OKU (Orang Kurang Upaya) ini dalam meneruskan kehidupan untuk membesarkan anak-anak.
Meskipun terpaksa merangkak untuk menanam anak pokok di kebun seluas 0.2 hektar, tidak sedikit pun menghalang suami ini bersama isterinya mengusahakan tanaman di Kampung Pulau Hilir, Kubang Kerian sepertimana yang dilaporkan di Sinar Harian.
OKU fizikal berkenaan, Muhammad Hafidz Abdul Rahman, 40, berkata, bahkan berbesar hati melakukan kerja halal itu bagi menyara kehidupan isteri, Nurul Izzaifah Daud, 33, bersama dua anak perempuan mereka yang normal berusia lapan tahun dan enam bulan.
Katanya, dia perlu merebahkan badan dan merangkak untuk menanam anak pokok kerana kedua-dua belah kakinya tidak dapat diluruskan dan terpaksa berjalan dalam keadaan lutut yang membengkok.
“Tidak jadi masalah sebab keadaan ini saya hadapi sejak lahir, sama juga seperti keadaan isteri.
Kami adalah bekas atlet paralimpik Kelantan, saya dalam sukan angkat berat manakala isteri bermain bola jaring.
Pasangan orang kurang upaya (OKU) fizikal, Muhammad Hafidz Abdul Rahman, 40, (kanan) dan isteri, Nurul Izzaifah Daud, 33, bersama-sama mengupas kulit kunyit sebelum dikisar dan digaul bersama garam sebelum dijual kepada pelanggan.
“Cuma sekarang tidak boleh merangkak terlalu lama kerana akan terasa sakit pada bahagian pinggang, berbeza berbanding ketika usia muda dahulu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di kebun Rimba Organik Komuniti (ROK) di Kubang Kerian di sini.
ROK dijalankan dengan kerjasama Min House Camp, Universiti Sains Malaysia (USM), Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma), Persatuan Sindrom Down Kelantan dan Persatuan Pertanian Kelantan melibatkan 20 OKU yang mengusahakan kebun di tanah wakaf sebagai ikhtiar sara hidup sejak Ogos tahun lalu.
Muhammad Hafidz berkata, pihaknya tidak mahu mengharapkan belas ihsan orang ramai sebaliknya berusaha dan dia sendiri mempunyai pekerjaan tetap sebagai pereka grafik manakala isterinya pula membuat kuih-muih serta mengambil pelbagai tempahan makanan kenduri.
“Saya bermula sebagai pereka grafik pada tahun 2013 dengan bekerja di sebuah syarikat namun terjejas akibat Covid-19 dan syarikat terpaksa gulung tikar pada 2019.
“Sejak itu saya melakukan kerja sebagai pereka grafik untuk iklan dan risalah secara sendiri menerusi promosi di Facebook dengan memperoleh pendapatan kira-kira RM700 sebulan bergantung kepada tempahan pelanggan,” katanya.
Nurul Izzaifah pula berkata, pokok ulaman dan sayuran seperti kunyit, lengkuas dan serai yang ditanam di kebun itu akan dijual oleh mereka bagi menambahkan pendapatan.
“Selain menjual secara terus, saya juga memproses kunyit menjadi garam kunyit yang siap dikisar dan dijual RM2 bagi bekas kecil manakala RM10 untuk saiz yang lebih besar.
“Alhamdulillah, terlalu ramai membantu termasuk Macma yang membina rumah di kebun ini dan setiap kami menerima bantuan Elaun Pekerja Cacat (EPC) berjumlah RM450 setiap bulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya.
Bagi yang ingin membantu boleh salurkan ke akaun Bank Islam Nurul Izzaifah Daud 03036021177976 atau hubunginya di talian 0179624044.
Sumber : Sinar Harian
Jom saksikan video menarik Cabaran Pegang Ular, Berani Ke? dari adik-adik BK kita ni.
Tonton juga video ini, rasa-rasanya apa yang menarik jika kita shopping di beberapa kedai yang dianggap ‘kedai saka’ ni ye?
ARTIKEL MENARIK : Berminggu-minggu Batuk Tak Hilang, Rupanya Petua Dari Aunty Cina Ni Yang Serasi Bantu Anak Pulih!
LAGI ARTIKEL MENARIK :15 Minit Jaraknya, Anak Kembar Sepasang Ni Dilahirkan Lain Bulan & Lain Tahun!
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Lagi video menarik!
Baca Ini Juga :Tiba-tiba Tiada Elektrik, Ambilkan Saja Cotton Bud & Buat DIY Untuk Jadikan Lilin. Boleh Tahan Berhari-hari!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Tip Jimat Sabun Pencuci Pinggan, Dari 1L Jadi 5L. Hanya Guna Garam Jer Boleh Tahan sampai 5 bulan, Buih Pun Banyak!

Lepas masak dan makan, tibalah pula aktivioti mencuci pinggan mangkuk dan segala peralatan yang diguna pakai. Sedar tak sedar, sabun makin berkurang dan kena top up semula.
Bagi ibu-ibu yang nak menjimatkan belanja membeli sabun, boleh cuba tip mudah ini.
Hanya menggunakan campuran garam, bukan sahaja dapat menggandakan sabun tersebut, bahkan buih pun banyak. Nak cuba? Jom baca tip ini.
Ni bukan pasal resepi masak tau.. Tapi nak kongsi tips jimat sabun pinggan untuk suri rumah sekalian..
🙂 Jimatlah juga belanja dapur kan…
800ml sabun, kita boleh gandakan menjadi 5 liter sabun…
Katakan 1 liter sabun tahan guna sebulan, 5 liter tahan 5 bulan… ok tak?
Saya seronok sangat sebab buihnya tetap banyak walaupun kuantitinya dah digandakan. Maklumlah saya suka main buih masa basuh pinggan mangkuk periuk bagai..
Mudah je..
Hanya 5 liter air + 800ml sabun (tak kira jenama apa pun, saya guna sunlight) + Garam pakej kecil (anggaran secawan).. Gaul dalam baldi atau bekas besar yang sesuai.. Siap…!
Nak gandakan 400ml je? Boleh, saya pun guna botol sabun sunlight yang 400ml tu je. Dapatlah 2400ml… Hanya kecilkan nisbah asal di atas (nak mudah faham bahagi 2 je sukatan atas tu)..
Refill guna bekas yang sesuai tau, lagi bagus guna semula botol sabun pinggan yang memang dah habis tu.. Kalau selain tu, tulis caption kat bekas tu ‘ni sabun pinggan ye..’
Guna seperti biasa. Tak cuba tak tahu.. Saya dah cuba
InsyaAllah kesannya tetap sama sabun asal walaupun dah agak cair dari kepekatan asal. Yang penting bagi saya banyak buih dan barang basuhan pun bersih tanpa minyak..
Selamat mencuba untuk lebih jimat..
Sangat membantu jimat belanja..
Asalnya 1 botol boleh jadikan 5 botol..
Refill sabun pinggan dalam bekas yang ada je… Jumpa lah yang ni, kena tulislah ‘sabun pinggan’ ye. Ni saya guna nisbah 2000ml air + 400ml sabun + garam ½cawan.. Memang masih berat lagi walaupun dah hampir sebulan… AlhamduliLlah.. Suka³……
Sumber: شهيد شهداء & Khalijah Ishak
Berminggu-minggu Batuk Tak Hilang, Rupanya Petua Dari Aunty Cina Ni Yang Serasi Bantu Anak Pulih!

Mungkin bagi sesetengah antara kita bila gatal tekak dan batuk, ia mudah diredakan dengan makan ubat untuk beberapa kali. Namun tidak dinafikan ramai juga lalui pengalaman yang memeritkan bila berbotol-botol ubat batuk dimakan namun penyakit batuk yang dialami tidak reda-reda juga.
Seakan habis cara dilakukan untuk kembali sembuh seperti sedia kala. Namun belum menampakkan kesan positif.
Sebelum anda berputus asa mencari penawarnya apa kata anda cuba dahulu petua yang dikongsikan oleh Puan Farida Farid ini.
Menurutnya setelah amalkan petua ini, keadaan batuk anaknya yang berlarutan ditanggung hingga tiga minggu lamanya akhirnya berkurangan dan nampak kesan yang positif.
Difahamkan juga petua yang diamalkan ini diberikan oleh seorang makcik berbangsa Cina kepadanya setelah kasihan melihat anaknya batuk tanpa henti-henti di sebuah kedai.
Jadi buat anda yang masih tercari-cari ubat untuk meredakan batuk yang ‘degil’ untuk hilang, apa kata cuba petua ini. Mana tahu ianya juga serasi dengan anda.

PETUA RAWAT BATUK DENGAN BAWANG PUTIH
Anak-anak batuk dah masuk minggu ke-3. Demam kebah, demam kebah, sampai 2 kali pergi emergency department sebab suhu tinggi sangat.
Macam-macam antibiotik dan remedi lain yang saya dah buat, tapi belum ada rezeki nak sihat lagi.
Alhamdulillah, bila amalkan petua rawat batuk dengan bawang putih ini,batuk dah kurang, demam pun dah kebah.
Jadi, saya ingin kongsikan remedi ini yang saya dapat daripada sorang Aunty Cina yang masa tu kasihan tengok anak lelaki saya batuk tak henti-henti.
BAHAN-BAHAN
7 atau 9 ulas bawang putih
Air 1 1/2 cawan
Gula batu 4-5 biji
CARA-CARA
Berikut adalah cara-caranya. Mudah saja.
- Rebus
Rebus semua sehingga sehingga jadi suku cawan. Guna api yang paling perlahan.
- Minum 3 Kali Sehari
Minum semasa air rebusan masih suam-suam. Amalkan 3 kali sehari. Saya buat sekali rebus untuk 2 kali minum.
Petua ini sesuai untuk orang dewasa dan kanak-kanak setahun ke atas.
SEMOGA MEMBANTU
Tak salah mencuba kerana bahan yang digunakan begitu mudah didapati di rumah. Apapun, jangan sesekali abaikan pemeriksaan doktor sekiranya demam dan batuk berterusan.
Petua rawat batuk ini diamalkan secara sampingan saja, sebagai ikhtiar selain rawatan yang dipreskripsikan doktor.
Semoga Bermanfaat
Sumber : Farida Farid
Jom tonton video menarik adik-adik Bintang Kecil di Scream Park Sunway Lagoon.
Lagi video menarik berkenaan pilihan peralatan dapur yang memudahkan kerja kita di dapur. Sila tonton.
ARTIKEL MENARIK : DIY Rak Tinggi Di Dinding Untuk Tambah Ruang Simpan Barang. Praktikal & Jimat Ruang!
Baca Ini Juga :Rupanya Kalau Ada Ekzema Bukan Makanan Laut Je Kena Pantang, Tapi 12 Jenis Sayur & Buah Ni Juga!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club