Nasi lemak antara hidangan wajib yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Tidak hairanlah di mana-mana saja pasti ada orang menjualnya baik di tepi jalan mahupun di restoran.
Untuk mendapatkan nasi lemak yang enak rahsianya terletak pada sambal yang sedap. Barulah nasi lemak kita terangkat.
Dengan kata lain, sambal kenalah power, bahan digunaan mesti secukup rasa barulah sempurna nasi lemaknya.
Selain itu, banyak petua untuk untuk membuatkan sambal nasi lemak ni menjadi sedap. Antaranya adalah dengan memasukkan segenggam ikan bilis ke dalam pengisar ketika mengisar bawang.
Bagi ibu-ibu yang ingin mencuba sendiri tapi tak pandai nak buat sambal nasi lemak, jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Rose Niey ini.
Assalamualaikum Ros nak kongsi petua..bila org makan asyik teringat masakan kite.
Balik kampung..ros masak nasi lemak untuk mak..ayah..& nenek. Diorang cakap sedap sangat².. letak ape dalam sambal nasi lemak. gambar ikan bilis tak sempat snap sebab dah jadi lauk?. Seminggu kat kampung ni kali ketiga mak suruh masak sambal ni untuk dia?
Ramai yang tanya resepi..Ros edit balik ye.
Cara masak :
1. Tumis bawang merah 10 biji, bawang putih 3-4 biji.. ikan bilis segenggam (blend kasar²)
2. Bila dah betul² garing..baru masukkan cili kering kisar 15 tangkai..kacau sekali sekala je.
3. Masukkan Nissan(gula Melaka), gula, asam gelugur. Dekat² nak kering kuah tu..masukkan ikan bilis..garam secubit. Perasa lain² nak letak pun boleh..tak nak letak pun takpe.
#TipsSambalTakTerpercikSatuDapur
***Api slow & kacau sekali sekala je.
***Satu lagi masa blend bawang..letak ikan bilis segenggam (ni petua nak sedap) jangan blend hancur sgt..blend kasar² je)..tumis sampai betul² garing baru masukkan bahan² lain. Tu je..