Nasi lemak antara hidangan wajib yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Tidak hairanlah di mana-mana saja pasti ada orang menjualnya baik di tepi jalan mahupun di restoran.
Gambar sekadar hiasan
Untuk mendapatkan nasi lemak yang enak rahsianya terletak pada sambal yang sedap. Barulah nasi lemak kita terangkat.
Dengan kata lain, sambal kenalah power, bahan digunaan mesti secukup rasa barulah sempurna nasi lemaknya.
Selain itu, banyak petua untuk untuk membuatkan sambal nasi lemak ni menjadi sedap. Antaranya adalah dengan memasukkan segenggam ikan bilis ke dalam pengisar ketika mengisar bawang.
Bagi ibu-ibu yang ingin mencuba sendiri tapi tak pandai nak buat sambal nasi lemak, jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Rose Niey ini.
Ads
Assalamualaikum Ros nak kongsi petua..bila org makan asyik teringat masakan kite. Balik kampung..ros masak nasi lemak untuk mak..ayah..& nenek. Diorang cakap sedap sangat².. letak ape dalam sambal nasi lemak. gambar ikan bilis tak sempat snap sebab dah jadi lauk?. Seminggu kat kampung ni kali ketiga mak suruh masak sambal ni untuk dia?
Cara masak :
1. Tumis bawang merah 10 biji, bawang putih 3-4 biji.. ikan bilis segenggam (blend kasar²)
Ads
2. Bila dah betul² garing..baru masukkan cili kering kisar 15 tangkai..kacau sekali sekala je.
3. Masukkan Nissan(gula Melaka), gula, asam gelugur. Dekat² nak kering kuah tu..masukkan ikan bilis..garam secubit. Perasa lain² nak letak pun boleh..tak nak letak pun takpe.
Ads
#TipsSambalTakTerpercikSatuDapur ***Api slow & kacau sekali sekala je. ***Satu lagi masa blend bawang..letak ikan bilis segenggam (ni petua nak sedap) jangan blend hancur sgt..blend kasar² je)..tumis sampai betul² garing baru masukkan bahan² lain. Tu je..
Bagi anda yang suka bercucuk tanam di sekeliling rumah, tentu ada pelbagai jenis tanaman memenuhi ruang tanah yang ada.
Bahkan dek kerana minat, jika berdepan dengan ruang tanah terhad sekali pun, itu semua tidak menjadi halangan. Ada sahaja kaedah dan cara boleh diusahakan.
Selain menanam di dalam pasu, pemilihan tanaman juga boleh difikirkan. Contohnya menanam pokok kacang panjang seperti yang dikongsikan oleh Zura Rahman ini.
Mungkin ada yang belum tahu, ada baka pokok kacang panjang yang hidupnya tidak menjalar dan sangat serasi ditanam di dalam pasu!
Ini infonya.
Pokok kacang panjang ni ramai yang tanya, dapat benih kat mana..Saya beli dari Mardi.
So far tak pernah jumpa di kedai2. So…benih ni sangat berharga. Special breed katanya. Tested.
Pokok tak menjalar. So sangat sesuai untuk yang tinggal di tempat yang takde tanah. Tanam dalam pasu.
Cuma…pantang larang dia – jangan tanam atas tanah sebab bila kacang ni mula memanjang, bila ia sentunh tanah, ia akan rosak.
First time saya tanam atas tanah. Banyak yang rosak. Ni second time tanam dalam pasu. Tapi ada juga yang rosak bila cecah tanah. Kena letak tempat tinggi.
Sekejap je tanam, dapat hasil. Dalam 2 bulan macam tu.
Tanam macam tanam sayur lain juga. Rendam biji benih. Then baru tanam.
Saya terus tanam dalam bekas besar sebab saya tak pandai pakai tapak semaian kecil. Anak pokok tak boleh survive lama dalam tu. Dah buang pun tapak semaian . This style, better.
Rasa dia memang sedap. Dah makan yang ni, tak mau dah beli kacang kat kedai. Free iklan untuk Mardi.
Tiada pasangan yang berkahwin mahukan perpisahan, namun andai sudah takdirnya jodoh tak panjang berusaha sekuat mana sekali pun takkan berjaya. Demikian juga dengan lelaki bernama Ariff Ismail yang berkongsi kisah rumah tangganya putus di tengah jalan.
Walaupun cuba berbaik kembali usai bercerai, namun ternyata anak tidak mampu membuatkan ikatan tersebut menjadi teguh andai hati tidak sepenuhnya menerima. Lalu, pasangan ini mengambil keputusan untuk berpisah buat kali kedua, namun masih berbaik demi anak.
KISAH KU INGINKAN
“Berakhir sudah pencarian dalam cinta…berlagu di ikatan suci kita..”
Kata kata adik sepupu saya bermain di minda. Betul juga budak ni cakap, business dah stabil, hidup dah makin tenang, boleh dah ni nak kahwin.
Pada masa sama masih teringat pengalaman tahun 2013, ku sangka kan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengahari. Saya pernah bertunang tahun 2013 dengan gadis pilihan hati, namun putus ditengah jalan.
Tiada jodoh
Wehh bercinta dari 2005 masa form 6 lagi, dah kenal lama. Tapi biasa la lelaki sepanjang dari 2005 hingga 2013 ada je cinta cinta selingan. Nak di jadikan cerita, kami tiada jodoh untuk berumah tangga.
Betul lah cakap orang tua, dugaan bertunang ni hebat. Macam macam jadi, boleh dikatakan lepas bertunang dalam seminggu sehari je kami berdamai. Lagi 6 hari perang dunia. Ada je tak kena di mata cik tunang dan di mata saya.
Selepas kami berusaha sehabis baik, kami buat keputusan untuk tidak meneruskan ke alam perkahwinan. Kami ambik jalan membawa haluan masing masing. Dia pon dah kahwin dan ada anak sebaya anak saya.
Perkahwinan yang dirancang
Bila umur masa tu dah menjangkau 29 tahun, keadaan makin stabil, tekanan soalan perkahwinan semakin memuncak. Nak dijadikan cerita, mana ada masa nak bercinta, hidup saya dengan busines saya. Maka bermulah perkahwinan yang dirancang.
Ibu saudara saya kenalkan seorang gadis kepada saya. Jumpa first time terus jumpa mak bapak dia sekali. Kami pon berkenalan, lepas sebulan berkenalan kami mengikat tali pertunangan. Selepas 4 bulan bertunang, hari yang ditunggu tiba. Berlangsunglah majlis perkahwinan gilang gemilang.
Krisis rumah tangga
Resepsi je 3 kali, maka bermulah hidup sebagai suami isteri. Masa tu, Allahu nikmat nya berkahwin. Lagi nikmat bila baru sebulan kahwin bini dah ngandung. Tembakan pertama menghasilkan benih.
Bermula lah persiapan kami sebagai bakal umi dan ayah. Hari yang cerah makin gelap, langit yang terang makin mendung. Di usia kandungan bini 7 bulan, kami berhadapan krisis rumah tangga kali pertama.
Segala yang indah jadi buruk, segala yang wangi jadi busuk. Benda jadi betul betul lepas raya, saya tak dapat kawal emosi, saya drop je wife kat rumah mak bapak dia, saya terus gerak balik ke KL.
Masa sampai KL, baru sel sel otak berhubung, apa yang bodoh sangat tinggal bini mcm tu. Tapi masalah kami bukan biasa biasa, memang tak boleh nak difikir kan. Nampak kejam tapi itulah jalan terbaik yang kami ada.
Saya memang elak untuk jumpa bini masa tu, sampai lah mak mertua call saya cakap bini nak jumpa nak bincang. Dan disebabkan hati yang panas dan pendek akal, perbincangan yang baik jadi buruk. Maka terlafazlah talak ketika bini sarat mengandung.
Hilang pertimbangan
Saya tahu, memang ramai yang akan kecam dan sama kan saya dengan seorang ” Pencetus Umah ” yang viral lakukan perkara sama. Tapi hal rumah tangga bukan kita boleh nilai brother. Bila tiada pertimbangan itu lah terjadi.
Sampailah masa, bini nak bersalin masa tu, saya tak lepas tangan, tetap ikut seperti yang telah dijanjikan. Sediakan yang terbaik untuk bini dan anak yang bakal lahir. Hati berfikir, nak pergi ke tak nak.
Sampai lah ayah saya call, dia cakap cukup mudah, anak yang nak keluar tu anak kau, yang ada masalah kau dua orang, bukan anak tu. Dari KL saya pecut balik ke kuantan untuk sambut kelahiran anak saya.
Rujuk semula
Hati memang panas masa ni, tapi perasaan nak dapat anak tu lagi menebal. Saya teman gak bini dalam labour room. Brother, bukan mudah nak bersalin induce dari malam membawa ke petang esok nya baru bersalin.
Bila saya nampak je anak saya lahir, masa tu tak fikir dah ego ke, jantan ke, airmata ni memang x boleh ditahan. Berderai meraung tengok anak, masa tu nak azan kan sampai nurse cakap, sabar, relax jangan nangis azan kan anak dulu.
Saya terus datang kat bini, saya minta maaf dan rujuk semula. Bini pon minta maaf kat saya sekali lagi, masa time sakit tu dia dah berkali kali minta maaf gak. Maka berdamai lah kami dan kembali rujuk sebagai suami isteri.
Jaga anak bini dalam pantang
Bermula lah episod saya jaga bini dan anak dalam pantang. Lepas habis pantang saya bawak bini pindah KL. Tak tengok anak sehari rasa tak complete hidup. Kami duduk lah bersama di KL dan happy ever after.
Sebenarnya tidak, kami tetap ada masalah sebagai suami isteri. Masakan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Setiap hari akan terfikir, drama apa yang akan jadi, kami ni jenis ada masalah mesti akan bincang sama sama.
Bila dah bincang pon tetap jadi masalah, dan ada pulak tokok tambah dari orang luar. Kami rasa selama ni kami berbaik hanya untuk anak. Bukan dari hati kami. Masa tu, pilihan yang ada kami duduk berasingan terlebih dulu. Dan bila kami rasa perpisahan jalan terbaik, itu yang kami lakukan.
Berhubung baik demi anak
Mana ada orang kahwin untuk bercerai brother, sama la macam kami. Namun jodoh itu bukan milik kami. Kisah yang kami ingin kan bukan terjadi seperti yang kami impi kan. Kami berpisah secara baik, tidak bergaduh. Dan hingga kini masih berhubung baik untuk anak tunggal kami.
Nasihat saya pada semua, dalam rumah tangga kenalah tolak ansur, saling bantu membantu. Jangan biar orang luar masuk campur urusan family kecil kita. Buat persiapan emosi dan fizikal. Jangan terlalu ego walaupon kesalahan dari pasagan kita. Inshaallah aman rumah tangga.
Jodoh yang tidak kesampaian, bila ajal mendahului. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Mahligai indah yang direncanakan tidak menjadi kenyataan.
Majlis perkahwinan yang Muhammad Adib dan Nurul Najihah yang sepatutnya bakal berlangsung sabtu ini kini tinggal kenangan. Pejuang wira merah ini sudah kembali ke alam fana malam tadi setelah tiga minggu bertarung nyawa.
Usai berita kematian Adib diwar-warkan, tular kad undangan kahwin arwah bersama tunangnya mengundang sebak dikalangan netizen.
“Adib pernah bergurau, kalau berlaku kemalangan ketika majlis bertandang ke rumah bakal isterinya nanti, dia sendiri akan bantu memotong kenderaan untuk menyelamatkan kami sebab dia anggota bomba.
“Persiapan untuk majlis perkahwinan Muhammad Adib yang dijadual berlangsung Ahad ini sudah dilakukan hampir 80 peratus namun segala-galanya bertukar menjadi kenduri tahlil.
“Arwah juga baru membeli sebuah Perodua Myvi dua bulan lalu yang ditinggalkan di sini untuk memudahkan mereka bertandang ke rumah bakal isterinya ketika majlis perkahwinannya nanti,” ujar Mohd Shukur Othman, 53 yang merupakan atuk saudara kepada Muhammad Adib.
Tambahnya lagi, arwah yang sebelum ini ada memberi tindak balas dengan menulis di papan hitam ketika di IJN.
“Arwah tulis yang dia hendak balik ke kampung dan tulis tanya mana mak? Sebab waktu itu dia tidak dapat bercakap disebabkan banyak wayar di badannya selain keadaannya yang agak lemah.
Siapa sangka arwah keluar ke balai, bekerja seperti biasa. Panggilan kecemasan kebakaran kenderaan di sambut sebagai tugasan terakhir beliau.
Dia yang pergi ke situ sebagai penyelamat..
Menaiki van EMRS dengan harapan untuk menyelamatkan biarlah 1 nyawa pun malam itu. Tapi siapa sangka..itulah tugasan terakhirnya.
Al-Fatihah buat Muhammad Adib. Semoga keluarga arwah tabah dengan dugaan ini.
Sumber: Harian Metro
Gambar: Astro Awani
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...