Nasi lemak adalah makanan kegemaran dikalangan kita. Lazimnya menu ini wajib menjadi hidangan sekali dalam seminggu dalam sebuah keluarga.
Rasa enak nasi lemak terletak kepada keenakan sambalnya. Ia menjadikan menu ini disukai ramai terutama anak-anak.
Bulan Ramadan ini, tentu ada yang teringin untuk menjamah hidangan ini. Bimbang untuk ke Bazar Ramadan, apa kata masak sendiri di rumah.
Petua peniaga ini memang padu! Siap ada step by step! Jom cuba buat resipi puan Rafiza Idayu mengenai cara memasak sambal tumis supaya menjadi lebih sedap. Malah resipi ini telah mendapat lebih 87K share.
Ikuti lanjut perkongsian ini.
Terdapat banyak versi resipi sambal tumis. Tetapi teknik memasak yang membezakan rasa dan tekstur sambal tersebut. Resipi ini diperolehi daripada seseorang yang berniaga nasi lemak di kampung. Hasil jualannya dapat membiayai anak anaknya hingga universiti.
Pekat likat dan sedap!
INI CARA PENYEDIAAN:
BAHAN KISAR
1. 1 genggam lada kering direbus dan ditos 2. 3 ulas bawang putih 3. 1 inci halia
Kesemua bahan ini dikisar.
Dahulu saya kisar sekali dengan bawang besar tetapi menurut makcik tersebut untuk lebih sedap bawang besar perlu digoreng hingga naik bau.
BAWANG BESAR
2 biji bawang besar. (Sebiji saya hiris nipis dan sebiji saya hiris kasar)
Ini bawang besar yang diasingkan daripada bahan kisar.
MINYAK
Panaskan minyak masak.
Anggaran minyak masak lebih kurang setengah cawan. Memang masak sambal tumis minyaknya agak banyak.
Dulu saya suka masak guna minyak sedikit sahaja (konon konon nak jaga kolesterol). Sekali tengok assistant chef memasak di dapur sendiri guna minyak masak banyak… oh begitu ya…. untuk pastikan lada tersebut betul betul masak katanya.
TUMIS BAWANG
Apabila minyak betul betul panas, masukkan bawang besar yang telah dihiris tadi.
Tumis bawang besar hingga naik bau.
Ads
Nota :
Dulu saya tak tahu rupanya kena masak sampai naik bau sahaja. Yang saya masak sampai dah kuning macam nak garing.
Rupanya untuk melayukan sahaja. Nanti selepas dah siap, bawang merah itu akan hancur semasa proses menumis.
Kalau macam garing dia macam ‘tak jadi’ sebab dia akan keras dan macam meliat. Jadi bawang tersebut tidak akan hancur dan jadi macam bertali.
TIP TUMIS NAIK BAU
Macamana nak tahu bawang yang ditumis dah naik bau ?
Letak tangan atas kuali dan bawa angin yang terbebas semasa proses menumis rapat ke arah hidung kita.
Belajar belajar la bau bawang wangi digoreng bagaimana.
Ini pun belajar dengan assistant chef yang menguruskan salah sebuah restoran melayu di timur tengah.
Tips salah : Jangan bawa hidung ke gigi kuali, kalau terpercik minyak di muka..akak tak bertanggungjawap.
Dah naik bau, tuangkan bahan kisar tadi.
BELACAN BAKAR
Wah, ini yang legend! Masukkan belacan bakar. Yang ini optional. Nak masuk boleh, tak masuk pun boleh.
TUMIS JADI LEBIH PEKAT
Ads
Kita teruskan proses menumis. Minyak tadi hampir kering diserap bahan kisar. Sebab itu kuantiti minyak perlu dilebihkan.
Tumisan bahan kisar akan menjadi lebih kental dan pekat. Kalau rasa macam kurang minyak, boleh tambahkan sedikit.
Saya masak guna api sederhana.
Proses menumis sambal tumis memang agak mengambil masa supaya ‘terbit minyak’ agar bahan kisar kita ditumis dengan betul betul masak.
TUMIS PECAH MINYAK
Proses terbit minyak aka pecah minyak.
Ini salah satu teknik yang penting. Memang kena masak sampai terbit minyak untuk menjadikan sambal tumis kita tahan lama dan sedap.
Apabila terbit minyak bermakna bahan kisar telah dimasak dengan betul.
GULA
Masukkan gula.
Yang ini pun ada banyak versi. Ada orang suka versi manis sedikit. Ada orang memang masak sambal tumis tak ada gula.
Kita ikut majoriti di pasaran memang sambal tumis yang manis sedikit lebih digemari ramai.
Saya guna 6 sudu gula perang (brown sugar). Selalunya saya letak gula nisan (gula kerek orang Terengganu panggil). Stok habis, guna apa yang ada. Gula putih atau gula melaka pun boleh.
Tumis sebentar. Gula akan ‘caramelised’. Proses ini akan menyedapkan lagi sambal tumis kita. Sambal tumis akan bertukar dari warna merah oren kepada warna merah maroon apabila gula caramelized.
Ads
Masukkan air mengikut kepekatan yang diingini.
Saya masukkan lebih kurang 3/4 cawan air.
*air yang digunakan adalah air biasa. Saya goncangkan dalam blender sebab itu warnanya keruh
Masukkan ikan bilis. Ini pun banyak versi. Ada orang goreng dahulu. Ada orang kisar sekali dalam bahan kisar. Ada orang goreng separa masak. Ada orang tak goreng.
Ok Ini saya cuba tak goreng sebab ada orang kongsi tips kata kalau ikan bilis berkualiti tinggi tak payah goreng supaya rasa ikan bilis tersebut enhance ke dalam sambal tumis.
AIR ASAM JAWA
Masukkan 3 sudu air asam jawa.
Ada yang guna asam keping. Pun boleh. Dalam 2 ke 3 keping.
Memang saya masak selalu guna asam keping, tetapi saya perasan sekiranya guna asam jawa rasanya lebih umph!
Masukkan garam secukupnya.
Biarkan bahan bahan tadi masak dengan mesra. Niatkan bahawa sedapkan masakan aku untuk keluargaku. Perkuatkan kasih sayang kami. Doa dalam bahasa masing masing lebih mudah. Insya allah, tuhan mendengar doa kita
Alhamdulillah. Cantik kejadian sambal tumis kita.
Sambal tumis ikan bilis.
*Tahukah anda, selepas seharian sambal tumis kita akan menjadi lebih sedap kerana bahan bahan lebih mesra.
Kebanyakan peniaga nasi lemak memang memasak sambal tumis sehari sebelum.
Siap stok seminggu. Lepas ini tinggal panaskan sahaja kalau nak masak. Boleh disimpan chill.
Masakan makanan yang terdapat di negeri Kelantan sering mendapat perhatian ramai. Salah satunya hidangan gulai ayam kelantan. Rasanya pastinya sedap dan tidak mengecewakan.
Jika ada yang inginkan kelainan masak menu hidangan keluarga hari ni apa kata cuba resipi ini. Siap ada rahsia bagaimana nak pekatkan kuah jadi sedap. Bila dah mahir tu, boleh lah buat jualan tambahan pendapat keluarga.
Jom lihat resipi ini.
Kalau rasa dah puas makan daging nanti simpanlah resipi gulai ayam cikgu ni. Cikgu orang Kelantan. Kotlah nak rasa kelainan tirulah cara cikgu masak. Nak bagi gulai sedap, aroma menyengat rasa lain dari biasa banyak dah cikgu pecahkan rahsia walaupun masak guna santan kotak je.
Setakat ini kawan fb cikgu yang dah cuba masak puas hati. Nampak je ada bahan cikgu gunakan mungkin tak pernah dimasukkan. Jangan rasa pelik. Cikgu berani jamin kesedapannya luar biasa. Buktinya ramai kawan fb cikgu yang dapat pikat hati suami dan anak masing-masing dengan tips cikgu bagi. Jomlah cikgu kongsi.
GULAI AYAM MEK KELATE ( Untuk 5-6 ketul ayam)
1. Tips pertama, sediakan bahan di bawah. Tengok bahan mesti ada yang tak pernah letak kan. Takpa cuba dulu. Nanti mesti kawan MAHN terpana dengan kesedapannya.
2. Panaskan sedikit minyak. Tumis terlebih dahulu 3 sekawan hingga naik bau. Masukkan pula bahan kisar tadi. Biar betul-betul garing. 3. Setelah garing, masukkan 1 /3 sudu besar cili kering kisar. Atau sesekali cikgu masukkan serbuk cili Baba’s. 4. Kemudian masukkan 2 sudu besar rempah kari timbang asli dari Kelantan. (Nak guna jenama apa dari sana pun terpulang) *Ini juga rahsia gulai cara cikgu masak* Tumis sehingga garing menggunakan api perlahan. 5. Seterusnya masukkan pula secawan air asam jawa. (secubit asam jawa + secawan air kosong) 6. Masukkan perasa peringkat pertama; – 1/2 relung nisse kampung (manisan) – secubit dua garam bukit Tutup periuk seketika. Biarkan pes mendidih perlahan hingga pecah minyak. *Langkah ini pun penting untuk pastikan rupa gulai cantik* 7. Boleh masukkan ayam yang dibasuh bersih. Balik-balikkan seketika. Tutup periuk dengan tudungnya. Biarkan ia mereneh selama 20 minit. 8. Masukkan dua sudip santan kotak / pekat. Tambahkan 1 cawan air dan perasa garam gula peringkat kedua. Kuantiti terpulang kepada kepekatan dan selera yang diingini.
Rupanya ini rahsianya! 9. Akhir sekali masukkan 1/2 sudu kecil kerisik untuk menyedapkan lagi rasa gulai. *Tips menambahkan rasa sedap gulai* 10. Masukkan lada Siam jika ada untuk menaikkan lagi rasa. Tutup api selepas rasa sebati.
Lain orang lain citarasanya, namun bila menyentuh tentang resipi kek coklat ramai teruja untuk menikmatinya. Bukan sahaja kanak-kanak malah kita orang dewasa pun Kek coklat memang enak dan ramai yang suka, sama ada dimasak bakar atau dikukus. Andai kata tiba-tiba terasa teringin untuk menyediakan sendiri, apa kata anda sediakan resipi yang dikongsikan ini.
Resipi Kek Coklat Moist
Bahan A
1 Cawan gula pasir
1 cawan serbuk koko
1 Cawan susu cair
1/2 Cawan susu pekat
1 Cawan minyak
~ Campur semua bahan.A … masak di atas api kecil hingga larut sebati … bila dah sebati …tutup api ..
Bahan B
1 Cawan tepung gandum
1 Sudu kecil baking powder
1 Sudu kecil soda bikarbonat
~ Ayak bahan B …
Bahan C
3 Biji telur size A
1 Sudu kecil esen vanilla
~ Blender bahan c hingga kembang
Cara-cara …
1. Masukkan bahan A ke dalam bekas lain masukkan pula bahan B dan C secara selang seli.
2. Semuanya guna whisk sahaja ye bila dah sebati semua. Kalau rajin tapis adunan yang dah siap ni kalau tak tapis pun tak apa.
3. Panaskan kukusan hingga air betul-betul mendidih. Kalau tak mendidih betul, keknya tak naik cantik.
4. Masa kukusan bergantung kepada bekas. Bekas yang paling kecil 10 minit yang sedang 15-17 minit, yang besar 40-45 minit. Boleh juga cucuk dengan lidi untuk mengetahui telah masak sepenuhnya, jika lidi kering dah masak la tu
Saya bakar menguna teknik waterbath, masak selama 40 minit, suhu 180 atas bawah
****Yang tanya bakar dalam bekas tu cair ke? Jawapanya tak cair . Sebab ada air dalam tray tu .
Topping
1 cawan koko
1 Cawan susu pekat
1 cawan minyak
1/2 Cawan susu cair
Campur semua .. masak secara double boil .
Jika nak.lagi leleh .. tambahkan lagi susu cair sedikit.
Bagi ibu-ibu yang bekerja atau suri rumah yang mahu memudahkan kerja dapur, pasti banyak bahan mentah yang telah dipersiapkan lebih awal. Mengisar cili, bawang merah dan bawang putih juga kisaran bahan-bahan lain pastinya amat membantu kerja-kerja memasak anda.
Semua bahan ini mungkin sudah disiapkan awal hujung minggu. Namun yang membuatkan kita malas untuk meletakkan kesemua bahan ini dalam bekas plastik adalah disebabkan bau yang ditinggalkannya.
Bau bekas plastik ini seakan berbau hapak dan kurang enak walaupun telah dicuci berkali-kali. Lebih-lebih lagi apabila makanan jenis berminyak dan bertambah sukar untuk dicuci. Bagaimana mengatasinya masalah bau ini?
Roti
Kepingan roti putih ini sangat banyak kegunaannya pada kita. Selain meletakkan di dalam kereta yang baru di beli, roti putih ini juga boleh anda letakkan di dalam bekas plastik yang sudahpun dicuci. Carik-carikkan roti di dalamnya dan tutup kemas. Biarkan semalaman dan lihat hasilnya.
Garam
Garam yang bersifat alkali mampu meneutralkan rasa dan bau yang terperangkap di dalam bekas plastik. Ambil satu sudu makan garam dan masukkan ke dalam bekas plastik berkenaan. Tutup dan goncang supaya seluruh kawasannya terkena garam. Biarkan seketika. Ia bukan hanya menghilangkan kesan makanan yang terperangkap bahkan juga menghilangkan baunya.
Lemon
Rendaman lemon dengan air panas juga dikatakan baik untuk menghilangkan masalah bau ini. Biarkan seketika asid masam lemon meresapkan baunya dan lihatlah hasilnya.
Kopi
Selain garam dan roti, kopi juga merupakan salah satu cara bijak menghilangkan bau. Kopi membantu menyerapkan bau yang tertinggal. Masukkan satu sudu kecil serbuk kopi ke dalam bekas yang berbau dan tutup. Biarkan beberapa hari, kemudian barulah dicuci seperti biasa.
Kertas Surat Khabar
Pilihan terakhir adalah menggunakan kertas surat khabar. Ramas beberapa helaian surat khabar kemudian celupkan dengan sedikit air. Letakkannya ke dalam bekas tersebut dan tutuplah kemas. Biarkan selama beberapa hari kerana bahan karbon yang terkandung di dalam kertas surat khabar mampu menyerap bau dari bekas plastik ini. Selamat mencuba.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Secara mudahnya, orang Islam berpuasa disebabkan suruhan atau perintah Allah yang terkandung dalam Al-Quran. Terdapat banyak manfaat dan faedah berpuasa Ramadan bagi umat Islam.Berpuasa...