Daging sememangnya menjadi kegemaran ramai. Ia menjadi menu yang mudah untuk disediakan.
Namun ia mengambil masa yang lama untuk defrost. Sudah menggunakan bermacam petua tentu ada yang tak menjadi.
Seorang pengguna laman sosial Facebook berkongsikan petua untuk defrost
daging dengan mudah hanya menggunakan satu bahan sahaja.Jom lihat perkongsian lengkap ini. Selepas ini tak perlu pening kepala lagi nak fikir cara defrost daging. Semoga bermanfaat!
Tip mudah defrost
Saya cuma nak bagi tip..harap dapat membantu sahabat2 semua.
Masa raya ni kadang ada tetamu yang datang mengejut. Nak masak.. daging masih keras dalam frezer..nak defrost ambil masa jugak kan?
Di sini saya bagi tip macam mana nak defrost dengan kadar segera.
Letakkan daging tu di atas dulang besi(jangan buang plastiknya) tindih dengan periuk yang berisi air biasa(jgn isi air panas).
InshaAllah..dalam masa tak sampai setengah jam daging tu akan lembut balik. Cubalah.
Sumber: Sharifah Nor Hj Abdullah
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club