Petua Orang Jawa Nak Legakan Batuk Dan Keluarkan Kahak, Hanya Guna Rendaman Bunga Belimbing Buluh. Ini Caranya!

Share

Apabila anak-anak batuk memang kita sebagai ibu bapa akan runsing. Tambahan pula, jika batuk berkahak.Memang kesian sangat, sedangkan kita yang dewasa ni pun kalau batuk pun tak selesa.

Menurut Puan Mizah Ngatiman petua yang dikongsi ini adalah petua orang jawa yang diberitahu oleh neneknya. Petua ini boleh bantu keluarkan kahak lambat keluar.

IKUTI PERKONGSIAN INI.

Petua Legakan Batuk dan Cepat Keluarkan Kahak Hanya Dengan Rendaman Bunga Belimbing Buluh.

Selamat Pagi Ahad!

Teruk sangat batuk masa ‘Live’ semalam rasa tekak semakin perit. Dah seminggu batuk, badan jadi sakit-sakit. Kebetulan semalam Lz singgah rumah Kaklong intai pokok belimbing buluh beliau. Alhamdulillah, rezeki ada bunganya. Teruslah petik dan bawa balik.

Ini petua orang jawa.

Petua ni Nyaie (nenek) Lz yang kongsikan dan Mak pun rajin buat bila anak-anak batuk kahak lambat keluar. Sebab biasanya habis dah sebotol ubat batuk tapi masih belum hilang batuknya. Lagipun guna petua ini tidak memberi kesan mengantuk dan boleh diminum bila-bila masa perlu tidak diwaktu malam sahaja.

Ambil bunga belimbing buluh
Cuci sekali lalu air dan tapiskan.
Ambil segenggam dan masukkan jug/cawan. Curah air panas dalam jug/cawan.
Rendam bunga tadi dalam air panas.
Tutup cawan sehingga keluar warna merah dari bunga tersebut.
Biarkan 5-10minit.
Tadaaaa dah keluar warna merah bunga. Tapiskan masuk cawan.
Boleh lah diminum ketika panas-panas suam. Rasanya tawar dan boleh juga diberi minum pada anak-anak.
Bunga yang tadi terus direndam lagi tambahkan air panas buat pengulangan rendam sehingga warnanya habis.
Kemudian barulah buat rendaman bunga yang baru pula.
Minum 2 atau 3 kali sehari atau sekerap yang mungkin sehingga kahak habis keluar dan batuk hilang.
Kebiasaan buat dalam 2 hari batuk mulai lega. Lebih jimat tanpa beli ubat batuk, semulajadi dan tidak ada kesan mengantuk.

Selamat dimanfaatkan!

Kredit: Mizah Ngatiman