Petua Orang Dulu-Dulu Nak Mudah Anak Dengar Kata, Wanita Ini Kongsi Cara Betul Senduk Nasi, Mudah Saja!

Share

Tidak dinafikan setiap ibu bapa inginkan anak yang mendengar kata. Bahagia rasanya apabila nasihat ibu bapa diikuti dengan mudah.

Sebenarnya selain didikan kepada anak, ada juga dikatakan ia berkaitan dengan petua untuk membuatkan anak mendengar kata.

Biarpun tiada kajian saintifik tetapi nasihat orang tua dulu-dulu boleh digunapakai dalam mendidik anak-anak.

Ia termasuk cara menyeduk nasi ketika menjamu selera bersama anak-anak. Nak tahu caranya ikuti perkongsian puan Maryam Salleh ini yang boleh dijadikan panduan.

Petua lembutkan hati anak yang degil

Nak kongsi petua ni mak saya yang ajarkan. Mak cakap dari orang tua dolu-dolu katanya.

Mak saya pesan lau nak bagi anak dengar kata dan tak melawan cakap orang tua masa sendukkan nasi nak bagi anak makan kepala nasi yang mula-mula senduk tu letak kat atas.

Jangan terus masuk ke pinggan. 

Kepala nasi tu lau bagi anak makan bole buat hati anak jadi keras atau degil.

Sendukkan kali kedua barulah letak ke pinggan anak atau suami ye.

Saya amalkan petua mak saya ni setiap hari. Alhamdulillah setakat ni anak-anak dengar kata, tak membuas dan rajin solat.

Mungkin ini hanya petua, Nak amalkan atau tidak terpulanglah.

Dalam Islam,

Sifat anak-anak ni juga terbentuk daripada makanan yang diorang makan dan sumber makanan tu mestilah halal.

Saya sekadar berkongsi. Maaf jika tak setuju. Tapi hormat jer la petua orang-orang lama yang dah lama makan garam daripada kita kan

Sumber: Maryam Salleh

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

 

Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!

Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!

Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!

Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!

Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520