Petua Orang Arab Nak Rambut Tebal, Masukkan Bahan Ni Dalam Syampo!

Share

Masalah rambut gugur dikalangan kaum ibu bukan boleh dipandang remeh, apatah lagi jika semakin hari terasa semakin nipis pula rambut yang ada. Jika terus dibiarkan bimbang juga akan menjadi botak!

Oleh itu, segeralah cari rawatannya dan jika tidak pun boleh amalkan petua yang dikongsikan oleh Puan Najwa ini yang cukup mudah untuk diamalkan.

Menariknya juga petua ini bukan yang biasa kita ketahui antaranya menggunakan lidah buaya atau sebagainya, tetapi kali ini dengan menggunakan cengkih.

Menurutnya, petua ini diperolehi daripada masyarakat Arab dan bolehlah dicuba. Apa yang pasti, Puan Najwa serasi dengan petua ini dan menampakkan kesan yang baik setelah mengamalkannya.

Jadi tunggu apa lagi, elok kita pula  mencubanya!

Hanya ambik bunga cengkih berapa biji masukkan dalam shampoo .. dan selamat digunakan.. Najwa dah kali kedua guna petua ni.. memang puas hati alhamdulilah

Mana-mana shampoo pun boleh.. tapi Najwa beli untuk baby sebab anak-anak boleh guna sama, bagi rambut lebat sikit.. sebenarnya petua ni untuk lebatkan rambut tapi kesan dia banyak lagi.. Najwa takdak gatal-gatal lagi time pakai tudung panas-panas macam sekarang ni.. rambut kering takdak berminyak rasa kembang fresh gitu, alhamdulilah rambut tak gugur berkilo..

*Najwa ambik petua ni dari orang arab* bagi tahu siap-siap satgi ada orang bising pulak.

Cengkih Hilangkan Masalah Rambut 

Bunga cengkih banyak kegunaan dia selain diguna untuk masak.. salah satu Najwa guna  cengkih untuk hilangkan masalah Najwa alami lama dah..

Kelumumur
Rambut berminyak
Rambut gugur

sumber : Najwa Qadah 

Jom sertai pertandingan Pilihan Keluarga Bulan Ini. Caraya mudah, klik sahaja link INI atau imbas QR code yang ada di poster. Hadiah menarik menanti anda!

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club