Sambal belacan antara menu pembuka selera, jadi tidak hairanlah jika ada terhidang menu ringkas ini akan bertambah lagi berselera kita menikmati hidangan tengah hari mahu pun malam.
Diakui, biarpun membuatnya sambal belacan ini cukup mudah. Namun sering juga terjadi, rasanya kurang ‘power’ dan menyebabkan kita rasa tidak puas hati. Mengelakka ini berlaku berkali-kali, cuba kita lihat perkongsian daripada fb Incik dan Cik CA ini.
Melihatnya sahaja sudah menampakkan betapa enaknya sambal belacan yang dihasilkan. Malah cara membuatnya juga sedikit berbeza, jadilah boleh dicuba untuk merasai sendiri keenakan sambal belacan ini.
SAMBAL BELACAN SEDAP GILER
Uniknya sambal ini
Resepi ini untuk 1 sukatan senang nak buat sikit.
(Dalam pic tu 5 kali ganda)
4 ulas bawang merah saiz 50 sen ( kalau saiz besar bwg bombay 2 dah cukup )
2 ulas bawang putih
Alur air ( basuh bawah air paip ) sekejap. Belah dua dan bakar atas pan sampai perang. Bawang merah tak perlu kupas sbb bahagian yang sebelah tu tebal jadi ambil masa lama sikit utk masak. Takpe bagi dia hangit kulit tu. Nanti nak blend baru kupas. Tak perlu basuh dah.
1 inci belacan bakar juga (alur air juga sebelum bakar)
5-6 biji cili merah besar
9-10 biji cili hijau thai buang tangkai
3 sdm Gula putih
2 sdt Garam
1 sdt serbuk perasa
2 sdm cuka makan
9-10 biji asam limau kasturi saiz kecik klau saiz sederhana besar 6/7 biji ja
1 sdm gula perang tuk cantikkan sambal.
Cara Buat :
1. Potong cili, alur air sekejap sambil gosok dan tos biar kering. Boleh lap dengan tisu juga.
2. Dalam pengisar masukkan semua bahan kecuali cili.
Bawang bakar td, gula, garam, gula perang, air perahan limau kasturi, belacan, bawang putih dan cuka. Tapis ketika perah limau kasturi utk elak biji masuk.
Lepas tu kisar bagi lumat.
3. Barulah masukkan cili bersama 1 biji setengah kulit limau, tanpa sebarang biji dan tangkai. Kisar ikut tahap lumat yang awak nak. CA suka 80-85% lumat je.
4.Lepas tu tabur kulit limau yg diparut daripada 3 biji yang diperah tadi kalau suka. CA suka camni. Lepas tu rasa dan adjust ikut tekak untuk final taste kalau ada terlebih terkurang.
5.Simpan di luar semalaman, esok baru simpan dalam peti dan mula makan. Makin lama makin sedap.
sumber : Incik Dan Cik CA