Diakui masak kari bukan semua pandai menyediakannya. Terkadang kuahnya cair, rempah karinya tidak terasa, warna kuahnya pucat, terlalu berminyak dan macam-macam lagilah masalah yang menyebabkan kari yang dimasak tidak enak rasanya.
Jadi di sini dirangkumkan petua nak jadikan kari yang dimasak terlajak sedap untuk dicuba. Tidak dengan itu, bagi yang teringin makan mi kari pula, ada juga petua nak jadikan kuahnya sedap berkrim. Nak tahu lanjut, jom semak bagaimana caranya.
Petua Masak Kari Terlajak Sedap
1.Kuantiti Minyak
Hendak menumis kari yang anda kena tahu minyaknya kenalah banyak, bukan setakat dua sudu besar sahaja. Tambahkanlah sedikit lagi supaya timbul minyaknya ketika anda masukkan santan. Minyak yang banyak bukan saja nampak cantik tapi rasanya pun lebih sedap.
2. Hirisan Bawang
Setengah orang suka kisar atau tumbuk bawang semasa menumis kari. Boleh sahaja kesemua jenis ini namun kalau anda hendak tahu, rasanya berbeza-beza. Yang
perlu anda tahu, hirisan bawang merah, bawang putih atau halia perlu ada supaya menaikkan rasanya ketika menumis. Cukup hanya dihiris dan biarkannya layu.
3. Tumis Rempah
Perlu juga menggoreng serbuk kari hingga pecah minyak. Oleh itu pastikan digoreng lama dan seelokkan hingga berumah warna tumisan menjadi gelap. Namun pastikan jangan hangus, oleh itu minyak perlu lebih ketika menggoreng serbuk kari ini.
Ads
4. Halba Campur
Sesetengah orang mungkin tidak menggunakan halba campur atau ada juga yang menggunakan serbuk halba dalam tumisan kari. Campuran halba yang terdiri daripada jintan putih, jintan manis, halba dan juga biji sawi ini meninggalkan rasa dan aroma yang cukup hebat untuk kari ikan. Kena ada!
5. Santan segar
Mendapatkan rasa yang semulajadi, sebaiknya gunakan santan segar untuk memberi rasa yang lebih enak. Asingkan terlebih dahulu antara pati santan dan santan cair. Apabila ingin masukkan santan ke dalam masakan, ambil yang pekat terlebih dahulu dan apabila mendidih masukkan ikan atau udang dan sebagainya dan biarkan seketika sebelum ditambah santan cair untuk menambahkan kuantiti kuah. Cara ini menjadikan kuah kari lebih berlemak dan sedap.
6. Asam Jawa
Tanpa asam jawa dalam masakan kari akan kurang rasanya. Oleh itu buatkan air asam yang pekat di dalam bekas lain sebelum dimasukkan ke dalam periuk. Pastikan tidak dimasukkan biji asam untuk pastikan ketika makan kari tidak pula tergigit biji asam yang keras.
7. Kacau Sentiasa
Sebaik santan dimasukkan, kari haruslah sentiasa dikacau atau sesekali dikacau sehingga kuahnya mendidih. Ini bagi memastikan santan tidak pecah minyaknya dan tekstur kuah juga lebih elok.
9. Tambahan Sayuran
Walaupun memasukkan sayur seperti bendi, tomato atau sebagainya tidak terlalu penting namun adanya sayuran tersebut menjadikan hidangan kari ini lebih lengkap dan sempurna.
Ads
Ini semua petua kalau nak masak kari ikan menjadi lebih sedap dan enak. Di sini juga turut dikongsikan petua kalau ada yang teringin nak makan mi kari pula.
Menurut pemilik akaun Nurul Joe melalui postingnya di MAHN perlu tambah dalam 2/3 sudu susu tepung dalam kuah kari untuk rasa lemak berkrim. Ini resipinya untuk dicuba.
Bahan-bahan:
1/2 ekor Ayam
Ads
5 biji bawang merah -dihiris
4 biji bawang putih -dihiris
3 inci Halia -dihiris
Bunga lawang
Kayu manis
Buah pelaga
Daun kari
5 sudu besar serbuk kari ayam babas
3 sudu besar serbuk cili
1 kotak santan
3 sudu susu nespray/creamer
Garam
Serbuk perasa
Cara Buat :
Tumis bahan hiris, bunga lawang, pelaga, kayu manis dan daun kari sampai naik bau.
Masuk serbuk kari dan serbuk cili,tambah air cikit dan tumis sampai naik minyak.
Masuk ayam dan garam, tambah air dan santan dan masak sampai ayam masak.
Masuk susu nespray/creamer.
Masukkan rencah2 lain kalau ada ( kerang, fishball, fishcake dll)
Siap.
Kredit Resepi : nurul joe via mahn
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bukan hanya golongan berusia, golongan muda juga semakin cenderung untuk terkena serangan darah tinggi dengan mudah.
Faktor kerja dan tekanan disekeliling antara penyebab semakin ramai golongan muda mengalami masalah ini.
Jika melepasi bacaan, doktor selalunya memberikan ubat darah tinggi yang wajib diambil setiap hari bagi mengawal kenaikan darah ini. Jadi jangan abaikan makan ubat kerana kesannya amatlah bahaya.
Jika anda sering mengalami masalah ini sebaiknya berjumpalah dengan doktor dan dapatkan khidmat nasihat yang terbaik daripada pakar selayaknya.
Disamping bekalan ubat daripada doktor, tidak salah jika anda ingin mengamalkan petua tradisional bagi menurunkan masalah darah tinggi.
Bagi Nur Hidayah Dayah yang berkongsi petua menggunakan timun patut juga kita amalkan sebagai salah satu usaha mengawal masalah ini.
Menariknya dia hanya mengamalkan jus timun sahaja setiap hari. Jom kita ikuti petua yang dikongsikan olehnya.
Makan-makan jugak. Saya nak kongsi petua untuk darah tinggi. Dulu darah tinggi saya bacaannya 190 tapi sekarang dah turun 120 sahaja. Alhamdulilah, saya hanya amalkan minum jus epal dan timun sahaja.
Saya tak amalkan makan ubat, hanya minum ni saja.Siap ajarkan pada mak mentua lagi. Dan alhamdulillah mak mentua cakap bacaan darah turun sikit. Akak-akak boleh lah cuba ya.
Jus 2 Bahan
Bahan-bahan:
2 biji epal
1 biji timun
Caranya:
1. Potong buah epal dan timun kecil.
2. Kisarkan bersama air secukupnya.
3. Amalkan jus ini setiap hari.
Kredit: Nur Hidayah Dayah
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Selalu kalau sebut pasal buah mangga, dok terbayang sedapnya kalau dapat menyicah! Kalau bukan dengan kuah rojak, paling pun cicah dengan garam pun dah sedap.
Tapi…. kalau dah asyik menyicah pun bosan juga kan? Mau kembung perut makan benda masam je sentiasa! Hehe.
So, dari terbiar buah yang banyak atas pokok, belum lagi yang dah dipetik lagi tu. Apa kata buat aiskrim jeruk mangga resipi dari Syidah Saiful ni. Mudah je caranya! Yang pasti bila nak makan je, buka tepi terus ambil makan. haaa best kan? Jom cuba!
RESIPI AISKRIM JERUK MANGGA
Bahan-bahannya :-
Mangga
Air
Garam
Gula
Plastik aiskrim
Cara-caranya :-
Step 1: Potong mangga muda, rendam air garam semalaman. Nanti lihat perubahan warna dari kulit warna hijau sampai jadi warna koko githew.
Ni contoh air garam saya buh dalam bekas tertutup camni..buh dalam besen pun boleh..jangan lupa tutup ya..takut masuk si cicak pulak
Step 2: Basuh n toskan lebih kurang sejam dua Bagi air betul-betul tersejat keluar kalau tak nanti jeruk akan jadi lembik, tak rapuh.
Step 3: Bancuh air gula.. (air panas +gula). Air gula tu biar manis 2 kali ganda dari buat air biasa. Kacau sebati dan biar betul-betul sejuk. Kalau tak mangga akan jadi lembik. Kemudian barulah masukkan dalam bekas yang berisi mangga yang ditoskan tadi.
Perap selama 2 hari, rapuh rangup sedap wey! (buh dalam peti ais lagi sedap)
Saya isi dalam bekas air macam ni sebab senang. lepas dua hari, mangga akan naik ketas dan air gula di bawah. Nak buat aiskrim nanti letak je muncung plastik aiskrim kat paip bekas tu.
Step 4:Masukkan buah mangga jeruk, Lepas tu masukkan pula air jeruk ke dalam plastik aiskrim.
Step 5: Dah siap, masukkan semua aiskrim ke dalam freezer. Bila dah keras sedia untuk makan!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Menjaga kesihatan diri adalah kunci kepada kehidupan yang lebih berkualiti. Pemakanan seimbang, rehat yang cukup, dan amalan senaman yang konsisten membantu tubuh kekal cergas...