Didik anak memang suatu cabaran buat ibu bapa. Jika salah didik sejak kecil akan memberi kesan kepada akhlak dan tingkah lakunya.
Ketahui perkongsian Ustazah Aminah Mat Yusoff cara petua mendidik anak dengan amalan doa.
Semoga istiqomah mendidik anak-anak.
Ramai yang bertanya cara mengawal akhlak dan tingkah laku anak sejak mereka kecil. Di sini saya sertakan beberapa petua hebat orang lama yang wajar dicontohi.
1. Bangun dari tidur
Semasa anak bangun dari tidur orang pertama yang dicari ialah ibunya atau bapanya. Masa tu bisik di telinganya ini:
اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِىْ اَحْيَانَا بَعْدَمَآ اَمَاتَنَا وَاِلَيْهِ النُّشُوْرُ
Alhamdu lillahil ladzii ahyaanaa ba’da maa amaa tanaa wa ilahin nusyuuru
Maksudnya:
Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami sesudah kami mati (membangunkan dari tidur) dan hanya kepada-Nya kami dikembalikan”
2. Mandi
Selepas mandikan anak, sambil lapkan badannya, amalkan ayat 100 dari surah as-saafat.
رَبِّ هَبْ لِى مِنَ ٱلصَّٰلِحِينَ
Maksudnya:
Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang soleh.
3. Makan
Semasa anak sedang makan, baca doa :
“Ya Allah.. Berkatilah rezeki yang anakku makan, sebagai mana berkatnya rezeki hamba-hambaMu yang soleh”
4. Bermain
Bila melihat anak-anak sedang bermain, bacalah doa ini:
” Ya Allah peliharalah anakku sebagaimana Engkau memelihara hamba-Mu yang soleh dan solehah”
5. Tidur
Sebelum anak tidur bacakan surah An-Nahl ayat 78 :
وَٱللَّهُ أَخْرَجَكُم مِّنۢ بُطُونِ أُمَّهَٰتِكُمْ لَا تَعْلَمُونَ شَيْـًٔا وَجَعَلَ لَكُمُ ٱلسَّمْعَ وَٱلْأَبْصَٰرَ وَٱلْأَفْـِٔدَةَ ۙ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
Maksudnya :
“Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur”
Hanya pada Allah kita sandarkan hajat dan harapan. Moga dari kita lahir generasi yang baik, berakhlak, soleh-solehah dan cemerlang dunia akhirat.
Sumber: Aminah Mat Yusoff