Didik anak memang suatu cabaran buat ibu bapa. Jika salah didik sejak kecil akan memberi kesan kepada akhlak dan tingkah lakunya.
Ketahui perkongsian Ustazah Aminah Mat Yusoff cara petua mendidik anak dengan amalan doa.
Semoga istiqomah mendidik anak-anak.
Ramai yang bertanya cara mengawal akhlak dan tingkah laku anak sejak mereka kecil. Di sini saya sertakan beberapa petua hebat orang lama yang wajar dicontohi.
1. Bangun dari tidur
Semasa anak bangun dari tidur orang pertama yang dicari ialah ibunya atau bapanya. Masa tu bisik di telinganya ini:
“Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur”
Hanya pada Allah kita sandarkan hajat dan harapan. Moga dari kita lahir generasi yang baik, berakhlak, soleh-solehah dan cemerlang dunia akhirat.
Sumber: Aminah Mat Yusoff
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sebagai seorang ayah yang bertanggungjawab terhadap anak-anaknya, pasti walau apa pun yang terjadi hal nafkah akan dilunaskan sebaik mungkin. Ini kerana seorang ayah itu tahu bahawa menafkahi anak-anak adalah wajib ke atasnya.
Namun tidak dinafikan ada juga segelincir yang culas menunaikan tanggungjawab. Lebih-lebih lagi andai sudah berpisah dengan pasangan dan hak penjagaan anak pula di bawah bekas isteri.
Lagi mengundang geram, bila seorang lelaki tersebut berkahwin lain boleh pula dia menanggung nafkah untuk anak-anak tirinya. Sedangkan anak kandung dibiarkan begitu sahaja tanpa nafkah!
Hal ini hakikatnya cukup menyedihkan bagi pihak bekas isteri dan anak-anak. Lantas untuk memberi penerangan lebih detail berkenaan nafkah anak kandung dan anak tiri, Peguam Syarie, Farah Diyana tampil berkongsi faktanya di media sosial.
NAFKAH ANAK KANDUNG VS ANAK TIRI
Nafkah terhadap anak adalah menjadi kewajipan terhadap bapa kandungnya. Meskipun anak tersebut berada di bawah jagaan ibu atau yang lain.
Jika seorang lelaki telah berkahwin baru dengan janda atau balu yang mempunyai anak, tidak menjadi kewajipan untuk seorang lelaki itu menanggung nafkah anak-anak tersebut. Tanggungjawab menanggung nafkah anak-anak tiri adalah kepada bapa kandungnya.
Seksyen 73. Kewajipan menanggung nafkah anak, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Pulau Pinang 2004 memperuntukkan bahawa:
(1) Kecuali jika sesuatu perjanjian atau sesuatu perintah Mahkamah memperuntukkan selainnya, maka adalah menjadi kewajipan seseorang lelaki menanggung nafkah anaknya, sama ada anak itu berada dalam jagaannya atau dalam jagaan seseorang lain, sama ada dengan mengadakan bagi mereka tempat tinggal, pakaian, makanan, perubatan dan pelajaran sebagaimana yang munasabah memandang kepada kemampuan dan taraf kehidupannya atau dengan membayar kosnya.
Bapa Kandung Meninggal
Bagaimana jika bapa kandung kepada anak tiri tersebut cuai dan culas dalam menyediakan nafkah anak atau telah meninggal dunia?
Jika begitu keadaannya, kewajipan menanggung nafkah anak tersebut adalah kepada keluarga bapanya.
Bagaimana jika nafkah kepada anak-anak kandung telah sempurna?
Nafkah anak adalah meliputi:-
– makanan
– pakaian
– tempat tinggal
– perubatan
– pendidikan
Adakah kelima-lima nafkah tersebut dipenuhi atau sekadar memberikan RM200 kemudian pandai-pandai lah si isteri / bekas isteri untuk mencukupkan keperluan lain? Sedangkan kita mempunyai lebihan pendapatan. Jika begitu, belum sempurna nafkah tersebut.
Jika kelima-lima tersebut telah pun disempurnakan untuk isteri dan anak kandung, lebihan harta tersebut boleh diagihkan kepada orang di bawah tanggungan yang lain iaitu:-
– Bapa
– Ibu
– Cucu
– Datuk
– Saudara terdekat
– Ahli keluarga berikutnya
Jika sempurna semuanya dan ada lebihan pendapatan, baru lah boleh diserah atau dihadiahkan kepada yang layak.
Datuk, bapa saudara dan ahli keluarga bapa yang lain mestilah cakna jika ada cucu, anak saudara yang tidak diberikan haknya atau kematian bapa. Ambil kembali tanggungjawab masing-masing.
Anak yang diberikan Allah adalah amanah untuk diri kita dan kewajipan menanggung nafkah ialah suatu perkara yang akan disoal Allah di akhirat kelak. Sama-sama kita perbaiki mana-mana bahagian yang kurang.
Sana sini kes peninkatan jangkitan covid 19 berlaku. Negeri Terengganu tidak terkecuali menghadapi impak pandemik ini.
Terbaru menerusi facebook milik Pengarah Kesihatan Terengganu, Dr Nor Azimi binti Yunus, mendedah penyebab berlakunya peningkatan kluster di negeri berkenaan.
____________________________
KHAS UNTUK WARGA TERENGGANU
DUA HARI berturut2 Terengganu melaporkan TIGA DIGIT kes harian Covid 19. Esok mungkin tiga digit lagi. Seramai 14 orang sedang dirawat di ICU HSNZ buat masa ini.
Apapun kami tidak terkejut langsung. Ini kerana tatakelakuan rakyat Terengganu sendiri yang memberi ruang dan peluang Covid 19 bersuka ria di Terengganu.
Saya kongsi kisah kisah Kluster yang mengesahkan TIADA PEMATUHAN SOP yang menyebabkan penularan jangkitan Covid 19 di Terengganu berlaku dengan pantas.
Kisah 1
Lepak lepak bersama 18 orang kawan di sebuah rumah kosong di Setiu. Akhirnya 17 disahkan positif melibatkan kawan lepak dan ahli keluarga. Seramai 162 kontak rapat dikesan.
Kisah 2
Seorang dikesan positif untuk saringan masuk kerja di Johor. Semua kontak rapat famili di Dungun disaring. Akhirnya 41 ahli keluarga dan kawan disahkan positif serentak. Seramai 245 kontak rapat dikesan.
Rupanya ada beberapa buah rumah dalam pagar yang sama. Turun naik rumah itu biasa. PPALUT MOLEK
Kisah 3
Menganjurkan majlis berbuka puasa melibatkan 20 orang. Akhirnya tercetus Kluster Bukit Pauh di Dungun dengan jumlah kes positif 78 orang dan 496 orang kontak rapat.
Merebak pula ke KT bila kes tadi ada diskusi dan moreh di kedai makan. Akhirnya 2 kawan dikesan positif.
Kisah 4
Masak ramai2 buat majlis berbuka puasa di sebuah surau di Marang. Macam2 aktiviti dibuat sebelum raya. Sukaan sungguh semua orang. Akhirnya 26 disahkan positif. Seramai 283 orang kontak rapat dikesan.
Kisah 5
Pergi mesyuarat di KL. Tidak buat penilaian risiko. Masuk kerja macam biasa. Akhirnya 36 disahkan positif. Akhirnya ribuan kontak terpaksa disaring
Berpuloh puloh kisah boleh dishare untuk diambik iktibar untuk mengesahkan TIADA PEMATUHAN SOP. SOP semua KELAUT. Sebab apa kelaut. Sebab mereka tak cakna, sambil lewa dan perlekehkan PEMATUHAN SOP. Semuanya dianggap rekaan dan menyusahkan.
Kita tak tahu status kawan kita masa majlis sosial di atas. Kita hanya tahu bila mereka disahkan positif. Akhirnya kita menjadi kontak rapat. Nasib tak baik kita pula disahkan positif.
IKTIBAR NYA. Jangan ambik mudah kebolehjangkitan Virus Covid 19 ni seperti berdiskusi untuk marking paper exam, akhirnya 3 guru disahkan positif.
Semua pemimpin masyarakat dari semua peringkat termasuk semua Ketua Jabatan sila pastikan PEMATUHAN SOP dikalangan semua rakyat dan anggota di kawasan/Jabatan masing2.
TANGGUHKAN semua majlis perkumpulan. Semua kena DUDUK RUMAH. Tidak ada guna peraturan PKP kalau masih ada yang bersukaria.
Kalau rakyat Terengganu rasa mereka kebal kepada Covid 19 teruskan aktiviti suka ria kalian.
Tiada paksaan untuk anda membaca tulisan ini. Boleh abaikan. Kalau ada manafaat sebarkan nasihat ini kepada semua orang.
Sumber: Dr Nor Azimi binti Yunus
Pengarah Kesihatan Terengganu
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Semalam telah berlangsung Konsert ‘Ada Apa Dengan Melly?’ (AADM) iaitu merupakan konsert pertama Melly Goeslow di Kuala Lumpur yang berlangsung selama dua hari bermula semalam.
Turut mencemar duli tetamu VVIP, iaitu Ke Bawah Duli Yang Teramat Mulia (KDYMM), Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan DYMM Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin mencuri perhatian orang ramai.
Lebih-lebih lagi apabila Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin mengenakan pakaian baju sekolah dan kelihatan manis mengikuti kod pakaian rasmi iaitu pakaian sekolah yang diwajibkan oleh pihak penganjur konsert berkenaan.
Malah, dalam satu video yang kini tular di media sosial, kelihatan Permaisuri Agong sempat berkongsi ‘pickupline’
“Walaupun terpisah dua benua, cinta tetap setia..” kata beliau.
Dalam pada itu, dia juga percaya muzik bersifat universal dan perbezaan bahasa langsung tidak menjadi penghalang untuk sama-sama menghayati apa pun jua karya seni dari seluruh dunia.
“Ini juga merupakan kali pertama saya tampil membuat konsert di Malaysia dan ternyata kalian cukup beruntung sekali,” katanya.
Suasana konsert turut terasa dekat di hati apabila rata-rata penonton hadir berpakaian sekolah bagi mengikut tema Back To School seperti yang disarankan penganjur, Icon Entertainment.
Menariknya, Melly turut mengabadikan segmen tribute khas buat Seniman Agung Negara, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dengan membawakan lagu Di Mana Kan Ku Cari Ganti serta Bunyi Gitar.
Turut hadir, selebriti popular tanah air juga dilihat turun memberikan sokongan seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Fazura, Amy Search, Misha Omar, Syafiq Kyle, Mimi Laa, Puteri Aishah dan ramai lagi.
Tidak ketinggalan, rakan-rakan Melly dari Indonesia turut hadir iaitu Rossa, Yuni Shara, Mayang Sari dan Raffi Ahmad.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di