
Petua menghilangkan keresahan, bisikan negatif, mimpi buruk dan tidur yang sering terganggu.
“Ustazah saya selalu mendengar suara bercakap dan berbisik di telinga saya, sedangkan tiada sesiapapun yang saya nampak”
Saya menerima persoalan ini dari seorang murid. Wajahnya sayu dan kerisauan.
1. Cara hilangkan ketakutan
Jika timbul persoalan begini, tugas kita ialah meningkatkan keberanian dan keyakinan dirinya. Jangan menambahkan rasa takut kerana ia boleh menyebabkan sakit yang lebih parah.
Cara menguatkan hati yang lemah dan takut:
Baca salawat 3x
Baca Al-Fatihah 1x
Baca surah As-Syarh ( Al-Insyirah) 3x
Hembus di telinga sebelah kanan
(Jika dibaca oleh orang lain)
Hembus di telapak tangan dan usap ke wajah kemudian bawa ke dada (Jika baca sendiri)
2. Pagar diri, ulangi pagi dan petang
Baca salawat 3x
Baca Al-Fatihah 1x
Baca ayatul kursi 3x
Hembus di telapak tangan dan usap ke wajah kemudian bawa ke dada
Yakin Allah maha menjaga, serahkan seluruh kehidupan kita kepadaNYA.
Kredit: Aminah Mat Yusoff
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Kes Syariah, Peguam Ni Kongsikan Jadikan Sempadan Dalam Mendidik Anak Lelaki. Agar Mereka Bahagia Berumah Tangga.

Mendidik anak jangan dipandang remeh, jika salah cara didik bimbang akan merosakkan masa depan anak itu sendiri. Ini sebagaimana kajian kes syariah yang dikongsikan oleh seorang peguam ini. Semoga secara tidak langsung memberi pemahaman kepada kita sebagai ibu bapa dalam mendidik anak-anak.
Jom ikuti perkongsian daripada peguam ini.
SALAH DIDIK ANAK LELAKI SALAH 1 PUNCA RETAKNYA RUMAHTANGGA ANAK
Saya pernah terbaca artikel berkenaan cara mendidik anak-anak lelaki, sepatutnya sejak dari kecil ibu bapa mengajar anak lelaki bantu buat kerja rumah. Biar anak lelaki juga rajin di dapur basuh pinggan, rajin kemas rumah, lipat kain, menyapu, biar dia juga ringan tulang sama seperti anak perempuan..tujuannya supaya dah kawin nanti dia dapat bantu isteri buat kerja rumah
Siang tadi..ada wanita jumpa saya..ceritakan bagaimana rumahtangga beliau boleh jadi retak dan akhirnya bercerai..Ya..dia wanita yang bekerjaya pada waktu yang sama juga perlu uruskan rumahtangga. Segala-segalanya dia lakukan sendiri, celik mata uruskan anak dan suami, pergi kerja, balik kerja dia juga yang uruskan rumahtangga seorang diri, suaminya telah dididik dari kecil oleh ibu bapa, anak lelaki tak boleh buat kerja rumah..itu adalah tugas isteri..Ada lagi mentaliti ibu bapa sebegitu ya?
Cerita macam tu saya pernah terbaca..tapi kisah real yang dilalui oleh seseorang tak pernah lagi saya dengar..sehinggalah wanita tadi bercerita tentang kisahnya..saya faham kesedihan dia..dia dah penat katanya selama 14 tahun dalam keadaan begitu..menangis dia bila bercerita…suami balik kerja makan tidur pergi kerja lepak dengan kawan-kawan..tidak peduli anak-anak.
Agaknya dia ingat isteri tu mesin kot yang tak tau penat..kereta rosak kat jalan pun isteri uruskan sendiri..padahal kereta tu lah yang isteri guna untuk uruskan anak-anak.
Sebenarnya sejak awal kawin lagi memang suami tak pernah nak tolong buat kerja rumah, adik beradik suami yang lelaki ada 3 orang lagi..bila dirisik dengan biras semuanya sama..memang jenis tak tolong buat kerja rumah..mak dah didik macam tu semuanya dari kecil..
Bila dah tak tahan wanita tu terpaksa luahkan masalah kepada mertua..bukan nak minta suami tolong buat kerja rumah semua..sekurang-kurangnya bantulah sikit..rasa sikit penat tak kalau siang dah penat kerja di luar..balik buat kerja rumah pulak apa rasanya…apa yang mak mertua jawab? Itu bukan tugas anak dia..semua tu tugas isteri…luluhnya hati bila mertua jawab macam tu.
Sebenarnya wanita tu dah pernah berhenti kerja untuk jadi surirumah sepenuh masa..tapi terpaksa kerja semula sebab gaji suami tak cukup nak tanggung sorang-sorang..itupun suami tak nampak pengorbanan isteri.
Alhamdulillah hidupnya lebih tenang sekarang..dia dalam proses memfailkan tuntutan-tuntutan lain selepas bercerai..saya doakan dia berjumpa jodoh baru selepas ini yang lebih bertanggungjawab, hargai pengorbanan isteri..suami yang anggap wanita sebagai teman hidup..bukan sebagai alat yang sentiasa digunakan untuk kesenangan dan keselesaan dia.
sumber : Suriati Ab Ghani Official
Begini Cara Nak Buat Anak Mudah Ingat Bila Belajar. Ustazah Ini Kongsi Tip.

Nak anak pandai dan mudah terima ilmu belajar di sekolah ada caranya. Selain doa ibu bapa, terdapat beberapa cara lain yang boleh dipraktikan.
Ikuti perkongsian ini.

Bekal yang anak-anak wajib bawa ke sekolah.
1. Bisikan kata-kata semangat.
Setiap pagi sebelum anak-anak melangkah kaki ke sekolah, selain dari makanan untuk jasmani, mereka memerlukan makan untuk rohani dan emosi.
“Awak anak hebat dan kuat”
“Awak anak pandai dan cerdik”
“Awak anak soleh, awak boleh”
Kata semangat ini jika di ulang-ulang, anak akan percaya mereka seperti itu. Menguatkan jiwa dan menambah keyakinan diri mereka.
Biasanya anak yang dimarahi, dihambur dengan kata-kata negatif akan hadir ke sekolah dalam keadaan murung, tidak bersemangat, suka menyendiri, tidak suka berkawan, sukar menerima teguran dan kuat membantah.
2. Pesanan azimat.
Selalu pesan pada anak, hormati guru, taat dengan ajaran dan suruhan guru. Gunakan bahasa yang sopan semasa bercakap dengan guru dan kawan, sentiasa bersedia menghulurkan bantuan jika diperlukan.
Jangan gunakan barang kawan tanpa keizinan. Jaga barang yang diamanahkan oleh ibu ayah sebaiknya. Kurangkan keluar masuk tandas kerana ia mengganggu proses pembelajaran di sekolah.
Pesanan ini mendisiplinkan anak. Sekurangnya mereka tahu garis sempadan yang perlu diikuti. Mereka tidak berdisiplin bukan kerana nakal, tetapi mereka tidak diajar untuk mematuhinya.
3. Doa mujarab.
Letak tangan kanan di ubun-ubun kepala anak, kemudian baca doa ini.
اللهم حفظه كما حفظت من عبادك الصالحين.
” Allahumma haffazhu kama haffzta min ‘ibadikassolihiin”
Ya Allah jagalah anakku seperti Engkau menjaga hambaMU yang soleh”
اللهم فقهه فالدين وعلمه التأويل
“Allahumma faqqihhu fid diin, wa’ allimhutta’wil”
Ya Allah berikanlah kefahaman kepadanya tentang agama dan ajarilah ia ilmu ta’wil ( tafsir Al-Qur’an)
Amalkanlah selalu, jangan terlepas. Doa adalah vitamin untuk minda dan fizikal anak. Ia menjadi pelindung dan membawa keberkatan dalam hidup anak. Doa yang baik adalah lambang keredhaan ibu ayah dan anak akan beroleh redha Allah SWT dengan asbab doa ini.
4. Penyerahan muktamad.
Serahkanlah sepenuh kepercayaan kepada pihak sekolah dan guru yang mendidik. Usah timbul perasaan ragu dan rasa tidak percaya.
Bina ukhuwwah dengan guru, saling bekerjasama dan ucaplah ” Saya serahkan anak ini untuk cikgu didik, betulkan mana yang silap, pandulah mana yang tersasar”
Sumber: Aminah Mat Yusoff –
#BicarakuKeranaAllah
#AllahSentiasaDhati
“Andai Ini Perjalanan Terakhir Kami…” Selepas 10 Tahun Kahwin, Lan Solo Bawa Keluarga Tunai Umrah

Dalam kesibukan dengan urusan kerjayanya, Lan Solo atau nama sebenar Mohd Razlan Mohamed Yusof hari ini bersama isteri dan anak-anak menjejakkan kaki ke tanah suci bagi mengerjakan umarah.
Berita tersebut dikongsikan oleh Lan menerusi instagramnya pagi tadi. Lan dan Sheila dikurniakan empat cahaya mata, Nur Amna Qaleesya, 8, Nur Amna Qeesyara, 6, Muhammad Akid Qassyaff,4, dan Nur Amna Quxandra yang berusia setahun.
Assalamualaikum..
Hari ni..8 sept 2019, Ahad..
Kami sekeluarga akan berangkat ke tanah suci utk menunaikan umrah.
Dgn rendah hati, sy mewakili isteri serta anak2 memohon semua sama2 berdoa agar perjalanan umrah kami mudah dan lancar.
Sbg manusia,kami tidak sempurna dan tidak lepas drpd melakukan kesilapan.
Dgn kesempatan ini, dpt la andainya semua yg membaca ini memaafkan segala kekhilafan kami, dr segala segi.
Terlanjur perbuatan,terlanjur tuturkata,terhina tanpa sengaja,tutur bicara yg menghiris hati sesiapa,terusik harta, terlebih kira, terdgr berita yg tidak sepatutnya.
Mohon juga halalkan makan minum kami seikhlas hati serta segala yg keruh dapat dijernihkan dr hati ke hati.
Seandainya perjalanan ini adlh perjalanan terakhir kami, dapatlah kiranya sejuta keburukan kami dapat dilenyapkan mungkin dgn hanya satu kebaikan yg pernah kami lakukan sekiranya ada.
Semoga perjalanan kami ke tanah suci, penuh dgn redha dan berkat illahi.
Ikhlas drpd
Lan, Sheila
Qaleesya – Qeesyara
Qassyaff – Quxandra .
.
#umrahLSKY2019
#10tahunkawen
#lansolo #sheilarazlan #anakanaklansolo
View this post on InstagramA post shared by LAN SOLO 🇲🇾 (@lansolo_official) on
View this post on InstagramDoakan kami 😊🤲🏼! . . #umrahLSKY2019 #10tahunkawen #lansolo #sheilarazlan #anakanaklansolo #mkmtravel
A post shared by LAN SOLO 🇲🇾 (@lansolo_official) on
Sumber: IG lansolo_official