Petua Mudah Semburan Bunga Cengkih Untuk Suburkan Pokok Dan Elak Serangan Serangga Perosak. Buat Sendiri Memang Berkesan!

Share

Bila bercucuk tanam tentu hadapi masalah serangga/ulat perosak. Daun bergulung, kerinting, berlubang, layu, buah dimakan ulat dan sebagainya.

Apa kata cuba pula semburan yang menggunakan air rebusan cengkih. Boleh bantu suburkan tanaman.

Ikuti perkongsian ini.

Cara buat air rebusan bunga cengkih utk tanaman
Fungsinya adlh utk mematikan hama,semut, aphid dan sbgainya selain mmpercepat pucuk pucuk baru.Air rebusan bunga cengkih ni yg paling kerap saya guna utk semua tanaman saya selain air kunyit+cili padi + bawang.Kekerapan sembur, seminggu 3 kali, waktu ptg sahaja.Cara ada di bawah.

Saya guna 2 paket bunga cengkih.

Rebus dgn 8 gelas air sehingga mndidih.

Air rebusan bunga cengkih yg tlh siap disejukkn.

Masukkn ke dlm botol spray. Jgn tambah air lagi.

Spray pada pokok cili atau lain lain pokok yg brmasalah. InshaAllah sihat dan subur.

Cantik daun selepas semburan bunga cengkih.

Sumber: Liyana Mohd Poad

Belian menarik di sini

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club