
Bila bercucuk tanam tentu hadapi masalah serangga/ulat perosak. Daun bergulung, kerinting, berlubang, layu, buah dimakan ulat dan sebagainya.
Apa kata cuba pula semburan yang menggunakan air rebusan cengkih. Boleh bantu suburkan tanaman.
Ikuti perkongsian ini.
Cara buat air rebusan bunga cengkih utk tanaman
Fungsinya adlh utk mematikan hama,semut, aphid dan sbgainya selain mmpercepat pucuk pucuk baru.Air rebusan bunga cengkih ni yg paling kerap saya guna utk semua tanaman saya selain air kunyit+cili padi + bawang.Kekerapan sembur, seminggu 3 kali, waktu ptg sahaja.Cara ada di bawah.
Saya guna 2 paket bunga cengkih.
Rebus dgn 8 gelas air sehingga mndidih.
Air rebusan bunga cengkih yg tlh siap disejukkn.
Masukkn ke dlm botol spray. Jgn tambah air lagi.
Spray pada pokok cili atau lain lain pokok yg brmasalah. InshaAllah sihat dan subur.
Cantik daun selepas semburan bunga cengkih.
Sumber: Liyana Mohd Poad
Belian menarik di sini
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
‘Wad Seakan Masjid.’Nurse Kongsi Kisah Jemaah Tabligh Ketika Dikuarantin.

Pelbagai kisah yang kita ketahui mengenai frontliners terutama para doktor dan nurse yang menjaga para pesakit yang dijangkiti virus bahaya ini.
Penat lelah mereka yang bekerja tanpa henti, begitu terkesan dihati setiap rakyat Malaysia.
Begitu juga kisah yang diceritakan oleh seorang nurse ketika menjaga pesakit dikalangan ahli tabligh ketika dikuarantin.
Semoga kita muhasabah diri kisah ini yang dipaparkan disebuah laman facebook.
Ikuti perkongsian ini.

WAD SEAKAN MASJID
“Tak sempat nak cerita pgalaman semalam sebab terlalu penat. Balik terus je tidur. Wad kami smlm dah penuh. Bila masuk dlm wad tu macam masuk dalam masjid. Kebanyakkannya semua berjubah. Ada yang berkopiah, berserban. Semua tsenyum je. Tak ada muka yg bkerut, marah. Semu bckp lembut-lembut.
Macam mana tak tsentuh hati ni. Tangan masing-masing ade tasbih. Ada yang solat sunat. Ada yg bzikir. Ada yang mengaji al quran. Sangat-sangat rasa simpati. plawat pun tak dibenarkan masuk. Makan jelaa mana yang ade di hospital. Wad pn baru je buka.Banyak yang kurang tapi mreka tak marah. cakap pun baik-baik. Siap tanya lagi, apa lagi nurse yang kami boleh tolong. Kadang hati ni terfikir knp tuhan tak ganti kan dgn manusia yg jahat-jahat kt muka bumi ni dengan mereka yang kaki minum.”
HATI TERSENTUH
Sedih.Sayu smpai mnitik air mata. Tak tak dalam wad covid tu smuanya orang yang ilmu agamanya tinggi. Mereka mengaji,. solat berjemaah, bertasbih, azan, merdunya suara.lunaknyee. smpai tsentuh hati ni. Bertongkat seperti Tok Guru Nik Aziz tok. Ada yg sbaya ayah kita. datuk kita. sedih sgt. kalo lh hilang orang yg beragama. apa yang jadi di dunia ni. mreka langsung tak myusahkan. smuanya sgt2 baik. sudah2 lh kecam golongan tabligh.”
“Gantikan mereka dengan yang kaki judi. yg songsang.. kaki club. dgn |tp nk buat mcm mana. allah lg mgetahui. Orang yg beragama yang beriman slalu di uji. ni pgglaman saya. walaupn jaga 30 psakit. ye letih memang letih. tp rasa Simpati dan ksian tu lebih tinggi. memang tkesan di hati. jgn lh di ambil nyawa mreka smua. sbb mreka-mreka sgt sgt baik. doakn smoga di panjangkan umur. dan dpmudahkn urusan.”
Semoga virus ini segera disisihkan dinegara kita. Aminn
Sumber: Qlasco Toys Gong Badak
“Kita Kata Kita Susah. Hakikatnya Di Luar Sana Ada Lagi Yang Lebih Susah Dari Kita.” Sebak Perkongsian Ini

Kasih sayang ibu tiada sempadan demi memastikan anak tersayang dijaga dengan sempurna walaupun punya kekurangan diri. Begitulah perkongsian yang dipaparkan oleh sukarelawan Natipah Abu Bakar di laman facebooknya mengenai kisah kemiskinan sebuah keluarga yang mempunyai anak istimewa. Sebak membaca perkongsian yang dipaparkan. Moga kita dapat membantu menambah keperluan keluarga ini.
AHMAD AMMAR BIN IBRAHIM -4 THN ( CEREBRAL PALSY )bs
Kita kata kita susah . Hakikatnya di luar sana ada lagi yang lebih susah dari kita. Inilah realiti kehidupan.Menitik air mata saat pertama kali menjejakkan kaki ke dalam rumah anak syurga ini.
Dua bidang tikar lusuh menyambut kedatangan kami. Halkum bagaikan tersumbat untuk terus melontarkan soalan demi soalan seperti lazimnya. Rasanya … inilah antara anak syurga yang paling dhaif pernah diziarahi setakat ini.Melihatkan keadaan dari luar rumah batu yang di sewa dengan harga RM200 ini , nampak biasa saja. Tetapi bila melangkah ke dalam .. spontan hati berbisik ..
“ Ya Allah .. kesiannya “
Lihatlah tempat tidur anak syurga ini .. hanya beralaskan sehelai toto dengan bantal yang sangat lusuh. Tiada tilam yang selesa untuk dia pun.
“ Nak tak kita beli katil khas untuk dia, macam katil hospital tu ? “
Terasa ingin sekali memberikan keselesaan buatnya yang hanya mampu terlantar. Ayahnya , Ibrahim bin Abdul ( 52 thn ) hanyalah seorang penoreh getah , pawah. Tetapi jawapan si ibu ini ada benarnya …
“ Tak payahlah Kak Pah. Anak saya tak mau renggang langsung dari saya. Saya nak kena tidur sebelah dia. Kalau katil tu .. mana muat … “
Sepanjang di kami berada di rumahnya .. Ammar asyik menangis kerana enggan berenggang sedikit pun dengan ibunya , Maszelina Binti Othman ( 39 thn ). Kasihan ibu …tercungap nafas menampung berat badan anaknya.
Di saat anak kita yang lain bermewah dengan berbagai jenis alat permainan yang canggih …. Ammar hanya ada sebilah batang buluh sebagai mainan.
Batang buluh itu diketuk perlahan di lantai untuk mengeluarkan bunyi atau bila dia tidur di dalam buaian … buluh itu diketuk pula ke besi buaian. Bunyi yang dihasilkan itu menyebabkan anak ini diam.
Menjeling ke dalam bilik tidur … hanya ada sehelai toto lusuh terbentang di atas lantai buat mengalas belakang. Tiada peti sejuk atau lain-lain perhiasan pun dalam rumah ini. Yang ada hanya sebuah peti tv kecil lama yang di sedekahkan orang dan sebuah jam dinding.
Kelihatan di satu sudut rumah pula sebuah stroller usang … yang mungkin juga disedekahkan orang tetapi sudah tidak muat lagi untuk anak ini .
Terasa untungnya ibu bapa anak syurga lain di luar sana yang sekurang-kurangnya masih mampu selesa makan tidurnya. Masih ada kereta ibu ayahnya. Masih ada wasap ibu-ayah sehingga dengan mudahnya memuat naik status meminta bantuan untuk anak mereka.
Tapi anak syurga ini, tiada semua itu. Tiada tempat tidur yang selesa pun. Makan minum entah bagaimana. Tiada juga telefon canggih. Berulang alik ke hospital pun dengan teksi saja.
Anak tunggal pasangan ini, lahirnya normal .. namun ketika usia 9 bulan .. segalanya berubah bila dia diserang demam panas dan disusuli dengan sawan.
Ibu yang ketika itu bekerja sebagai tukang cuci di sebuah sekolah di sini akhirnya terpaksa berhenti kerja kerana terpaksa keluar masuk hospital merawat dia yang disahkan jangkitan kuman. 2016 … dua kali darah beku disedut keluar dari kepalanya.
Akhir sekali … 2 April 2018 … anak ini ada menjalani pembedahan membuang darah beku di kepalanya. Kesembuhan yang diharapkan belum menampakkan tandanya. Namun buat si ibu .. dia tetap redha menerima segala yang telah ditakdirkan.
Selain susu … Ammar diberi makan “ roti empat segi “ atau biskut yang direndam dengan air.
“ Saya tak mau duit, saya hanya
nak susu dan pampers untuk
anak saya. .Biarlah saya susah ..
tak apa … asal susu anak tak
putus . “
Keluarga ini ada menerima wang bantuan JKM … dengan wang itulah ibu mencatu segala keperluan kerana berapa lah sangat pendapatan suami.
Kita di sini , akan menyumbang bekalan susu dan lampin pakai buang utk anak ini setiap bulan. Berapa lama … bergantung kepada jumlah sumbangan yang kita terima .
Semoga Allah permudahkan urusan keluarga ini …
Ibu Ammar boleh dihubungi di nombor 013 459 4253 .
** 2005101000102860 Agro Bank Maszelina Bt Osman
“5 Tahun Dulu, Pandu Sendiri Kereta Ke Dewan Nikah.” Alif Satar Throwback Gambar Nikah Sempena Ulang Tahun Ke-5

Pelakon dan hos yang satu ini sememangnya cukup terkenal bukan sahaja sebagai selebriti malah seorang suami serta ayah yang bertanggung jawab. Biarpun sebelum ini pernah mengakui bukan jenis romantik, namun perasaan kasih dan sayangnya terhadap isteri sering diluahkan baik melalui perbuatan mahupun ucapan.
aSisi suami dan ayah peyayang ini dizahirkan baik melalui perbuatan mahupun ucapannya. Sememangnya lelaki bernama Alif Satar ini seorang yang family man orangnya.
Akui empunya diri yang merupakan penyanyi dan pelakon ini, dia tidak pandai nak taip ucapan yang manis, namun ucapan ringkas buat isterinya jelas menunjukkan Alif Satar sememangnya suami yang romantik.
Terbaru, Alif Satar telah memuat naik sekeping gambar throwback bersama isterinya. Melalui akaun Istagram milikya, Alif Satar memuat naik gambar mereka mengenakan pakaian pengantin dan berada di dalam sebuah kereta. Rupa-rupanya, hari ini merupakan ulang tahun perkahwinan mereka yang kelima!
“5 years ago.. Drove myself to the dewan nikah alone, but drove back with my wife by my side! Alhamdulillah.. we turned 5.” Tulisnya
Sementara itu, isteri Alif Satar iaitu Shadila Halid turut berkongsi momen yang sama. Menurutnya, kunjungan mereka kali ini lebih bermakna kerana disertai oleh anak-anak, Alisha Anugerah dan Ariana Mecca.
View this post on InstagramA post shared by Shadila Halid (@shadilahalid) on
Usia perkahwinan pasangan ini sudah memasuki tahun ke 5. Lebih istimewanya mereka kini sedang menantikan kelahiran anak ketiga tidak lama lagi.
Dikatakan, anak-anak mereka sangat teruja memantikan kelahiran adik baru mereka dan menggelarnya dengan panggilan “baby brother”.
Sumber: ig Sumber: Alif Satar, Shadila Halid.