Penyakit gout berlaku disebabkan oleh asid urik yang berlebihan dalam badan. Asid urik adalah merupakan bahan kumuh berasal daripada sejenis protein yang dipanggil purin.
Asid urik yang berlebihan tidak dibuang akan berkumpul dalam sendi. Biasanya mendapan berlaku pada sendi ibu jari tetapi ia juga boleh berkumpul di sendi lain seperti belakang kaki, buku lali, lutut, pergelangan tangan, siku dan jari.
Bagi penghidap penyakit Gout pasti cukup kenal dengan dua jenis ubat ni- Allupurinol untuk turunkan paras asid uric manakala Goutnor 0.6mg untuk hilangkan rasa sakit.
Bagi anda yang ingin mencuba perubatan tradisional selain pengambilan ubat yang disarankan doktor, admin mahu kongsikan petua mudah yang menggunakan tiga bahan di dapur sahaja. Petua ini dikongsikan oleh Cik Mil Neena di dalam ruangan facebooknya.
Bahan-bahan:
1 biji timun
2 batang saderi
3 hirisan lemon (buang biji dulu nanti pahit)
Cara membuat:
1. Masukkan semua bahan ke dalam dalam slow juice (tanpa perlu tambah air)
2. Jika guna mesin pengisar, tambah satu gelas air dan kisar semua bahan dan tapis buang hampas.
3. Hasilnya dapat dua gelas jus.
4. Minum 2 kali sehari. satu gelas selepas bangun tidur dan satu gelas sebelum nak tidur.
Tip tambahan:
• Untuk memudahkan kerja, buat banyak dengan menggandakan bahan di atas.
• Kemudian, masukkan ke dalam botol kosong.
• Pastikan guna sukatan gelas yang sama supaya kuantiti jus seimbang.