Petua Memilih Ikan Segar, Rupanya Ada 8 Cara Yang Kena Teliti, Gerenti Tak Salah Pilih.

Share

Tentunya ramai yang mengemari masakan berasaskan ikan. Sumber protein ini protein yang mengandungi nutrien yang baik untuk kesihatan tubuh.

Sudah tentu kita akan memilih ikan yang segar. Namun, kadang kala jika ke pasar, jika salah pilih isi ikan setelah dimakan tidak enak.

Jadi bagi yang tak tahu caranya, jom ikuti petua ini.

Bacaan menarik: Mungkin Remeh.. Awas! 6 Perkara Ini Petanda Anda Boros, Susah Nak Simpan Duit.

Tip memilih ikan segar


1. WARNA IKAN

Untuk ketahui ikan yang anda nak beli segar atau tidak, lihat pada warna kulit ikan. Ikan segar mempunyai kulit yang berkilat dan berwarna cerah berbanding ikan tidak segar yang kelihatan lebih pucat.

2. BAU

Cium bau ikan. Ikan segar hanya ada bau hanyir dan berbau laut berbanding ikan lama yang berbau busuk dan sedikit masam.

3. TEKSTUR

Tekan sedikit badan ikan menggunakan hujung jari bagi merasa tekstur isinya. Ikan segar isi lebih keras dan pejal bila ditekan. Jika terlalu lembik, bermakna ikan tersebut tidak segar lagi. Elakkan beli ikan sebegitu.

4. MATA IKAN

Ikan segar matanya kelihatan jernih menonjol, masih berkilat, bersinar dan cembung. Berbanding ikan yang lama, matakan kelihatan merah, suram dan termasuk ke dalam.

5. WARNA INSANG

Jangan takut-takut untuk pegang ikan untuk melihat warna insangnya. Itu hak anda untuk dapatkan kualiti yang terbaik. Insang ikan yang segar berwarna merah dan boleh diregangkan berbanding insang ikan yang sudah lama berwarna kelabu dan berlendir tebal.

6. PILIH IKAN BERLENDIR

Ikan yang masih segar biasanya ada sedikit lendir jernih pada sisik dan kulitnya. Bila disentuh, terasa licin. Jika ikan yang anda pilih terlalu berlendir serta warna kulitnya tidak seperti dalam ciri-ciri diatas, pilih ikan jenis lain yang lebih segar.

7. SISIK & SIRIP KUAT

Sisik yang kuat melekat, berkilat serta sirip yang kuat menunjukkan ikan tersebut masih segar dan baru ditangkap. Berbanding ikan lama, sisiknya kelihatan suram dan mudah tertanggal.

8. PERUT TIDAK PECAH

Elakkan mengambil ikan yang telah pecah perutnya. Dinding perut ikan yang lembik menunjukkan iakn tersebut kurang segar. Sebaliknya pilihkan ikan yang kulit dan isinya tidak robek terutamanya pada bahagian perut.