Tidak lama lagi kita akan meraikan Hari Raya Korban yang nyata mempunyai cara sambutan dan kemeriahannya berbeza dengan Hari Raya. Antara momen yang ditunggu-tunggu adalah kita akan beramai-ramai kita ke masjid atau surau untuk melihat acara penyembelihan dan seterusnya bersama-sama bergotong royong melapah daging untuk dibahagikan kepada orang ramai.
Bercerita tentang agihan daging korban yang diterima, macam-macam menu boleh kita sediakan untuk keluarga. Andai kata ada di dalamnya paru bolehlah sediakan paru goreng rangup. Rasanya sangat enak apatah lagi jika dimasak sambal!
Pun begitu ada petua dan tip berkaitan menyediakan menu paru ini pastikan ianya tidak hanyir, ini sepertimana yang dikongsikan oleh Cikgu Afy Al Habibi.
TIP HILANGKAN BAU HANYIR PARU & CARA MASAK PARU GORENG GARING
Rendam paru dengan sedikit tepung gandum. Biarkan setengah jam.
Kemudian rendam paru dengan air asam jawa/limau nipis.
Cuci darah beku yang melekat di celah-celah paru.
Akhir sekali, basuh bersih paru untuk menghilangkan bau darahnya.
Masukkan air sebanyak 3/4 periuk. Letakkan garam secukup rasa dan 2-3 keping asam gelugur/keping.
Rebus paru sehingga masak menggunakan api sederhana perlahan.
Setelah masak, angkat paru tadi dan toskan airnya.
Siapa penggemar ikan salmon tapi tahu akan rasa isinya yang berlemak. Memang sedap. Tak hanya sedap, malah ikan salmon ni memang tinggi khasiatnya.
Kalau nak tahu ikan salmon cukup tinggi kandungan protein. Malah lebih mudah dihadam dan diserap oleh sistem tubuh. Tak hanya disitu, Omega-3 dan DHA yang terdapat dalam ikan salmon juga baik untuk pelbagai masalah mata.
Memang untung bagi penggemar ikan salmon. Mana taknya, selain tinggi vitamin D yang membantu fungsi otak dan daya ingatan, kolegen semulajadi yang terdapat di dalamnya juga sangat membantu kulit lebih cantik. Sambil makan dengan berselera, kulit juga makin cantik.
Salmon sebagai menu panggang memang sudah terlalu biasa. Apa kata ubah selera dengan citarasa Melayu pula kali ini. Cuba empat resipi ini dihujung minggu ini. Memang terangkat!
1. SUP IKAN SALMON
Resipi ini dikongsikan oleh mamawandiha.blogspot.my di blognya. Memang nampak sangat mengiurkan dan paling penting sup salmon memang rasanya lain daripada yang lain. Lebih berlemak dan manis isinya. Hebat!
Bahan-bahan:
2 potong ikan salmon -ambil kepala
2 ulas bawang merah -dihiris
1 ulas bawang putih -dihiris
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
1/2 sudu teh ketumbar -ganti dengan 1 sudu kecil rempah sup
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 inci halia diketuk
2 asam keping
1 biji kentang dipotong dadu
1 kiub ayam
Sedikit daun saderi
3 cawan air atau secukupnya
1. Tumis bawang, bunga cengkih, lawang, kayu manis, ketumbar & halia hingga naik bau.
2. Masukkan ikan salmon & goreng sebentar. Kemudian masukkan air, bancuhan rempah, kentang, serbuk lada hitam dan asam keping.
3. Masak hingga kentang empuk dan perasakan dengan garam dan kiub ayam.
4. Hidangkan bersama daun saderi dan angkat.
2. KARI SALMON TANPA SANTAN
wow! Kari Salmon memang hebat rasanya. Rasa lemak isi ikan dengan gabungan rempah kari memang sedap. Resipi daripada blogger tersohor Mat Gebu di blog tiffinbiru.com memang hebat. Paling menarik sebab resipi ini diolah tanpa santan. Lebih sihat tetapi rasanya pun lebih ‘caw’. Jom cuba.
Bahan-bahan:
1 kepala ikan salmon (450gm berat)
10 batang bendi
1 biji tomato -dibelah 6
1 sudu teh pes asam jawa
1 1/2 sudu besar rempah hari ikan
1 inci lengkuas -diketuk
1 kiub ikan bilis (optional)
1 sudu besar cili kisar (kalau nak pedas boleh tambah)
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Bahan Kisar Halus:
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
Bahan Tumis:
3 biji bawang merah -hiris
1 ulas bawang putih -hiris
2 tangkai daun kari -dilurut
1/2 sudu teh biji sawi
1/2 sudu teh jintan manis
25 biji halba
1. Bersihkan ikan salmon, perap dengan jus limau nipis selama 10 minit, kemudian cuci bersih dan toskan.
2. Sementara itu satukan rempah kari dengan bahan kisar halus, kacau rata hingga menjadi pes. Ketepikan.
3. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum.
4. Tambahkan cili kisar dan lengkuas titik, masak hingga cili garing dan masukkan pes rempah, masak hingga pecah minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
5. Masukkan pes asam jawa, kacau rata dan tuangkan air (anggaran 3 cawan, atau secukupnya). Kacau rata dan biar mendidih.
6. Masukkan kiub ikan bilis dan ikan salmon tadi. Kacau perlahan dan masukkan bendi. Biarkan masak hingga bendi lembut.
7. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Akhir sekali masukkan tomato, biarkan masak sekejap dan angkat.
3. ASAM PEDAS SALMON
Asam pedas ikan tenggiri memang terangkat dan cukup klasik bagi orang Selatan. Namun bila menyebut Asam Pedas Salmon pasti kita terasa cukup istimewa. Macam mana rasanya Asam Pedas Salmon?
Andakenalah cuba dahulu resipi yang dikongsikan oleh pakar masak kita di website aziekitchen.com. Memang nampak menarik!
Bahan bahan:
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 inci halia
1 senduk cili giling
Belacan -sebesar ibu jari
1 bunga kantan dibelah
1 pelepah daun kari
Bendi – boleh celur berasingan, jika suka
1 sudu besar pes asam jawa adabi
Garam dan serbuk perasa
1. Bawang, halia dan belacan dikisar.
2. Tumiskan bahan kisar sehingga wangi dan masukkan cili giling.
3. Bila naik minyak, masukkan daun kari dan bunga kantan.
4. Masukkan air dan masak hingga mendidih.
5. Kemudian masukkan ikan dan asam jawa. Renihkan di atas dapur dan masuk kacang bendi, garam dan serbuk perasa.
6. Kuah jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair. Sesuaikan kepekatannya. Jika terlebih masam, masuk air. Terlebih cair, masuk tepung jagung dibancuh dengan sedikit air.
4. BERGEDIL SALMON
Salmon sebagai bergedil memang unik. Walaupun kecil tetapi kaya khasiatnya. Resipi yang dikongsikan oleh Chef Jimmy Chok ini di blognya, hungrygowhere.my. Memamg nampak sedap. Sila cuba!
Bahan-bahan:
600g ikan salmon -direbus dan dicarikkan
1 sudu besar daun ketumbar -dicincang
1 sudu besar daun bawang -dipotong
2 biji kentang -direbus dan dilecekkan
3 cili hijau -dicincang
4 biji bawang merah kecil -dicincang
2 telur kuning
1 sudu teh garam
½ sudu teh serbuk lada putih
Tepung untuk menyalut
1. Campurkan semua ramuan, kecuali tepung, ke dalam mangkuk besar.
2. Bentukkan campuran ini menjadi pai-pai kecil.
3. Saluti setiap adunan dengan tepung dan goreng sehingga berwarna perang keemasan. Hidangkan panas.
Tip: Untuk rasa yang lebih sedap, masakkan ikan salmon dan kentang pada hari sebelumnya dan letakkan dalam peti sejuk.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Apabila bergelar ibu dan isteri, sudah pastni perlu menjadi seorang yang kreatif apabila soal menyediakan menu untuk seisi keluarga. Selain itu, pastinya bajet juga menjadi faktor utama agar memastikan ekonomi keluarga dalam keadaan stabil.
Apabila melihat perkongsian puan Nomie Mat Lias membuat min ruman ala starbuck, menjelaskan bahawa beliau begitu komited mengenai bajet buat keluarganya. Tidak dinafikan minuman ini agak mahal, tetapi dengan bajet secawan minuman starbuck ini, ibu ini boleh menyediakan hidangan minuman coklat ala starbuck buat seisi keluarganya. Air tangan ibu juga yang terbaik!
Petang ni sedap kan dapat minum air manis, sejuk-sejuk. Nak minum kat cafe dengan ahli jemaah ramai ni, banyak pulak karang habis fulus.
So, apa kata kita bancuh sendiri Air Coklat Marbeles ala Mekdi & SetarBak.
1. Satu sudu besar Serbuk Koko. 2. Tambah Susu pekat & susu 3. Susu Sajat, eh #Sejat 4. Ais 5. Whipped Cream
Apam beras memang enak rasanya, gebu dan lemak manis rasanya. Nak tahu rahsia menyediakan apam ini berserta cara sediakan ragi nasinya, jom semak.
Ini lah keje akak setiap hari. Buat kuih apam beras untuk dihantar ke gerai-gerai. Alhamdulillah. Do’akan rezeki akak lancar
**AKAK DAH BAGI LENGKAP TERUTAMA BAB CARA RAGIKAN NASI TU**
CARA BUAT TAPAI NASI/CARA RAGIKAN NASI
1- Sebiji ragi ditumbuk guna batu lesung/apa-apa sahaja janji sampai halus (jangan buka plastik)
2- Gunting plastik dan taburkan ragi yang dah ditumbuk tadi ke dalam 3 senduk nasi. Kalau nak pakai 1 senduk nasi, sila kurangkan ragi.
3- Ragi dan nasi tadi digaul sebati.
4- Perap 2 malam. Simpan di luar sahaja dalam bekas tertutup. Tak perlu bungkus dengan kain. Janji tutup.
5- Bila dah diperap 2 malam dia akan jadi tapai. Tapai inilah yang akan kita gunakan untuk buat apam beras. Tujuan guna tapai nasi untuk bagi rasa yang sedap. Kalau TAK guna tapai nasi dia punya rasa apam tu kosong. Hanya rasa tepung.
***TAPAI NASI BOLEH BERTAHAN SAMPAI 1 BULAN. JANJI SIMPAN DALAM BEKAS BERTUTUP. JANGAN RISAU TAKKAN BASI. AKAK LETAK KAT LUAR JE. NAK SIMPAN DALAM PETI AIS PUN BOLEH. IKUTLAH. MANA-MANA BOLEH.***
RESEPI APAM BERAS (30 biji)
BAHAN-BAHAN
1 paket @ 500g tepung beras cap teratai
1 senduk tapai nasi – dibleder @ dikisar halus dengan sedikit air
(Ragikan dan perap 2 malam. Letak diluar sahaja dalam bekas tertutup)
***1 biji ragi untuk 3 senduk nasi***
1 cawan gula pasir
1 paket kecil eno warna biru
(Fungsi eno nak bagi kembang/mekar/pecah)
2 cawan air
Pewarna (jika perlu)
CARA-CARA
1- Satukan tapai nasi dan tepung dalam 1 bekas. Kemudian masukkan air. Kacau sebati.
2- Perap selama 3-4 jam. Kalau cepat kembang perap 3 jam je.
3- Bila dah kembang masukkan eno.
4- Masukkan pewarna pilihan.
5- Kukus selama 10 minit. Api besar.
6- Time nak makan baru gaul dengan kelapa.
Sumber : Muhammad Sayuti Via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Semakin ramai pasangan berkahwin kini cenderung memilih gaya hidup 'childfree', iaitu tidak mahu mempunyai anak. Trend ini dilihat membimbangkan.Walaupun keputusan ini dilihat sebagai hak...