Pelembut pakaian/softener berjenama mungkin agak mahal disebabkan bau harumnya pada pakaian tahan agak lama. Selepas seminggu bau harum masih ada.

Jika ibu-ibu nak berjimat apa kat buat sendiri sahaja. Cukup mudah dan bahannya juga senang didapati. Hanya dengan menggunakan dua bahan sahaja.

Petua ini dikongsikan oleh Rosma Abdul Rahman menerusi laman facebooknya.

Petua Lembutkan Kain & Mudah Digosok Dengan Cuka & Softener. Pasti Ibu Tersenyum Puas. Mudah!
.

Dulu saya selalu guna pelembut pakaian/softener berjenama agak mahal disebabkan bau harumnya pada pakaian tahan agak lama. Selepas seminggu bau harum masih ada.

Tetapi baru-baru ini saya teringat akan satu petua jiran lama saya. Setiap kali lalu depan rumah dia dahulu , pasti tercium bau wangi sangat bila dia sidai baju. Rumah saya tingkat 2 rumah dia ground floor tetapi bau wangi pakaian dia boleh sampai ke rumah saya.

Jadi saya tergerak hati ingin mencuba petua tersebut sejak kebelakangan ini. Petuanyaa sangat mudah & murah.

Sediakan air yang dicampur softener tidak kisah apa jenama , sekarang saya gunakan softener jenama murah je pun iaitu Daia, campuran softener tadi pula ditambah dengan secawan kecil cuka makan. Atau untuk 4-5kg berat pakaian, 30mls cuka makan.Gunalah la untuk bilasan akhir pakaian anda.
Petua Lembutkan Kain & Mudah Digosok Dengan Cuka & Softener. Pasti Ibu Tersenyum Puas. Mudah!

Petua Lembutkan Kain & Mudah Digosok Dengan Cuka & Softener. Pasti Ibu Tersenyum Puas. Mudah!
.

IKLAN

Hasilnya tersangat WOW!!!. Wangi dia tahan lama sangat, ditambah pula pakaian jadi bertambah lembut dari biasa & mudah digosok. Walaupun pakaian disimpan dalam almari wanginya tahan dekat 3 minggu.

Sampaikan pagi ni,

“Amoi!.” Jiran sebelah tegur

Terkejut saya bila tiba-tiba ditegur.

“Ada apa aunty?” Tanya saya

“Amoi you pakai sabun apa? ”
“Banyak wangi lor.”

IKLAN

Petua Lembutkan Kain & Mudah Digosok Dengan Cuka & Softener. Pasti Ibu Tersenyum Puas. Mudah!Saya pun cerita la petua jiran lama saya tu, dia cakap mahu try la Amoi. Sudah lama mahu tanya tapi selalu Aunty lalu you sudah masuk rumah.

Siapa sangka bau wangi pakaian pun boleh merapatkan hubungan sesama jiran tertangga, jiran saya majority cina di tempat baru ni.

Kalau anda rasa petua ni bermanfaat sila share mana tahu boleh merapatkan ukhwah sesama jiran anda semua

Tip:

Tambahan. Manfaat Cuka Pada Pakaian

IKLAN

1. Mencerahkan dan memutihkan.

Kandungan asis pada cuka putih memiliki tingkatan yang sedang sehingga tidak merusak kain dan cukup kuat untuk menghilangkan noda sabun dan pencuci. Setengah tutup cuka saja sudah mampu untuk membuat warna pakaian menjadi lebih terang dan jelas. Selain itu kandungan ini juga mampu membuat baju-baju yang kusam menjadi kembali putih warnanya.

2. Menghilangkan bau lembap.

Pakaian atau tuala yang belum kering secara sempurna cenderung memiliki bau yang lembap dan dapat menimbulkan jamur. Untuk membuat baunya menjadi segar kembali campuran air suam dengan dua tutup cuka dapat menghilangkan bau lembap secara cepat dan mudah.

3. Melembutkan pakaian.

Walaupun sudah terdapat berbagai macam pelembut di pasaran tetapi cuka tetap dapat digunakan sebagai pelembut yang alami. Setengah tutup dari cuka ketika mencuci dapat membuat kain pakaian menjadi lembut dan tidak meninggalkan noda pada pakaian.

4. Mencegah debu dan bulu binatang melekat.

Penggunaan cuka ketika mencuci pakaian juga dapat mencegah menempelnya debu-debu halus dan bulu-bulu hewan menempel pada kain. Cukup setengah tutup yang dicampur ketika mencuci baju dapat mencegah munculnya noda-noda yang tidak Anda inginkan.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI