Memasak antara aktiviti yang menyeronokkan, apa lagi bila hasil yang dimasak menjadi hidangan kegemaran seisi keluarga. Namun, kadang kala ada benda yang menyebabkan proses memasak tergendala atau mengambil masa yang lama. Misalnya memasak daging, kalau tak kena caranya gdaging menjadi liat dan tidak sedap dikunyah.
Nah, admin kongsikan beberapa petua mudah melembutkan daging. Petua ini dimuat naik oleh puan Awatif Osman. Selamat mencuba!
5 PETUA MUDAH LEMBUTKAN DAGING
===========================
Tips ni saya dapat dari orang dulu-dulu. Sebab saya dengar ramai juga yang sakit kepala nak lembutkan daging. Ada juga chef yang bagi petua.
Ada yang guna no 1 tak jadi, dia guna no 2. Ikut mana yang kita selesa ye.
- Potong daging lawan urat.
Bila potong daging, kita tengok dulu ‘urat’ daging. Kita potong lawan arah. Supaya urat tu terputus. Senang daging nak empuk. Ni petua zaman berzaman kan? Memang proven.
- Rebus daging sambil tutup periuk.
Salah satu petua orang dulu, daging yang kita sedang rebus, ditutup dulu dengan tudung periuk. Dan diletak lesung batu atau apa saja yang berat supaya wap air tak keluar. Syarat penting, jangan letak garam. Garam masuk last sekali.
- Rebus bersama kurma
Ada yang kata biji kurma sahaja. Ada yang kata kurma. Tapi, bila kita masukkan buah kurma, sup daging akan automatik jadi manis-manis buah dan daging pun lembut. Berapa lama masa, bergantung pada air dan api.
- Rebus bersama nenas
Nenas kan ‘tajam?’ Maka, fungsi nenas ni melembutkan daging dan buat rasa daging pun lagi enak. Kalau periuk kecil, cukup 1 atau 2 hirisan nenas. Terlebih nanti jadi pajeri nenas pulak kan? Hihi.
- Rendam bersama soda bikarbonat.
Saya sendiri pernah cuba. Saya sapu daging dengan soda bikarbonat. Tak terlalu lama nak tunggu daging lembut. Mudah. Tapi, bila dah agak lembut. Boleh basuh dulu daging sebelum masak.
Ada juga bagi petua masukkan sudu besi sewaktu merebus. Atau gula-gula hacks. Hihi. Boleh juga cuba. Mana tau jadi, kan?
Silakan #share. Semoga bermanfaat untuk kita semua.