Mengimpikan kelihatan muda daripada usia sebenar tentunya ramai mahukannya. Lazimnya kita juga sedar untuk kekal nampak muda dan cantik, pastinya ada rutin penjagaan wajah harus diamalkan.
Selain penjagaan dari luaran, amalan pemakanan dan gaya hidup sihat dengan aktif bersenam juga turut mempengaruhi personaliti seseorang agar terlihat bertenaga seperti orang muda.
Melihat perkara-perkara yang perlu dilakukan ini, mungkin ramai menganggap perlu belanja yang besar.
Namum tahukah anda pemilihan makanan berasaskan ulam-ulaman juga dapat membantu untuk kekal awet muda.Belanjanya cukup murah dan mudah disediakan.
Untuk itu, jom kita buat minuman yang istimewa ini yang dikongsikan oleh puan Sumaiyah Abdullah via MAHN.
Nak kulit sihat dan cantik semulajadi kan. Minum lah jus pegaga. Sekali seminggu mesti saya minum. Selain sangat baik untuk kesihatan, pegaga juga beri kesan besar pada kecantikan kerana sifatnya membaiki, merawat dan memelihara tisu.
Sesiapa yang nak kulit anjal, amalkan lah makan atau minum jus pegaga sebab pegaga ni boleh menyokong pembentukan kolagen dan mengelakkan kulit kendur.
Saya share resepi kat sini.
Daun pegaga 7-11 helai
1 gelas air suam
Madu atau raw cane sugar
Susu segar atau susu tepung(option)
Cara penyediaan :
Blend daun pegaga bersama air suam. Tapis dalam gelas, masukkan madu dan susu. Tak nak letak susu pun boleh. Kacau sebati dan terus minum. Amalkan jus ini sekali seminggu.
Pegaga juga boleh membantu menurunkan berat badan tau. Jadi, sesiapa yang tengah diet tu, masukkan juga menu pegaga dalam list korang. Inshaallah berkesan.
Pilihan lain
Menyentuh tentang awet muda dengan ulam-ulaman ini, selain pagaga sebenarnya ada beberapa lagi ulam-ulaman jika dimakan juga dapat membantu untuk kekal sihat dan muda.
1. Ulam raja
Ulam raja antara ulam paling popular yang baik untuk membantu meremajakan kulit. Caranya mudah, basuh bersih dan boleh terus dimakan dengan nasi panas.
2. Selom
Daun selom antara yang mudah didapati. Malah harganya pun murah saja. Daun selom tinggi kalsium dan vitamin C yang baik untuk kesihatan. Rugilah siapa tak makan!
3. Jantung pisang
Jantung pisang sangat tinggi serat malah boleh elakkan masalah sembelit. Caranya perlu direbus terlebih dahulu sebelum dimakna.
4. Kacang Kelisa
Setengah orang suka masak dan ditumis sebagai sayur. Tak kurang juga yang nak jadikan ulam sahaja. Yang pasti kacang ini kaya protein dan mineral.
5. Kaduk
Daun kaduk antara rahsia cantik bagi kaum ibu. Daun kaduk dikatakan baik untuk sakit pinggang, legakan selsema serta baik untuk melawas kencing. Jika tak mahu makan mentah, rebus dahulu dan kemudian barulah dimakan.