Petua Langsing Dengan Air Asam Keping. Mudah & Murah, Paling Syok Memang Berkesan!

Share

Bayangkan, dengan hanya amalkan asam keping yang sering kita gunakan sebagai bahan dalam masakan dikatakan boleh membantu mengawal berat badan. Mendengar info ini tentu sahaja membuatkan ramai antara kita boleh tersenyum labar.

Ini sebagai mana perkongsian fakta daripada Jabatan Pertanian Malaysia tentang manfaat dan kebaikan asam gelugor ini yang dikatakan mampu merampingkan badan. Jadi tidak hairanlah, telah ramai amalkan petua mimum air rebusan asam keping sebagaimana perkongsian daripada JuNe Sue Anna dan Hazimin.


ASAM GELUGOR – mampu merampingkan badan situkang masak…
(idris bald)

Asam keping memang tidak asing lagi bagi suri rumah, kerana rasanya yang masam ianya menjadi bahan penting yang harus tersedia di dapur rumah untuk beberapa jenis masakan seperti asam pedas, gulai lemak cili api, masakan singgang dan sebagainya. Bagi penduduk di utara semenanjung yang terkenal dengan masakan laksa, asam keping merupakan bahan yang perlu ada bagi melengkapkan masakan laksa tersebut.

Asam keping adalah hasil dari hirisan buah asam gelugur atau nama saintifiknya Garcinia atroviridis dari famili Clusiaceae dalam genus yang sama dengan manggis iaitu Garcinia. Pokok asam gelugur merupakan tumbuhan saka besar yang biasa didapati di hutan malar hijau di selatan Thailand dan Malaysia.

Pokok asam gelugur tumbuh pada ketinggian yang boleh mencapai lebih daripada 20 meter dan mempunyai batang yang panjang, kulit licin kelabu dengan kanopi rendang. Daun berwarna hijau gelap, berkilat, panjang dan sempit dengan hujung tajam dan tepi terbalik. Mempunyai bunga yang berwarna merah gelap.

Buah bulat ditanggung secara tunggal pada hujung ranting dengan ukuran sekitar 7-10 cm garis pusat. Buah yang masak berwarna kuning oren terang, yang dihiris, dikeringkan untuk digunakan dalam masakan melayu serta dijadikan bahan untuk menghilangkan rasa atau bau hanyir yang terdapat pada ikan atau daging. Buah dan pucuk muda asam gelugur boleh dimakan mentah sebagai ulam atau dicelur untuk dimakan bersama budu, cencaluk, sambal belacan atau lain-lain pencecah ketika makan nasi.

Asam gelugur yang juga dikenali sebagai asam gelugo merupakan tanaman asal dan liar di hutan Semenanjung Malaysia. Asam gelugor kini tidak sahaja dipandang sebagai bahan penting dalam masakan, malah dilihat mempunyai nilai ekonomik termasuk dalam industri perubatan. Kini ia telah mula ditanam secara meluas terutama di utara tanahair.

Dari segi perubatan, dipercayai buahnya dapat mengurangkan berat badan, mengatasi masalah obesiti dan menurunkan tahap kolestrol. Buah asam gelugor mengandungi asid sitrik, asid tartarik, asid malic dan asid askorbik, asid hydroxycitric dan flavonoid.

Daun, bunga atau buah asam gelugur dikatakan mampu menurunkan tekanan darah tinggi, merawat kencing manis, berat badan berlebihan, tidak selera makan dan sakit jantung. Manakala buah, bunga dan pucukmya pula bertindak sebagai antioksidan dan awet muda.

Kini asam gelugur juga telah dijadikan jus minuman yang berfungsi sebagai antioksidan yang baik bagi membantu mengurangkan kalestrol dalam badan.

Meninjau perkongsian daripada HaziminMusaMarkBourne via Kelab Diet Kalori (Malaysia) turut berkongsi petua manfaat asam gelugor ini untuk tujuan melangsingkan badan.

Kegunaan Dan Khasiat Buah/Asam Gelugur 

1. Mengecutkan Rahim dan Menurunkan Berat Badan
Amalan meminum air asam gelugur semasa berpantang dipercayai untuk mempercepatkan proses mengecutkan rahim. Selain itu amalan tersebut juga dikatakan mampu menurunkan berat badan. Ianya kini digunakan secara meluas untuk produk mengurangkan berat badan di Eropah.

PETUA 1 
a) Ambil satu atau 2 keping asam keping dan masukkan ke dalam segelas air panas.
b) Biar beberapa jam sehingga asam keping menjadi kembang dan air menjadi suam.
c) Minum setiap pagi dan malam.
d) Jika diamalkan selalu InsyaAllah perut buncit akan mengempis

PETUA 2 
a) Bilas 3 keping asam gelugor dengan air bersih.
b) Masukkan dalam bekas minuman (botol air/tupperware 500ml- 1liter) rendamkan dalam air panas – TIDAK PERLU TAMBAH GULA.

Setelah suam, minum seperti minuman biasa, perlu diminum sentiasa. Sekiranya air habis cuba tambahkan air lagi. Jika hilang rasanya tukarkan dengan asam keping baru.


Begitu juga dengan perkongsian daripada JuNe Sue Anna yang pernah mengamalkan minum air rebusan asam keping untuk tujuan menurunkan berat badan.

“Dulu dok amal minum ni.. resipi mak saya..memang turun banyak..lama tak buat sampai bam bam. Hari ni start balik buat, nak cantik dan kemas badan masa raya nanti.”

Resipi Air asam gelugur(assam keping ) madu
Bahan-bahan:
Asam gelugur 2 keping
Madu- ikut rasa tapi jangan manis sangat

Cara penyediaan:

Rebus asam gelugur (asam keping) bersama  3 cawan air. Bila air mendidih tutup api. Kemudian biarkan sejuk, tuang dalam gelas letak madu letak ais kiub. Siap. Tak nak ais pun boleh, minum suam suam pun boleh.

Ekstra info :

  • Minum pada waktu pagi sebelum sarapan dan malam sebelum tidor
  • Siapa ada darah rendah tidak digalakkan minum.