Tentu ada antara kita yang pernah mengalami situasi ini, sedang kita bermalas-malas pada hujung minggu tiba-tiba dapat panggilan dari sedara mara nak datang ke rumah. Katanya saja singgah kerana kebetulan berada di kawasan berhampiran rumah kita.
Saat ini, memang kita akan jadi mengelabah! Tengok rumah taklah sekemas mana dan bimbang juga tetamu nanti tidak selesa.
Jadi ni petuanya nak kemas rumah super pantas. Tetamu sampai je, rumah sudah nampak kemas dan selesa jadinya.
Langkah pertama kemas Ruang Tamu
Maklumlah nilah tempat utama kita melayan tetamu. Jadi segera buat beberapa perkara ni :
1. Buka tingkap dan beri pencahayaan sepenuhnya pada ruang tamu
2. Semburkan aroma kesegaran atau pasangkan lilin wangi untuk membero mood istimewa pada tetamu.
3. Lepastu kalau ada barang atau mainan anak bersepah di sofa, atas karpet dan sebagainya, cepat-cepat ambil bakul. Kumpulkan semuanya di dalam bakul tersebut dan letakkan di dalam bilik utama anda yang tentunya tetamu tak akan masuk.
Kemudian alihkan tumpuan anda ke bilik air. Sebab apa bilik air ye?
Pernah dengar tak, kebersihan bilik air melambangkan peribadi seseorang. Jadi, tentu kita tak nak orang sangka kita pengotor.
Jadi ni cara terpantas perlu buat!
1. Kutip semua pakaian yang tersangkut atau terendam dalam baldi dan masukkan segera ke dalam mesin basuh.
2. Cuci ringkas toilet bowl dan kemudian lap kering sebelum ditutup mangkuk tandas tersebut.
3. Akhir sekali semburkan aroma wangi di dalam bilik air dan tandas. Barulah segar!