Tentu ada antara kita yang pernah mengalami situasi ini, sedang kita bermalas-malas pada hujung minggu tiba-tiba dapat panggilan dari sedara mara nak datang ke rumah. Katanya saja singgah kerana kebetulan berada di kawasan berhampiran rumah kita.
Saat ini, memang kita akan jadi mengelabah! Tengok rumah taklah sekemas mana dan bimbang juga tetamu nanti tidak selesa.
Jadi ni petuanya nak kemas rumah super pantas. Tetamu sampai je, rumah sudah nampak kemas dan selesa jadinya.
Langkah pertama kemas Ruang Tamu
Maklumlah nilah tempat utama kita melayan tetamu. Jadi segera buat beberapa perkara ni :
Ads
1. Buka tingkap dan beri pencahayaan sepenuhnya pada ruang tamu
2. Semburkan aroma kesegaran atau pasangkan lilin wangi untuk membero mood istimewa pada tetamu.
3. Lepastu kalau ada barang atau mainan anak bersepah di sofa, atas karpet dan sebagainya, cepat-cepat ambil bakul. Kumpulkan semuanya di dalam bakul tersebut dan letakkan di dalam bilik utama anda yang tentunya tetamu tak akan masuk.
Ads
Kemudian alihkan tumpuan anda ke bilik air. Sebab apa bilik air ye?
Pernah dengar tak, kebersihan bilik air melambangkan peribadi seseorang. Jadi, tentu kita tak nak orang sangka kita pengotor.
Jadi ni cara terpantas perlu buat!
Ads
1. Kutip semua pakaian yang tersangkut atau terendam dalam baldi dan masukkan segera ke dalam mesin basuh.
2. Cuci ringkas toilet bowl dan kemudian lap kering sebelum ditutup mangkuk tandas tersebut.
3. Akhir sekali semburkan aroma wangi di dalam bilik air dan tandas. Barulah segar!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ibu mana yang tak bahagia apabila melihat anaknya mendapat pasangan yang baik. Demikian jug dengan ibu kepada penyanyi terkenal Aliff Aziz.
Menurut Hafiza Basharahil, dia terharu Dan gembira dikurniakan menantu, Bella Astilah yang baginya banyak berkorban terhadap keluarganya terutama buat Aliff selama ini.
Perkongsian tersebut dimuatnaik Hafiza sempena ulang tahun kelahiran menantunya baru-baru ini. Dalam perkongsian tersebut, Hafiza menitipkan ucapan istimewa buat menantunya. Dia mendoakan kesejahteraan buat isteri kepada anaknya, Aliff Aziz supaya diberkati dunia akhirat.
“Sanah Helwa to my one and only daughter in law Bella! Today you celebrate another year older Masya-Allah.
“Umi dan Ayah sentiasa mendoakan kesejahteraan Bella dunia dan akhirat … you are so much wiser than your age dearest daughter,” tulisnya.
Ibu Aliff berkongsi ucapan itu menerusi satu kemas kini di akaun Instagram miliknya.
“Kamu telah berkorban banyak untuk keluarga kamu dan kami. Kami tahu Bella adalah seorang anak, isteri, ibu, kakak dan teman yang sangat-sangat baik.
“You always put others before yourself, always thinks the best of others despite how others treats you … itu adalah sifat yang sangat baik dan terpuji.
“Semoga Bella sentiasa dalam kasih sayang Allah serta sentiasa dalam lindungannya aamiin,” luahnya.
Menerusi perkongsian Itu, dia memuat naik foto Bella bersama Aliff ketika menjuarai pertandingan Gegar Vaganza baru-baru ini.
Kata ibu Aliff, gambar yang dikongsikan itu amat bermakna baginya dan menunjukkan maksud tersirat.
“Why this picture? Cause looking at this picture of you both reminds me of your sacrifices specially for Aliff dan Allah berikan secebis nikmat buat Bella Allahuakbar,” ujarnya.
Secara umumnya, jenayah scammer ini membabitkan pelbagai jenis kes penipuan dan dilihat semakin menjadi-jadi. Sebagai orang awam, kita merasakan perlu lebih berhati-hati namun dilihat sindiket penipuan ini semakin licik memperdaya.
Ini seperti mana yang terjadi kepada pelakon popular Datuk Fizz Fairuz yang ‘terkena’ dengan penipuan daripada seorang individu lelaki berusia 26 tahun berpangkat Datuk Seri hingga menyebabkan kerugian RM18,000.
Susulan itu, Fizz membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, di sini, hari ini.(21/7)
Memetik laporan di Harian Metro, Fizz ketika dihubungi berkata, wang itu dibayar sebagai bon bagi tender projek di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Tawar Projek DBKL
“Individu ini tawarkan saya projek tender DBKL. Dia bagi senarai apa kena buat dan saya kena bayar satu peratus bon. Saya memang tak terfikir dia scammer sebab dia minta profil syarikat.
“Dia minta buat pembayaran ke akaun peribadi. Pada awalnya saya persoalkan juga perkara itu, tapi dia kata nak tolong uruskan semuanya. Katanya pertengahan bulan ini dah boleh mulakan kerja.
“Saya pun buat bayaran pada 6 Jun. Empat hari selepas itu kami masih berhubung macam biasa. Selepas itu dia sudah tidak jawab panggilan dan mesej WhatsApp. Dia pernah balas mesej itu pun selepas 50 kali saya mesej. Macam-macam alasan diberikan. Katanya dia kena Covid-19 dan sebagainya. Takkan sebulan kena Covid-19 kan?” katanya kepada Harian Metro.
Menurut Fizz, dia mula menyedari dirinya menjadi mangsa scam selepas individu itu ‘menghilangkan’ diri selain mendapat nasihat daripada beberapa kenalan.
“Saya ada menghubungi beberapa kenalan yang pernah berurusan dengan dia. Mereka nasihatkan saya supaya tidak bekerjasama dan dekatkan diri dengan dia.
“Saya pula apabila sudah masukkan wang baru menghubungi mereka. Jadi, ini kesilapan saya sendiri. Saya percaya pun sebab dia gunakan nama DBKL,” katanya.
Dalam masa sama, Fizz memaklumkan individu itu sudah ditahan, semalam.
“Saya dimaklumkan dia sudah kena tangkap. Rupa-rupanya ramai juga menjadi mangsa. Jadi, banyak laporan dibuat terhadapnya.
“Saya juga buat laporan sebab menjadi mangsa. Saya berharap wang dipulangkan. Biarpun peluang itu macam mustahil,” katanya.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
“Biasalah isteri kadang-kadang merajuk kan,” kata dia sambil kesat air mata. Aku yang tadi boleh lagi membentuk senyum dah mula rasa berat bibir. Tak mampu membalas aku cuma mengangguk tanda setuju.
Dia sambung, “malam tu pula dia panggil saya tidur sebelah dia. Saya yang rasa berat perasaan nak ikut cakap suami. Saya buat keras tak nak.
Saya sibukkan diri main telefon dan mesej dengan kakak saya. Bercerita pasal suami saya lah. Tak sangka esoknya dia meninggal.”
Lagi banyak air jernih jatuh daripada mata dia. Disapunya kain tuala kecil ke mata kiri dan kanan. Keringkan air mata yang mengalir tak sudah. Makin disapu, makin banyak yang keluar.
Mungkin terkilan sangat dia tak layan suami betul-betul malam sebelum tu.
“Tak sangka ustaz, saya memang tak sangka suami nak pergi secepat ini,” diulang dekat 3-4 kali sepanjang kami bersembang hal kematian suami dia.
Puan ini saya kenal melalui seorang kawan. Dia sungguh nak tahu tentang pembahagian harta. Jadi bawa jumpa dengan saya. Banyak benda bersembang sampai akhirnya dia cerita hal tadi.
Benar kawan-kawan, kita ini selalunya rasa akan hidup lama lagi. Bermasam muka hari ini dengan pasangan, kita biar berlarutan 2,3 hari. Bahkan ada yang sampai berminggu-minggu tak bercakap. Walhal duduk serumah.
Kadang masing-masing tak nak mengalah. Menunggu-nunggu dipujuk. Kalau suami tak pujuk, isteri terus simpan muncung mulut. Biar panjang berjela.
Suami pun sama, kalau isteri tak pujuk punya lah sibuk main game tak sudah. Konon tak ada apa, tapi dalam hati merayu-rayu.
Bertahan-tahan akhirnya lewat malam tertidur. Esok pagi bangun terkejar-kejar urusan nak pergi kerja pula. Kalau sempat bersalaman lah, kalau tak sempat main lambai-lambai begitu sahaja. Mata tak bertentang langsung. Masih pertahan ego sendiri.
Takdir Tuhan salah seorang meninggal. Tuhan ambil dahulu. Tak balik dah rumah lepas keluar pergi kerja pagi tadi.
Allahu.
Tinggal lah seorang sendirian. Waktu ini apa pun dah tak boleh. Nak patah balik masa jangan harap. Meratiblah perkataan maaf berjuta kali sekali pun, dah tak sampai ke deria pendengaran pasangan kita. Ini yang banyak berlaku.
Kawan-kawan yang dikasihi;
Pertahankan ego ni tak akan ke mana. Lebih lagi dalam hidup rumahtangga. Dengan pasangan kita lah lebih lagi untuk kita mudah beralah dan mengalah.
Sebelum tidur setiap malam, berdamailah. Minta maaf dan memberi maaf. Itu lebih baik buat kita dan pasangan.
Bukan untuk orang lain, untuk jiwa yang kita mengaku separuh hidup kita juga.
Sebelum segalanya tinggal kenangan, kalian bina lah kenangan yang indah. Yang menjadi realiti. Bukan cuma dalam mimpi bila kita tinggal sendiri nanti.
Begitulah.
Kredit: Firdaus Mokhtar,
Balik daripada perjumpaan tu baru lah aku menangis sakan. Ya Tuhan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Semakin ramai pasangan berkahwin kini cenderung memilih gaya hidup 'childfree', iaitu tidak mahu mempunyai anak. Trend ini dilihat membimbangkan.Walaupun keputusan ini dilihat sebagai hak...