Petua Kekalkan Kesegaran Udang Walaupun Disimpan Lama Dalam Peti Sejuk. Isi Tak Lembik & Lembut!
Mei 1, 2021
Share
Menyimpan udang terlalu lama di dalam peti sejuk adakalanya menyebabkan rasanya sudah tidak segar lagi. Malah warnanya juga bertukar kehitaman. Sebab itu, bila dimasak rasanya tidak enak dan berbau. Untuk ibu-ibu yang nak atasi masalah ini, apa kata cuba perkongsian dari puan Zai Norizah
. Dengan menggunakan gula pasir, masalah ini dapat di atasi. Dulu-dulu bos cina saya bagi petua.. Kalau nak simpan udang tahan lama & fresh isinya..taburkan gula sebelum simpan dalam peti ais..saya ikut petua nie dari dulu.. Memang betul..isi udang tak lembik2 & lembut.. Korang kalau nak cuba..boleh cuba..