
Menyimpan udang terlalu lama di dalam peti sejuk adakalanya menyebabkan rasanya sudah tidak segar lagi. Malah warnanya juga bertukar kehitaman. Sebab itu, bila dimasak rasanya tidak enak dan berbau.
Untuk ibu-ibu yang nak atasi masalah ini, apa kata cuba perkongsian dari puan Zai Norizah. Dengan menggunakan gula pasir, masalah ini dapat di atasi.
Dulu-dulu bos cina saya bagi petua..
Kalau nak simpan udang tahan lama & fresh isinya..taburkan gula sebelum simpan dalam peti ais..saya ikut petua nie dari dulu..
Memang betul..isi udang tak lembik2 & lembut..
Korang kalau nak cuba..boleh cuba..
Rupanya Begini Cara Betul Minum Teh Hijau, Ikuti Nasihat Dr Ni, Baru Dapat Khasiat!

Ramai orang tahu kebaikan teh hijau. Tetapi mereka tidak tahu cara terbaik dan waktu terbaik minum teh hijau. Jadi mereka tidak mendapat manfaat sebaiknya.
Nak tahu lanjut bagaimana minum teh hijau cara betul, ikuti nasihat Dr Zubaidi Haji Ahmad ni.
Begini caranya
Untuk mendapatkan kesan antioksidan yang optima, teh hijau seharusnya diminum sejam sebelum atau selepas waktu makan bagi memastikan catechin (antioksida yang terdapat pada teh) dapat diserap dengan baik.
Tetapi teh hijau tidak diharus diambil ketika perut kosong kerana ia mengandungi kafein yang bersifat asid. Walaupun tahap kafein dalam teh tidak banyak seperti kopi, namun ia menyebabkan rasa pedih ulu hati (tanda gastritis) bagi mereka yang sensitif atau mempunyai masalah gastritis.
Lebih banyak kuantiti teh hijau dan lebih lama rendaman dalam cawan, lebih banyak kandungan kafein yang ada.
Teh hijau juga tidak seharusnya dicampur dengan susu kerana penyerapan catechin diganggu oleh kehadiran casein yang terdapat dalam susu. Teh hijau juga menghalang penyerapan kalsium yang banyak dalam susu.
Teh hijau membantu penurunan berat badan dengan meningkatkan metabolisma tubuh dan dengan menghalang penyerapan lemak. Tetapi ia bukan kaedah utama dalam menurunkan berat badan.
Minum teh hijau ketika sedang makan akan mengurangkan penyerapan thiamine (vitamin B1) dan zat besi dari sumber tumbuhan.
Tahap kafein dalam teh hijau berbeza-beza bergantung pada jenama dan cara penyediaannya. Dianggarkan dalam satu cawan teh hijau yang direndam selama 5 minit adalah antara 40-60 mg.
Jadi teh hijau boleh minum antara 4-6 cawan sehari.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Bacaan lanjut:
Nak Halau Monyet Masuk Kebun, Ular Sawa Nampak ‘Real’ Hanya Guna Tayar Terpakai, Netizen Kagum!
Hanya Guna Baja Bancuh Sendiri, Pokok Limau Kasturi Berbuah Lebat Sepanjang Tahun!
*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.
MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
Kembali Langsing Setelah 44 Hari Berpantang, Anzalna Raih Tumpuan.

Penampilan pelakon Anzalna Nasir sering menarik perhatian ramai. Menerusi laman Instagram, pelakon berusia 34 tahun itu memuat naik gambar memaparkan dia sedang berjalan bersama anak sulungnya.
Kelihatan langsing setelah melahirkan anak kedua baru-baru ini, Anzalna meluahkan rasa syukur beradan badannya kembali normal.
“Selepas 44 hari berpatang Alhamdulillah dah turun berat badan back to normal tetapi, selepas Aidiladha rasanya naik balik berat badan!”“Pi utagha mana boleh diet semua kasi hentam makan sampai pengsan!”

Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminatnya teruja dan memuji pelakon cantik manis ini.
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Resipi Kacang Botak Versi Mudah Nak Buat, Masak Guna Air Fryer

Isi Kandungan
ToggleKacang botak antara kudapan ringan yang memang enak dimakan sambil duduk bersantai-santai menonton televisyen. Menu ini bukan sahaja dihidangkan ketika hari raya tapi sesuai sahaja dimakan bila-bila masa.
Kalau ada yang berhajat hendak buat kacang botak, ini ada resipi ringkas dan cepat boleh cuba. Dimasak dengan menggunakan air fryer, tepung salutan kacang menggunakan tepung bestari. Ranggup versi simple. Hendak makan pun puas hati tanpa fikir kolesterol naik tinggi.
Resipi Kacang Botak Versi Mudah Nak Buat
Bahan-bahan:
2 cawan kacang tanah
2 senduk tepung bestari (asli + pedas)
1 sudu serbuk ketumbar
1 biji telur
5 ulas bawang putih di tumbuk lumat(optional)
5 sudu minyak
Sedikit air
Masak Guna Air Fryer
Cara membuat:
- Basuh kacang tanah dan toskan.
2. Sediakan telur yg telah di kocak bersama minyak.
3. Masukkan kacang tanah.
4. Masukkan tepung bistari dan sedikit air
5. Gaul rata supaya kacang di selaputi tepung.
6. Masukkan ke dalam air fryer. Mula on kan air fryer dengan suhu 180 darjah celcius selama 5 minit. Buka dan lerai-leraikan kacang supaya tidak bergumpal.
7. Tambah lagi 5 minit. Buka lagi dan goncang-goncang. Seterusnya masak lagi selama 10 minit dengan suhu 160 darjah celcius.
8. Seterusnya masak selama 10 minit dengan suhu 160 darjah celcius.res
9. Tunggu betul-betul sejuk baru kacang ranggup. Boleh di simpan dalam balang.
NOTA: Hasil bergantung pada air fryer masing-masing. Kalau masih belum ranggup selepas sejuk, masukkan semula dalam air fryer dan bakar lagi selama 5 minit dengan suhu 150 darjah celcius. Ada air fryer yang hanya mengambil 20 minit untuk masak.
Sumber: Eniza M.Salim
Baca artikel lain yang berkaitan: Resipi Kacang Goreng Crispy Spicy Untuk Kudapan. Rangup & Sedap Semudah ABC, Guna Tiga Bahan je. 15 Minit Dah siap!
Kacang Goreng Homemade Untuk Kudap-Kudapan. Rangup & Sedap, Mudah Pula Tu. Ini Resipinya!