Petua Kecilkan Paha ‘Drumstik’ Dengan Amalkan Minum Air Rebusan Jintan Manis. Yang Banyak Angin & Sakit Sendi Pun Boleh Cuba Ni!

Share

Cemburu melihat paha wanita yang sudah ada anak tetapi maintain tidak berubah tetap kecil molek, apa kata anda cuba petua ini.

Selain mudah dibuat, petua ini juga menggunakan bahan-bahan yang murah dan berasaskan herba.  Petua tradisonal ini  dikongsikan oleh seorang pengguna facebook Puan  ‎Norliza Mohd Salleh yang juga merupakan seorang perunding jamu.

Amalan petua lebih berkesan jika disusuli senaman squat dan minum air 3 liter sehari. Selain itu, jangan lupa catat ukuran peha anda sebelum dan ambil juga ukuran selepas sebulan mengamalkan.

Bahan-bahan:

2 sudu besar Jintan Manis

1 liter air

 

Cara- cara:

1. Direbus jintan manis bersama 1 liter air selama 30 minit dengan api sederhana kecil.

2. Minum secawan pagi dan secawan malam, selepas makan. Diminun setiap hari, selama sebulan.

3. Ulang-langkah rebusan sehingga memenuhi keperluan.

Petua ini juga boleh membantu:

  • Buang angin badan
  • Masalah mulut berbau
  • Kurangkan selera makan
  • Tingkatkan metobolisma
  • Cuci usus
  • Sakit-sakit sendi
  • Kolestrol
  • Tambah darah
  • Gemuk air
  • Banyakkan susu badan

Sumber:  Norliza Mohd Salleh (Facebook)