Petua Jimat Minyak Dari Tukang Masak. Lepas Menggoreng Buat Bancuhan Tepung Ni. Memang Menjadi!

Share

Siapa yang suka masak ikan cencaru sumbat mesti faham bagaimana rupanya minyak akan bertukar hitam bila menggoreng ikan tersebut. Maklumlah kebiasaannya ramuan kisar yang disumbatkan ke dalam ikan cencaru akan terkeluar ketika digoreng dan ini menambahkan lagi minyak yang dimasak akan menjadi ‘kotor’ dengan bahan kisar tersebut.

Untuk digunakan lagi minyak tersebut memang terasa tidak bersih pula.  Namun sebagaimana perkongsian puan Ariza Kak Chik yang menggunakan air bancuhan tepung jagung untuk mengurang minyak menjadi terlalu hitam. Katanya petua ini di didapati daripada TikTok yang menggunakan nama Richard Is Cooking. 

Tukang masak ini Richard bersama pengacara rancangan Jalan-Jalan Cari Makan, Nazrudin Rahman

Ikuti petua yang telah dicuba oleh wanita ini. Memang menjadi!

Guna bancuhan jagung kurangkan warna hitam minyak masak

Pernah jadi masalah macam ni tak bila goreng ikan cencaru sumbat? Kadang-kadang untuk goreng ikan seterusnya kita terpaksa tukar minyak baru.

Petua untuk jimatkan minyak dan tak payah tukar baru ialah dengan guna 3-4 sudu besar tepung jagung yang ditambah dengan air.

Kemudian tuang air tepung jagung dalam minyak yang hitam tadi. Nanti minyak akan jernih semula dan dapat goreg ikan yang seterusnya.

Baca artikel menarik lain di sini:

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club