Petua Ini Viral Bagi Merawat Pelbagai Penyakit Termasuk Kekal Bahagia Suami Isteri Dari Al-Marhum Tuan Guru Dr Haron Din

Share

Kadang kala, dalam rumahtangga, perselisihan faham adalah perkara biasa. Tetapi jika membawa kepada perceraian ia adalah perkara luar biasa. Memang benar, Perceraian itu walaupun halal tetapi dibenci oleh Allah. Namun, setiap masalah pastinya ada penyelesaian supaya rumahtangga kekal bahagia.

Menerusi perkongsian Khairul Hafizi , yang mendapat share sehingga lebih 24K, melalui facebooknya memaparkan rawatan yang diamalkan Ilmu perubatan Islam, Almarhum Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din. Salah satunya adalah rawatan jika terkena sihir untuk menceraikan pasangan suami isteri dengan menggunakan surah Al-Baqarah. Moga dengan mengamalkan ayat ini, dapat mengelak daripada perpisahan dan keluarga kita sentiasa bahagia hingga keakhir hayat.

Selain itu,  antaranya menyentuh mengenai rawatan resdung dan penyakit fibroid. Hakikatnya sebagai seorang Islam,kita wajib mempercaya setiap penyakit ada ubatnya berdasarkan Al-Quran dan Hadis di bawah.

Firman Allah SWT,

“Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua. (Al-Israa’ 17:82)

Moga perkongsian ini memberi manfaat bersama keluarga anda.

_________________________________________________________________

Kena simpan ilmu ni sebaiknya Orangnya pun dah takda lagi. 

(AlMarhum Tuan Guru Dato Dr Haron Din)

1) – Apabila dipatuk ular, penawar ada pada ular itu.
-Ambil sisik terakhir (hujung ekor ) ular tersebut.
-Ambil & makan. InsyaAllah ia akan jadi penawar bagi bisa ular itu.

2) – Disengat ikan sembilang atau ikan keli, penawar ada pada otak ikan tersebut.
– Ketuk kepala ikan, ambil kecik seperti gel
– Ambil & sapu pada bahagian yang disengat

3) – Terkena duri kelapa sawit. Penawarnya ada pada buah kelapa sawit.
– Ambil buah, diketuk/ dipecahkan dan diambil minyaknya
– Jangan ambil menggunakan tangan, sapu menggunakan sabut kelapa sawit itu sekali
– InsyaAllah hilang rasa sakit & cepat sembuh

Kekalkan kebahagiaan rumahtangga 

4) Terkena sihir untuk menceraikan suami isteri
Surah Al – Baqarah, ayat 102

5 ) Resdung
– Ambil 7 botol air kolah dari 7 buah masjid yg berlainan
– Mestilah masjid yang aktif (masjid yang ada org dtg bersolat)
– Setiap kolah masjid, 1 botol.
– Ambil air, letak atas sejadah, buat solat hajat untuk sembuhkan penyakit resdung
– Letak air pada tangan kanan, Baca surah Al- Anbya’ , ayat 83.
– Sebelum masukkan air ke dalam hidung, baca selawat syifa’
– Masukkan air ke dalam hidung & buang semula
– Ulang sebanyak 7 kali
Surah Al – Anbya’, ayat 83

6) Masalah sakit tumit / sakit2 sendi (rheumatism)
– Gunakan minyak zaitun
– Baca Al – Fatihah & Ayat kursi
– Sapu minyak tersebut atau urut sambil membaca doa di bawah ini :
Surah At- Taubah ayat 14
&
surah Al – Hashr ayat 21

Para isteri take note ye

7) Fibroid, atau masalah yang melibatkan wanita
– Menggunakan madu asli
– Baca Al- Fatihah & Ayat kursi
– Baca Surah An – Nahl, ayt 69, jampi ayat tersebut pada madu
– Makan 1 sudu sehari
Surah An -Nahl, ayat 69

8 ) Angin pasang
– Menggunakan madu
– Amalkan ayat- ayat di bawah ini
-Surah Al – Isra’, ayat 82
Surah Al – Hashr, ayat 21
Surah Ash – Shua’ra’ ayat 70

9) Penyakit darah tinggi, kencing manis, & masalah jantung
Bahan – bahan :
– Ambil serai 3 batang ( titikkan supaya pecah)
– Halba (yang selalu diletakkan dalam nasi dagang)
– Buah kelapa (yang berhingus)
Cara – cara :
– Serai apabila sudah dititikkan, letak dalam buah kelapa,1 buah kelapa, 3 btg serai.
– Ambil 7 halba, letak sekali dlm buah kelapa.
– Ambil buah kelapa, letak atas api gas & pnaskan.
– Jadikan serai sebagai sudu, ambil isi guna serai.
– Minum air kelapa yang telah suam.
*Satu bji kelapa, selang 2 hari.

10) Susah tidur malam
Surah Al – kahf, ayat 11

Selain minta pasangan urut badan, amalkan ayat ini juga 

11) Angin dalam badan, sakit – sakit sendi
Surah – fussilat, ayat 44

12) Merawat histeria
– Genggam tangan kanan, baca Bismillah, MasyaAllah..
– Baca 3 kali, tiup dalam penumbuk, muncungkan mulut, tiup dengan tiupan yg halus, Tepuk atas tulang belikat pesakit yang terkena histeria.
*Pagar diri dahulu sebelum mengubati orang lain
– As saffat , ayat 7

[Almarhum Tuan Guru Dato Dr Haron Din]

RAWATAN PERUBATAN DAN PENGUBATAN ISLAM IALAH KOMPLEMENTARI.

Rawatan Islam perlu dikembangkan dan diberi kefahaman yang betul kepada masyarakat.Rawatan Islam bukan rawatan alternatif.Alternatif bermaksud ambil yang ini tinggal yang itu. Sebaliknya Rawatan Islam adalah komplemantari iaitu saling lengkap melengkapi antara satu sama lain.Rawatan Islam pelengkap kepada rawatan Alopati.

Rawatan Islam perlu seiring dalam setiap rawatan yang dijalani.Contohnya sebelum melakukan pembedahan dibacakan ruqyah terlebih dahulu.Doktor atau Perawat perlu memberi harapan dan kekuatan rohani pada pesakit.Kekuatan rohani ini hanya boleh diberikan kepada pesakit melalui Rawatan Islam.Rohani yang sihat boleh mengatasi jasmani yang sakit.Sebagai contoh bagaimana Allah Swt menguji Nabi Ayub A.s walaupun jasmaninya sakit, namun seperti tidak dirasai kesakitan itu oleh Baginda kerana kekuatan rohani yang ada dalam jiwanya itu.- Almarhum Tuan Guru Dato Dr Haron Din. 


Sumber: FB Khairul Hafizi via Darussyifa’ Machang
#ilmu