Semakin berusia seseorang, semakin bertambah segala penyakit dalam badan. Angin, lenguh sana sini dan sebagainya lagi. Lebih teruk lagi bila salah makan, makin mengundang macam-macam masalah pada tubuh.
Buat ibu-ibu yang ada masalah sakit kaki dan lenguh-lenguh, boleh cuba petua ini. Terutama yang selalu alami masalah sakit menyucuk di bahagian tumit kaki. Bagi ibu-ibu dalam pantang pun boleh cuba petua mudah ini. Badan jadi ringan je.
PETUA MUJARAB HILANGKAN SAKIT KAKI . Masa memula Mak bagitau petua ni, KakVee tak berapa nak buat sangat. Still lagi pergi berurut dekat spa dengan bayaran rm45-rm60 untuk sejam. Tu pun lepas urut tak hilang gak sakit kaki. . Stresskan bila sakit kaki. Tambahan lagi kalau sakit tu mencucuk cucuk dibahagian tumit. Rasa berat jer kaki nak berjalan. Nak bekerja pun jadi lemau.
.
Bila dalam pantang ni baru ada kesedaran nak buat. Hanya berspa di rumah. Jimat dari segi kos sebab bahan bahan nak buat memang dah tersedia di dapur dan boleh diamalkan bila bila masa.
.
Tapi kesannya bergantung pada individulah, ada yang hilang sakit terus lepas sekali buat. Ada yang kena buat sampai tiga kali baru rasa betul betul berkesan. KakVee lepas buat hari tu sakit kaki dan lenguh lenguh terus hilang. Jadi ringan jer kaki nak melangkah. Tu yang KakVee nak share petua ni sebab betul betul menjadi.
Ads
Bahan bahan yang diperlukan:
.
Garam
Halba
Serai
Halia
Lengkuas
Daun limau purut
Daun Pandan
(tambahan kalau ada, daun mengkudu, cekur daun sireh) – ekceli boleh letak daun apa saja yg ada khasiat. Cara penyediaan:
Hiris atau ketuk bahan bahan diatas.
Ads
Kemudian rebus sehingga mendidih.
Cara penggunaan:
Ads
Ambil air rebusan (termasuk bahan bahan) masukkan dalam baldi dan campurkan dengan air paip.
Suhu ikut individu. Tapi jangan sampai melecur kulit. Kalau boleh paras air tu sampai boleh rendam dari kaki hingga ke lutut. Baru puas hati.
*Masa rendaman tu akan terasa seolah olah kaki kita disedut sedut. Sangat selesa dan bau pun wangi kalah bau dekat spa. #PS ini hanyalah penyediaan traditional, sekiranya sakit kaki tu berlarutan dan bertambah teruk segeralah berjumpa dengan Doktor untuk dapatkan rawatan yang sepatutnya. #SILAKANSHARE supaya gejala sakit kaki dapat dikurangkan bersama sama. Nak cara jimat bolehlah cuba. Nak mudah g spa urut kat sana #PetuaKakvee.
Kredit: Ruviantie Roslan
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
“Apa yang saya buat semuanya kerana Allah, tidak pernah menyimpan niat untuk mendapatkan balasan.”
Demikian luahan Sabariah Hussein, atau terkenal dengan panggilan Sister Sabria, yang kisah kerja amalnya di Montreal, Kanada, tular di media sosial sebelum ini. Sabariah Hussein, anak Malaysia kelahiran Johor, terkenal dan disenangi rakyat Kanada khususnya di Montreal. Mereka menggelarnya ‘Muslim Mother Teressa’.
Setiap hari Sabariah akan memberi makan kepada 400-500 insan-insan yang memerlukan. Dia juga mengendalikan rumah perlindungan wanita yang dikenali sebagai “Rumah Kedua Kita” (Our Second Home) di rumahnya sendiri. Hebat anak Malaysia ini. Bekas guru pendidikan khas di Montreal Kanada ini mengakui sifat kasih sayang dan empati sudah sebati dalam dirinya. Dia memulakan kerja amalnya di Kanada dengan mengagihkan karipap dalam kuantiti yang kecil kepada masjid berdekatan rumahnya.
Langkah kecil itu telah membuka matanya apabila dia melihat ramai orang yang memerlukan makanan. Ketika itu, Sabariah bukanlah seorang jutawan. Bukan orang terkenal. Dia hanya seorang guru pendidikan khas yang berjiwa besar.
Masak bersendirian
Dari dapur kecil di rumahnya, berbekalkan kemahiran memasak yang ada, dia mula memasak bersendirian. Kemudian dia akan mengagihkan sendiri kepada mereka yang memerlukan. Sungguh luar biasa kesungguhan insan ini membantu orang yang langsung tak punya sebarang ikatan. Sabariah terus menggiatkan usahanya untuk membantu seramai yang boleh. Bayangkan di saat kita sedap menjamu selera, ada insan yang sudah berhari-hari tak menjamah makanan.
Insan-insan ini dijamu dengan air tangan Sabariah. Bayangkan bagaimana perasaan mereka disaat mengunyah makanan yang enak dikala perut sedang kelaparan. Betapa bahagianya mereka ketika itu.
Oleh kerana itu Sabariah disayangi oleh orang sekelilingnya. Sifat mulianya itu telah menjentik hati orang lain tanpa mengira status, agama dan bangsa.
Begitulah rutin Sabariah setiap hari. Tanpa jemu dia menyediakan makanan buat mereka semua. Senyuman mereka menciptakan kebahagiaan dalam hati Sabariah. Keluar berniaga cari dana Pada peringkat awal Sabariah menggunakan keuntungan dari hasil jualan makanan di luar masjid untuk membeli barangan makanan yang hendak dimasak.
Ketelusan dan keluhuran jiwanya terserlah apabila dia keluar berniaga semata-mata mahu mencari dana untuk memastikan tiada insan yang tertidur dalam kelaparan. Betapa mulianya hati insan ini. Ternyata hidupnya adalah untuk kebahagiaan insan-insan lain.
Masak dari hati penuh kasih sayang
Makanan yang disediakan oleh Sabariah juga enak. Dia memasak dari hati dan sesekali tidak memasak dengan hanya sekadar melepaskan batok ditangga. Katanya,
“Saya memasak dari hati dengan penuh kasih sayang. Saya sentiasa mahukan yang terbaik untuk mereka. Itulah kebahagiaan saya.”
Usahanya itu saban hari mendapat sambutan. Malah kini ratusan sukarelawan pelbagai bangsa membantu Sabariah menyediakan dan mengedarkan makanan kepada mereka yang memerlukan.
Sabariah adalah insan yang rendah diri. Dia membantu tanpa mengira status, agama dan bangsa. Dia membawa contoh akhlak Islam yang baik di kalangan orang bukan islam.
Golongan Islam & gelandangan Sabariah turut membantu memasak makanan untuk 8 buah masjid dan 2 buah gereja di Montreal buat golongan miskin dan gelandangan di sekitar kawasan tempat tinggal beliau, tanpa mengira agama dan bangsa. “Sebagai seorang yang beragama Islam, kita harus sentiasa berganding bahu supaya dapat mencermin masyarakat Islam adalah dalam kalangan orang yang baik-baik.” “Apa yang saya buat semuanya kerana Allah, tidak pernah menyimpan niat untuk mendapatkan balasan,” demikian luahan Sabariah.
Usaha Sabariah ini juga adalah dakwah yang mencerminkan kebaikan islam. Di kala dunia barat digembar gemburkan dengan Islamophobia, Sabariah tampil menjernihkan ketegangan itu dengan makanan masakannya. Sesungguhnya, jalan dakwah itu luas. Apa yang paling penting adalah tindakan kita. Orang melihat apa yang kita lakukan berbanding apa yang kita perkatakan.
3 hari tidur keletihan
Tindakan Sabariah jelas menunjukkan hasil yang baik terhadap persepsi orang barat terhadap Islam. Kebaikannya itu diiktiraf oleh penduduk setempat apabila dia digelar “Muslim Mother Teressa” oleh penduduk non Muslim. Sabariah juga pernah koma 3 hari selepas dia bertungkus lumus mengutip sumbangan bagi korban tsunami di Indonesia.
Ketika itu dia sangka dirinya tertidur selama 3 hari akibat keletihan. Selepas berjumpa doktor, barulah dia tahu bahawa dirinya diserang stroke ringan dan menurut doktor tempoh tiga hari tidurnya itu adalah koma. Allah, sampai sakit dia bantu orang. Alhamdulillah selepas itu dia kembali sihat dan meneruskan kerja amalnya sehingga kini. Sabariah turut membuka rumah anak yatim di Kota Tinggi, Johor dibawah naungan Sister Sabria Foundation. Terima anugerah
Sabariah telah menerima pelbagai anugerah dari kerajaan Kanada dan Malaysia. Sabariah juga dijemput untuk bertemu Perdana Menteri Kanada sebagai tanda penghargaan terhadap usahanya. Sabariah umpama permata berkilauan yang menyinari kehidupan orang-orang di sekelilingnya. Sabariah sedang berniaga dengan Allah. Pasti dia tak akan pernah rugi. Kini usianya sudah mencecah 73 tahun. Tetapi sedikit pun tidak pernah melonggarkan usaha Sabariah untuk terus membantu orang yang memerlukan. Semoga Allah beri kesihatan dan kekuatan buat insan ini terus menyumbang dan berdakwah. Pasti anak cucunya bangga punya ibu dan nenek yang hebat begini.
Kita pula bagaimana? Hidup kita untuk apa? Apa sumbangan kita kepada ummah? Adakah kita hanya memikirkan tentang diri semata-mata. Sebab itu hidup kita sentiasa stres dan serabut.
Kegiatan amal Sabariah boleh diikuti di laman Facebook, Sister Sabria Foundation.
Tidak dinafikan, bila berlaku kejadian kenderaan yang kita pandu rosak ditengah jalan dan ketika itu kita bersendirian memang panik dibuatnya. Walaupun pada awalnya kita sudah pastikan sebelum bergerak, kenderaan berada di dalam keadaan baik. Tapi itulah, situasi sebegini memang tidak dapat diduga, di luar jangkaan kita.
Jadi nak tak nak, perlulah kita meminta bantuan daripada orang yang boleh diharap. Masa ini jugalah, baru kita kenal dan sedar siapa sebenarnya yang akan ada di sisi sudi membantu. Pendek kata, walaupun kita mempunya ramai kawan di sekeliling kita, itu belum tentu lagi mereka akan ada semasa kita dalam kesusahan berbanding pasangan yang sehati sejiwa.
Hubungi member, tapi hampa
Baru-baru ini tular di media sosial TikTok, berkenaan sebuah perkongsian video daripada @angah11222 memaparkan keadaannya yang terpaksa menunggu diperhentian bas gara-gara motornya rosak secara tiba-tiba.
Dalam perkongsian video yang mendapat meraih tontonan 1.9M ketika ini, seorang suami ini sebenarnya telah cuba menghubungi beberapa orang rakannya untuk meminta bantuan namun tiada seorang pun yang memberi respon kepadanya untuk membantu.
Pun begitu, apa yang telah mencuri perhatian ramai penonton video tersebut adalah apabila akhirnya isterinya sendiri yang datang untuk memberikan bantuan kepada suaminya.
Isterinya dilihat menunggang sebuah lagi motorsikal ke tempat suaminya menunggu dan terus memberikan senyuman manis kepada suami setelah tiba di situ.
Kehadiran isteri di sisi membuatkan suaminya berasa terharu. Benarlah, dalam mencari teman mungkin senang, namun teman sejati yang sanggup susah dan senang bersama tidak lain dan tidak bukan, dia adalah pasangan hidup kita sendiri.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen tumpang gembira dan mendoakan yang baik-baik untuk pasangan ini.
@amir6324: “suka tgok laki bini bhagia , sy doakan semoga abg mndpat rezeki yg mlimpah ruah satu hari nati dan berbhgia dsmping kluarga tsayang”
@Tasya Sukri: “sebab tu dalam hidup jangan terlalu mengharapkan kawan ade untuk kita selamanya better kita cari pasangan hidup yg ingin susah senang bersama kita”
@aZuRa: “Isteri adalah magnet rezeki. Ssh ape pon suami istwri sentiase d sebelah.”
@SUZI : “itu la isteri.kalu dlm mrh pun..tiba2 dpt call.suami mintk tolong..laju je prg..x fikir..takut ke apa..”
@AmiRizQie: “Nak harapkan org mmg payah bro.. Sekek2pun isteri jugak yg dtg mmbantu.. Itulah kwn kekasih kita sejati dunia akhirat”
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Bukan mudah untuk bergelar isteri dengan pelbagai cabaran dalam hidup. Tugas isteri bukan sahaja untuk memberi layanan yang baik kepada suami tetapi juga menguruskan rumahtangga termasuk anak-anak yang masih kecil.
Ketika dalam tempoh membesarkan anak-anak pastinya emosi berkecamuk. Ada yang lelah sehingga mengalami emosi yanga tidak stabil. Sebagaimana perkongsian ini. Beliau juga berkongsi tip bagaimana mengatasi situasi itu.
Moga para isteri dan ibu tabah untuk menjadi wanita yang menguruskan rumahtangga dengan sempurna.
Ikuti perkongsian ini.
Atasi emosi elak jadi lebih teruk
“Seorang isteri yang terlalu kurus, tidak terurus, menangis, mundar mandir ke hulu hilir, kejap-kejap jatuh terbaring, bangun semula, sekejap menjerit, menangis.. terus dibawa ke hospital masuklah di zon kuning.”
Ya Allah, bila diingat saja apa yang berlaku kepada si isteri itu, rasanya sangat sakit. Berat mata memandang, berat lagi bahu dia yang memikul. Sebagai wanita, saya sangat terkesan dengan apa yang berlaku. Menjadi seorang isteri, setiap dari kita perlu ada persiapan untuk mengawal dan menjaga emosi diri.
Tips dibawah ni saya kongsikan dengan harapan dapat membantu isteri-isteri diluar sana.
CARA TANGANI EMOSI SEBAGAI SEORANG ISTERI
1) JANGAN TERLALU ‘HIGH EXPECTATION’
Kita manusia tiada yang sempurna. Hatta suami mahupun isteri. Sebab tu dalam rumah tangga, jangan terlalu mengharap untuk mendapatkan yang sempurna. Tapi sebagai pasangan, kita perlu usaha untuk saling melengkapi. Yang mana kurang, sama-sama lengkapkan. Jangan paksa diri, tapi didiklah hati untuk cuba berikan yang terbaik. “We are not perfect, but what we can do is to complete each other, and accept each other.” Rumah dengan isi rumah yang ramai tambah lagi dengan anak-anak kecil jangan diharap sentiasa kemas 24 jam. Tangan ada 2 je, buatlah yang termampu dan lapang dada. Boleh juga buat peruntukkan sebulan sekali panggil pembantu bersihkan rumah.
2) KELUAR DARI SUASANA TOKSIK Tekanan emosi ni bukan perkara main-main. ‘It is very serious’. Jadi jangan biarkan. Kalau ada masalah cepat-cepat dapatkan bantuan. Antara caranya, Minta nasihat daripada orang yang dipercayai “It is okay to not be okay!” Jangan malu untuk dapatkan bantuan. Ada benda yang kita kena kongsi supaya masalah tidak berlarutan dan keadaan tidak bertambah buruk.
3) KOMUNIKASI DALAM RUMAH TANGGA Luahkan, ceritakan. Suami isteri ni ‘Life Partner’, bukan nafsi-nafsi (sendiri-sendiri). Pasangan dicipta untuk saling melengkapi. Apa guna sebuah ikatan kalau takde KOMUNIKASI? Ada masalah? Jangan pendam! Cerita supaya pasangan faham dan tak berlaku ‘makan hati’ dalam diam. Tak pandai cakap, boleh tulis surat, tulis di whatsap. Dan komunikasi ini mestilah DUA HALA. jika sehala sahaja ia dikira komunikasi yang gagal ibarat cakap dengan dinding. Jangan biarkan melarat bertahun-tahun. …
Cabaran hidup orang berkeluarga ni berbeza dengan orang bujang. Tambah-tambah kalau pasangan tu tidak memberi kerjasama yang baik. Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dengan apa yang Allah berikan pada saya. Terima kasih suami. .
Ujian masing-masing berbeza. Tapi saya yakin dan percaya, setiap dugaan yang datang tu ada hikmah besar yang Allah nak sampaikan pada setiap dari kita. Saya doakan kepada mereka yang diuji diluar sana supaya terus kuat dan tabah dalam menghadapi ujian kehidupan. Percayalah, tiada penyakit yang datang tanpa penawar. Penawar itu, kitalah yang harus usaha untuk mencarinya
Mesti anda teringat kartun-kartun zaman dahulu? Siapa yang selalu terpacak depan TV mesti tahu banyak kartun. Jadi jom tonton berapa banyak agaknya yang adik-adik BK kita ni tahu pasal kartun popular tahun 90-an dan awal 2000.
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Walaupun anak sudah semakin membesar, namun kita sentiasa perlu beringat. Usah dilupakan senarai ubat-ubatan bila memilih untuk bercuti atau travel dengan anak-anak, terutamanya ketika bercuti ke luar negara.