
Memang tak dapat nak gambarkan bagaimana rasa sakit gigi bila ia menyerang. Kata orang ia sakit kedua selepas bersalin.
Memang rasa teramat sakit. Kalau waktu ni jangan la ada yang nak datang bertanya itu dan ini atau nak komen macam-macam.
Lebih-lebih lagi sakit ketika waktu malam hari. Cemas dan adakalanya rasa pemikiran jadi buntu untuk cuba kesemua petua yang pernah diajarkan oleh orang tua kita.
Ketika inilah kita sibuk cari Mr Google untuk dapatkan info bagi meredakan kesakitan. Nah admin sediakan satu petua untuk hilangan sakit gigi dengan cara yang mudah tapi berkesan.
Petua hilangkan sakit gigi paling simple & berkesan
Allamdulillahh…….
Seminggu berguling-guling sakit gigi berubat kampung, pi klinik gigi merata.. Semua tak boleh buat apa sebab pregnent.
Last-last kak Norhashikin Ahmad bagi petua, tumbuk bawang putih dengan garam, tempek kat gigi yang skit.. memang ajaib terus hilang sakit oii.. hebat sangat petua ni…hampa2-hampa yang sakit gigi tu boleh cuba.
kredit: Noraini Ahmad Anne
12 Tahun Jaga Isteri Lumpuh, Kata Edika Yusof “Anggaplah Isteri Bukan Sebagai Maid Tapi Soulmate Kita. Sebaknya Baca!

Suatu ketika dahulu, beliau sangat digilai oleh anak gadis. kemunculannya baik dalam bidang peragaan mahupun lakonan dinantikan.
Namun, kelibatnya hilang di halaman bidang seni tanpa dikesan. Edika Yusof dalam satu sesi temiu ramah bersama sinar fm berkongsi kisah hidup dan perasaannya menjaga isterinya yang sakit dan lumpuh selepas dua tahun mendirikan rumah tangga, kira-kira 12 tahun lalu.
Rata-rata mengkagumi beliau kerana sanggup berkorban menjaga isterinya yang sakit itu. Bahkan, dia juga enggan berkahwin lain, dan sanggup mengharungi susah payah bersama isterinya.
“Dua tahun lepas kahwin, isteri jatuh sakit dan lumpuh. Tak boleh cakap dan dengar. Banyak peristiwa memori yang dia lupa.
“Saya waktu itu tak stabil, keliru dan rasa kenapa ini berlaku pada saya. Membuatkan saya nak berkongsi dengan seseorang, jadi jalan yang saya cari adalah dengan berkongsi dengan Tuhan. Daripada situ saya dapat hidayah dan kekuatan untuk menempuh segala yang berlaku.
“Waktu itu saya memang sudah putus asa tetapi isteri saya bersungguh-sungguh dan tak give up. Daripada situ saya mendapat kekuatan. Malah saya tak anggap dia OKU atau yang lumpuh malah saya anggap dia seperti manusia biasa yang sempurna.
“Kerana itu, isteri kadang-kadang tidak sedar yang dirinya lumpuh kerana saya layan sama rata seperti beri kasih sayang, bercakap, bergaduh dan sebagainya. Jadi, saya create benda ni supaya dia dapat tahu yang dia ni normal
Ada yang tanya kenapa tak kahwin lagi satu. Tapi katanya kata kahwin lain bukan selesaikan masalah.
“Mungkin isteri kedua akan sakit dan lumpuh. Jadi berapa banyak wheelchair yang perlu saya jaga. Ada yang satu ni pun Alhamdulillah dan ini adalah cabaran yang Tuhan berikan untuk saya dan saya terima dengan hati terbuka.
“Isteri juga pernah beritahu , kalau nak kahwin lagi saya dia benarkan. Tetapi saya sendiri tak mahu. Sebab saya berfikir satu hati nanti kalau dia undur diri, saya pernah cakap saya ambil dia waktu dia boleh berdiri dan berjalan.
“Jadi kalau saya nak ‘pulangkan ‘ kembali pada ibu bapanya, saya mahukan dia dalam keadaan yang sama.
“Daripada situ isteri faham yang saya tiada keinginan untuk berkahwin lain atau menambah lain kerana sudah cukup yang ada ini sudah sempurna di hati saya dan saya suka dengan apa yang saya buat.

Pesanan Edika Yusuf kepada para suami di luar sana, dia menyarankan supaya sama-sama susah dan senang.
“Anggaplah kita ni bila dah berkahwin kita dengan pasangan 50-50, sama susah sama senang. Kita tanggung semuanya bersama. Janganlah bagi beba kepada isteri sahaja sebab kita ni ketua keluarga.
“Jangan anggap isteri sebagai maid, tetapi anggaplah mereka sebagai soulmate kita. Dan nak buat apa pun buatlah bersama-sama, ibarat berat sama dipikul ringan sama dijinjing.
Video penuh temu ramah bersama Edika Yusof.
Sumber: Sinarfm
Makbulnya Doa Terbaik Dari Seorang Isteri. Lakukan Cara Ni Sungguh-sungguh!

Kekuatan doa memang semua maklum cukup luar biasa. Ia ibarat senjata buat perisai jiwa agar tidak kenal erti putus asa.
Lantas kita sebagai isteri seharusnya jangan pernah terlupa untuk mendoakan pasangan kita agar ia mampu melaksanakan tanggungjawabnya dengan sempurna dan kekal mencintai kita sebagai isterinya agar kebahagiaan berumah tangga dapat dinikmati.
Berdoa dan terus berdoalah!
Memahami ada waktu-waktu yang sesuai dan terbaik untuk si isteri menadah tangan memohon doa, ayuh kita baca perkongsian daripada Encik Muhammad Hassan ini.
MAKBULNYA DOA SEORANG ISTERI
Isteri WAJIB doa sungguh-sungguh untuk suami agar jadi PEMIMPIN yang terbaik untuk keluarga ini.
Jika bukan isteri siapa lagi untuk doakan suami. Jika sebelum ini banyak kebaikan yang ada pada suami kenapa hari ini kita mahu bicara keburukannya?
Bicara dan mengadulah kepada الله . Mengadu dengan penuh linangan air mata,dengan penuh keikhlasan. Mengadu kepada manusia adakalanya ia menyakitkan.
Sambil masak doa untuk suami, sambil basuh baju doa untuk suami. Sambil pegang tangan suami doa untuk suami. Tatap wajah suami,bicaralah dengan lemah lembut dan luahkanlah dengan linangan air mata.
Wahai yang bergelar isteri,bangunlah untuk 2 rakaat doalah untuk suamimu saat dia sedang tidur:
“ya الله ini suami saya,saya sayang dia lebih dari diri saya, banyak kebaikan dia untuk saya. ya الله ampunilah segala dosa dia,jadikanlah dia suami yang baik,yang taat segala perintahMU.
Jadikan dia suami yang soleh,bertanggungjawab,penyayang,suami yang prihatin,suami yang baik terhadap isteri dan anak-anak”
⭐️Isteri antara syurga atau neraka buat suami⭐️
Sumber : Muhammad Hassan
Dapatkan Semula Sijil Peperiksaan Yang Hilang Atau Rosak Dengan Cara Mudah Ni. Tak Perlu Pening Kepala!

Lazimnya setiap sijil peperiksaan yang kita miliki pastinya sehingga kini masih tersimpan sempurna di dalam fail. Namun tidak dinafikan ada sebahagiannya sijil yang begitu dianggap penting, boleh hilang atau rosak atas sebab-sebab tertentu.
Terasa sayang pula tiada bukti untuk dijadikan kenang-kenangan, apatah lagi jika sijil tersebut diperlukan untuk urusan temuduga. Mesti terasa ralat jika sijil yang penting itu, tidak ada di dalam simpanan.
Jadi usah kecewa atau risau, anda masih berpeluang untuk mendapatkan sijil tersebut dengan cara memohon dengan Lembaga Peperiksaan Malaysia. Ini sebagai mana yang dilakukan oleh seorang isteri ini untuk mendapatkan sijil suaminya yang telah hilang bagi membolehkan suaminya menghadiri temuduga di PDRM.
Menurut Eim Ariepin, dia membantu suaminya untuk mendapatkan sijil PMR 2008 di mana sijil tersebut telah lama hilang daripada simpanan suaminya. Namun disebabkan suaminya ingin menghadiri temuduga PDRM, menjadi syarat untuk membawa sijil asal. Jadi nak tak nak, perlu usahakan untuk mendapatkan sijil tersebut.
Jadi dia pun cuba menghubungi Lembaga Peperiksaan Malaysia dan bertanya lebih detail cara untuk memohon dan pegawai yang menjawab panggilan tersebut memberikan link website dan permohonan diproses dengan mudah.
“Alhamdulillah, salinan keputusan original dari lembaga peperiksaan telah pun diterima dan siap ada tanda tangan pengarah Lembaga Peperiksaan lagi. Alhamdulillah diterima lah masa suami pergi temuduga bulan lepas. Tapi dapat salinan keputusan sahaja lah, tak akan dapat sijil yang betul-betul macam asal dulu.”
Jadi buat anda yang turut mengalami masalah sijil peperiksaan yang hilang, usah kecewa dan bolehlah lakukan seperti apa yang dikongsikan oleh wanita ini.
Dan jelasnya lagi, sekarang dah mudah tau nak minta salinan keputusan peperiksaan PMR / SPM / STAM dll. Pening pikir macam mana, bila interview nak tegok keputusan yang original, tak nak potostat punya..
Buka je website https://elp.moe.gov.my/ , pastu pilih nak salinan keputusan apa, pastu isi sahaja borang nya. Tak sampai seminggu, sijil tersebut akan kita terima. Alhamdulillah, tapi, adalah sedikit caj dikenakan. Bayar untuk Lembaga Peperiksaan adalah RM30, Postage RM10. Semua bayaran dibuat melalui link bayaran menggunakan fpx lepas isi borang tersebut. Atau pun menurutnya, boleh juga terus call call 0388843528 untuk pertanyaan lanjut.
Sumber : Eim Ariepin
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club