Petua Hilangkan Kotor, Warna Turun & Kesan Rosak Pada Baju. Hanya Guna Barang Di Dapur Je!

Share

Sayang kan jika nak dibuang pakaian yang masih baru dan lebih penting lagi mungkin ia salah satu baju kegemaran anda. Tetapi melihat warnanya yang luntur menyebabkan anda tidak lagi berkenan untuk memakainya.

Biarpun ada pelbagai barangan atau peralatan yang memudahkan kerja kita dalam mengatasi masalah sebegini, namun, cara lama masih praktikal untuk diamalkan dan hasilnya lebih berkesan. Selain menjimatkan wang, cara ini juga diyakini selamat.

Jom lihat antara petua lama yang menggunakan barang dapur untuk membantu masalh  warna baju turun. Petua ini juga boleh sesuai untuk menghilangkan kesan baju rosak dan kotor.

Mengelak kain batik luntur

Ambil beberapa helai daun betik dan rebus bersama air . Ketika air rebusan masih panas, masukkan kain batik dan rendam semalaman. Setelah itu, bolehlah dicuci seperti biasa . Kain itu tidak akan luntur lagi

Menanggalkan kesan kopi, teh dan darah, dakwat dan minyak

Kesan -kesan teh , kopi atau koko yang terkena pada pakaian boleh dihilangkan dengan menyiramkan air yang mendidih ke tempat yang terkena kesan-kesan itu. Sekiranya kesannya masih tidak hilang, letakkan serbuk pencuci yang basah dan biarkan selama satu jam sebelum dicuci.

Bagi menanggalkan kesan darah pada pakaian, rendamkan pakaian di dalam air yang berisi garam .Rendamlah hingga kesan itu tanggal ( 1 sudu makan garam – 1 bekas air)

Sekiranya baju anda terkena dakwat pen, ambil sedikit kapur sirih, sedikit garam halus, serta cuka. Lecekkan pada tempat terkena kesan dakwat. Beruskan perlahan-lahan dan bilas dengan air bersih, buat beberapa kali sehingga kesan dakwat tersebut hilang,ini akan menjadikan proses pembersihan menjadi lebih mudah. Anda juga boleh mencucinya dengan cuka atau air asam limau.

Jika terkena minyak tanah pula, kain itu diwap terlebih dahulu sebelum dicuci. Pakaian yang terkena minyak perlu disapukan bedak dan biarkan bedak di situ selama beberapa minit sebelum dibasuh. Selain itu, cara mudah untuk menghilangkannya, sapukan sedikit majerin pada pakaian yang terkena tompokan minyak, biarkan seketika barulah cuci seperti biasa.

Menghilangkan kesan kunyit pada pakaian

Kesan kunyit pada pakaian memang sukar untuk dibersihkan. Petua untuk menanggalkan kesan itu adalah dengan mengambil sedikit sabun cuci pinggan mangkuk. Sapukan pada tempat yang terdapat kesan kunyit. Biarkan selama lebih kurang 15-20 minit. Selepas itu, cuci seperti biasa.

Menghilangkan kesan karat

Cara 1 : Bilas pakaian dalam campuran air cuka dan garam kemudian dijemur sehingga kering.

Cara 2 : Ambil limau nipis, kemudian dibelah dua. Keluarkan biji-bijinya . Selepas itu, gosokkan limau tersebut pada tanda karat . Rendamkan pakaian di dalam air yang bercampur sedikit garam serbuk. Setelah tanda karat itu hilang, basuh, bilas dan keringkan seperti biasa.

Cara 3 : Ambil sedikit garam, perahan air limau nipis dan larutkan bersama air rendaman pakaian. Biarkan semalaman. Keesokannya, cucilah seperti biasa.

Sumber: impiana.my