Kotoran pada cawan yang digunakan untuk minuam kopi atau teh adakalanya akan melekat dan sukar untuk dihilangkan. Usah terus buang bekas tersebut kerana ada cara mudah menghilangkan kesan kotoran degil tersebut.
Hanya dengan menggunakan bahan-bahan yang simple dan mudah di dapati. Mudah dan menjimatkan lagi-lagi di zaman kegawatan ekonomi ini kan. Jom semak caranya:
Bahan Untuk Menghilangkan Kotoran Degil pada Cawan Bekas Kopi & Teh
1 Sudu Baking soda
Sedikit pencuci pinggan mangkuk
2 sudu cuka
Cara-cara bersihkan kotoran degil pada cawan:
1. Masukkan baking soda yang telah anda sukat ke dalam bekas cawan yang kotor itu.
2. Tuangkan 2 sudu berisi cuka ke dalam bekas cawan tersebut.
3. Kemudian, ambil dan isi pencuci pinggan mangkuk ke dalamnya.
4. Tambahkan air panas ke dalam bekas cawan itu.
5. Kacaukan ia sehingga menjadi sebati. Biarkan sekejap sekurang-kurangnya dalam 10 minit.
6. Basuh dan cucikan cawan atau mug tersebut seperti biasa dengan span cucian mangkuk anda.
Tips tambahan: Bagi kotoran cawan/mug yang agak degil , anda boleh rendamkan cawan/mug tersebut seharian/semalaman bersama-sama dengan cuka dan baking soda.