
Pakaian terkena dakwat pen? Jangan bimbang cuba petua yang mudah ini. Hanya dengan tiga bahan ini sahaja dapat membantu mengatasi masalah tersebut.
Langkahnya adalah seperti berikut:
1. Ambil sedikit kapur sirih, sedikit garam halus serta cuka. Satukan.
2. Sapukan bahan ini ke atas baju yang terkena dakwat.
3. Kemudian beruskan perlahan-lahan lalu bilas dengan air bersih.
4. Ulang buat beberapa kali hingga kesan dakwat tersebut hilang.
sumber: Petua Ibu
Tanam Pokok Pisang Cara Terbalik Rahsia Pekebun Thai. Hasilnya Anak Pisang Banyak, Pokok Kukuh & Berbuah Rendah

Pernah tengok orang tanam pokok pisang terbalik? Rupa-rupanya inilah kaedah yang dipraktikkan oleh pekebun Thai.
Selain anak pokok pisang atau sulur yang tumbuh lebih banyak, cara ini juga membolehkan pokok juga lebih kukuh. Bukan tu je, kaedah ini juga membolehkan pisang yang ditanam berbuah rendah.
Bagi yang nak cuba cara tanam pisang terbalik boleh ikut panduan yang dikongsi oleh Joran Sempoi.
1. Potong batang pisang rapat ke pangkal umbi.
2. Buang semua akar-akar halus dan bersihkan dengan air.
3. Begini keadaan umbi yang dah dibuang akar halus.
4. Gali lubang dan masukkan umbi tadi dalam keadaan terbalik dan kambus paras-paras saja.
5. Siram pagi dan petang setiap hari. 2 sulur dah kelihatan.
6. Keadaan anak pokok pisang lebih kurang sebulan.
7. Bila pokok dah besar dan banyak sulur kena pindahkan. Tinggalkan 2-3 pokok saja. Kalau anak pokok banyak nanti induk kurang subur sebab terpaksa berkongsi baja dengan anak-anak pokok.
Sumber: Joran Sempoi
ARTIKEL MENARIK: “Saya Terima Dengan Sabar, Reda & Syukur.” Nora Ariffin Selamat Bergelar Isteri, Sahabat Arwah Suami Jadi Pilihan!
ARTIKEL POPULAR: “7 Tahun 7 Kek Birthday. Pengsan Mak Hang.” Che Ta Penuhi Hajat Aaisyah Sempena Hari Lahir. Mak & Anak Lawa, kek Pun Cantik!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Dr Hamid Arshat Kongsi Petua & Cara Rawat Batu Karang Dalam Hempedu Secara Semula Jadi.

Penyakit batu karang tidak boleh dibuat main-main. Hanya mereka yang pernah mengalami sahaja tahu betapa sakitnya bila tiba-tiba diserang penyakit tersebut.
Bila dah kena serang sakit Batu Karang hempedu ni, terus kita akan terfikir macam mana lah nak buat kan.
Cara ini disyorkan oleh Prof Dr. Hamid Arshat denganmenggunakan bahan-bahan semula jadi.
Petua ini dikongsikan oleh doktor pakar sakit puan yang tak asing lagi di Malaysia. Begini caranya:
~Minum 4 gelas jus epal selama 5 hari berturut-turut.
~Pada hari keenam, jangan makan malam ( dinner ).
~Pada pukul 6 petang, makan satu sudu garam epsom. Kepada yang takde garam ni di rumah, ianya boleh dibeli di farmasi.
~Pukul 8 malam, ulang sekali lagi. Makan satu sudu garam epsom.
~Pada pukul 10 malam, minum jus hasil campuran satu cawan minyak zaitun & hasil perahan dari 3 biji lemon.
~Keesokan pagi, apabila anda membuang air besar, batu karang akan keluar bersama najis.
Petua kedua lebih ekspress, cuma mengambil masa satu hari berbanding petua pertama yang mengambil masa 6 hari. Caranya:
~Makan malam sebelum pukul 12 tengah malam.
~Keesokan harinya, bersarapan dengan jus dari 3 biji epal hijau. Buang kulitnya dan kisar.
~Makan tengah hari juga menu yang sama iaitu jus dari 3 biji epal hijau.
~Makan malam juga menu yang sama, jus dari 3 biji epal hijau.
~Banyakkan minum air kosong sepanjang hari.
~Pada pukul 10 malam, minum minum jus hasil campuran satu cawan minyak zaitun & hasil perahan dari 3 biji lemon.
~Tidur dalam keadaan mengerekot sambil mengiring ke kanan bagi memudahkan batu karang keluar dari badan.
Seperti petua yang pertama, petua ini juga mengambil masa selama 6 hari. Caranya:
~Untuk 5 hari pertama, minum jus epal hijau selepas bersarapan, makan tengah hari, minum petang, dan makan malam.
~Pada hari keenam, anda perlu berpuasa & berbuka pada pukul 6 petang. Berbuka dengan air bancuhan 1 cawan air kosong & 1 sudu garam epsom.
~Pukul 8 malam, ulang minum air bancuhan 1 cawan air kosong & 1 sudu garam epsom.
~Pada pukul 10 malam, minum minum jus hasil campuran satu cawan minyak zaitun & hasil perahan dari 3 biji lemon.
~Keesokan paginya anda akan rasa memulas. Batu karang akan keluar bersama najis.
Fungsi lemon ialah untuk menumpulkan batu karang supaya tak mencederakan organ dalaman semasa proses keluar dari tubuh badan. Epal hijau pula untuk melembutkan batu karang supaya mudah keluar dari tubuh badan.
Mengenai minyak zaitun, apabila anda minum minyak zaitun selepas berpuasa, badan akan mengesan ia sebagai bahan tinggi lemak. Badan akan menghantar isyarat kepada batu hempedu supaya berkerja keras untuk membuang lemak dari badan sekali gus mengepam keluar batu karang.
Anda disarankan untuk mengamalkan salah satu daripada petua-petua di atas sekali setiap 6 bulan.
Barli dan gula batu
Rebus satu paket barli sehingga lembut dan masukkan sedikit gula batu. Khasiat dari barli dan gula batu akan menghancurkan batu karang yang ada dalam badan anda.
Jus lobak putih
Amalkan minum jus lobak putih sebagai sarapan setiap pagi. Caranya, buang kulit & kisar lobak putih sehingga hancur. Anda boleh campurkan gula atau madu jika suka.
Serbuk jintan hitam , madu dan air panas
Campurkan 1 sudu kecil serbuk jintan hitam, 3 sudu madu asli dan satu gelas air panas. Minum setiap malam sebelum tidur untuk menghancurkan batu karang yang ada dalam badan anda.
Empulur jagung
Ambil 7 tongkol empulur jagung yang te;lah dibuang isinya, rebus dalam 5 gelas air sehingga air menjadi separuh. Minum 3 kali sehari.
petua hilangkan batu karang
Sumber: Balconystair
Pokok bunga matahari
Didihkan pokok bunga matahari. Masukkan semua termasuk akarnya. Rebus sehingga air tinggal separuh. Minum setiap hari.
Nanas
Kupas sebiji nanas dan kisar bersama segelas air dan satu sudu garam. Minum satu cawan setiap pagi selepas bangun tidur.
Empulur nanas
Selain isi, empulur nanas juga banyak khasiatnya. Rebus empulur nanas bersama gula batu. Minum setiap malam sehingga batu karang anda tiada lagi.
Tembikai dan gula batu
Kisar sebiji tembikai bersama sedikit gula batu. Jus dari sebiji tembikai wajib dihabiskan dalam tempoh 24 jam. Buat selama 3 hari berturut-turut. Insya Allah batu karang anda akan hancur.
Jus prune
Jus dari buah prune juga membantu menghilangkan batu karang. Minum jus prune setiap hari sehingga batu karang anda tiada lagi.
Minyak zaitun, jus lemon dan jus nenas
Untuk petua ini, bahan yang diperlukan ialah:
~2 cawan minyak zaitun
~1 cawan jus lemon
~Sedikit jus nanas
Caranya:
~Pilih dua hari yang sesuai iaitu 1 hari untuk rawatan dan 1 hari untuk berehat.
~Hari pertama: Berhenti makan pada pukul 12 tengah hari. Banyakkan minum jus buah terutamanya jus epal hijau.
~Berhenti minum pada pukul 6.30 petang.
Pukul 7.00 petang:
~Minum 1/4 cawan (lebih kurang 4 sudu besar) minyak zaitun diikuti dengan meminum 2 sudu besar jus lemon. Kedua-dua ramuan ini juga boleh dicampurkan sebelum diminum.
~Baring mengiring sebelah kanan (bahu sebelah kiri di atas) selama 15 minit.
~Ulangi meminum 1/4 cawan minyak zaitun dan 2 sudu besar jus lemon dan kemudian baring semula selama 15 minit.
~Ulangi langkah-langkah di atas sehingga kesemua minyak zaitun dan jus lemon habis diminum.
~Terus masuk tidur dengan mengiring sebelah kanan (jangan makan atau minum).
~Kesokan paginya, jika anda membuang air besar perhatikan objek yang berwarna hijau gelab atau hitam. Itulah batu hempedu.
Entri Ke Tiga Tetap Tunjuk Muka Sipi Sipi. Peminat Fazura Dah Mula Merayu, ‘Geram’ Nak Tengok Fatima.

Menerusi entri terbaharunya, Fazura masih belum memaparkan gambar anak sulungnya, Nur Fatima Aisya secara jelas sebaliknya hanya sipi-sipi untuk tatapan peminat di instagramnya.
Biarpun baru tujuh jam dipaparkan menerusi instagramnya, telah mendapat ‘Like’ lebih 100,000 dan ruangan komen peminat bertalu-talu meluahkan hati tidak sabar ingin melihat wajah puteri sulung kesayangan pasangan terkenal ini.
Sejak permata hati Fazura dan Fattah selamat dilahirkan pada hari Jumaat yang mulia ini, 14 Safar 1442 Hijrah bersamaan dengan 2 Oktober 2020, wajah sepenuhnya Fatima masih belum dedahkan.
Entri pertama
Entri kedua
Entri ketiga
Peminat sabar menanti.
Menjengah diruangan komen, rata-rata peminat sedia menanti tapi tak sabar ingin melihat wajah anak sulung kesayangan artis mereka. Malah ada yang merayu agar dapat melihat wajah si comel Fatima.
‘Bagilah nak tenguk muka Fatima’
‘Sedih.. mana muka Fatima’
‘Tak sabar nak tengok Fatima’
‘Tengok Jari pun dah geram sangat’.
Apa yang pasti, bagi ruang masa untuk pasangan selebriti ini mendedahkan wajah cahayamata pertama mereka buat peminat mereka.
Untuk makluman Fattah Amin dan Nur Fazura melangsungkan pernikahan pada 27 November 2017.
Sumber: missfazura
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club