
Pakaian terkena dakwat pen? Jangan bimbang cuba petua yang mudah ini. Hanya dengan tiga bahan ini sahaja dapat membantu mengatasi masalah tersebut.
Langkahnya adalah seperti berikut:
1. Ambil sedikit kapur sirih, sedikit garam halus serta cuka. Satukan.
2. Sapukan bahan ini ke atas baju yang terkena dakwat.
3. Kemudian beruskan perlahan-lahan lalu bilas dengan air bersih.
4. Ulang buat beberapa kali hingga kesan dakwat tersebut hilang.
sumber: Petua Ibu
Azhar Sulaiman Geleng Kepala Leona Balik Malaysia “Saya Nak Naik Motor Pergi Bazar Ramadan”

Anak kepada pelakon terkenal dan juga pempengaruh media sosial, Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona dilihat sudah berada di Malaysia daripada United Kingdom apabila bapanya berkongsi video anak bongsunya pulang untuk berpuasa bersama keluarga.
Perkara itu dikongsikan oleh Azhar sendiri di laman Tiktok miliknya baru-baru ini.
Video yang berdurasi 44 saat itu memaparkan Azhar sedang menuju ke bilik anak gadisnya sambil bertanyakan apa yang hendak dilakukan olehnya untuk pulang ke tanah air.
Menurut gadis itu, dia merindui suasana berpuasa di Malaysia apabila boleh pergi ke bazar Ramadan untuk membeli juadah berbuka puasa.
“Saya nak pergi naik motor ke bazar Ramadan. Kena Naik Motor, saya tak nak naik kereta.” ujarnya sambil memaklumkan ingin ke Bazar Ramadan Taman Tun Dr Ismail (TTDI).
Dalam pada itu, di laman Instagram miliknya Azhar mendakwa bahawa Leona pulang ke Malaysia menggunakan duitnya sendiri tanpa perlu minta padanya dan isteri. Disebabkan itu, dia pulang seorang diri tanpa ditemani oleh kembarnya Rees.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terkejut memandangkan influencer yang belajar di London itu sudah ada di Malaysia sedangkan sebelum ini dia berkongsi percutiannya di Iceland di media sosial.
Terdahulu, Leona Iris Kasih bersama kembarnya, Andika Rees Pahamin telah berangkat UK untuk menyambung pelajaran.
Difahamkan, Leona telah mengambil jurusan pengurusan manakala Andika pula akan mendalami ilmu Undang-undang Maritim.
Sumber: TikTok Azhar Sulaiman
Suami Isteri Jangan Bermasam Muka. Ajal Maut Bila-Bila Datang Menyapa!

Hidup ni sementara. Suami isteri jangan bersengketa. Hidup bahagia jadikan sebagai sandaran. Agar rumahtangga jadi sempurna.
Apa jua masalah selesaikan dengan segera. Ajal maut bila-bila datang menyapa. Usah bermasam muka. Selesai segera. Moga rumahtangga kekal hingga hayat.
Ikuti perkongsian saudara Firdaus Mokhtar
“Biasalah isteri kadang-kadang merajuk kan,” kata dia sambil kesat air mata. Aku yang tadi boleh lagi membentuk senyum dah mula rasa berat bibir. Tak mampu membalas aku cuma mengangguk tanda setuju.
Dia sambung, “malam tu pula dia panggil saya tidur sebelah dia. Saya yang rasa berat perasaan nak ikut cakap suami. Saya buat keras tak nak.
Saya sibukkan diri main telefon dan mesej dengan kakak saya. Bercerita pasal suami saya lah. Tak sangka esoknya dia meninggal.”
Lagi banyak air jernih jatuh daripada mata dia. Disapunya kain tuala kecil ke mata kiri dan kanan. Keringkan air mata yang mengalir tak sudah. Makin disapu, makin banyak yang keluar.
Mungkin terkilan sangat dia tak layan suami betul-betul malam sebelum tu.
“Tak sangka ustaz, saya memang tak sangka suami nak pergi secepat ini,” diulang dekat 3-4 kali sepanjang kami bersembang hal kematian suami dia.
Puan ini saya kenal melalui seorang kawan. Dia sungguh nak tahu tentang pembahagian harta. Jadi bawa jumpa dengan saya. Banyak benda bersembang sampai akhirnya dia cerita hal tadi.
Benar kawan-kawan, kita ini selalunya rasa akan hidup lama lagi. Bermasam muka hari ini dengan pasangan, kita biar berlarutan 2,3 hari. Bahkan ada yang sampai berminggu-minggu tak bercakap. Walhal duduk serumah.
Kadang masing-masing tak nak mengalah. Menunggu-nunggu dipujuk. Kalau suami tak pujuk, isteri terus simpan muncung mulut. Biar panjang berjela.
Suami pun sama, kalau isteri tak pujuk punya lah sibuk main game tak sudah. Konon tak ada apa, tapi dalam hati merayu-rayu.
Bertahan-tahan akhirnya lewat malam tertidur. Esok pagi bangun terkejar-kejar urusan nak pergi kerja pula. Kalau sempat bersalaman lah, kalau tak sempat main lambai-lambai begitu sahaja. Mata tak bertentang langsung. Masih pertahan ego sendiri.
Takdir Tuhan salah seorang meninggal. Tuhan ambil dahulu. Tak balik dah rumah lepas keluar pergi kerja pagi tadi.
Allahu.
Tinggal lah seorang sendirian. Waktu ini apa pun dah tak boleh. Nak patah balik masa jangan harap. Meratiblah perkataan maaf berjuta kali sekali pun, dah tak sampai ke deria pendengaran pasangan kita. Ini yang banyak berlaku.
Kawan-kawan yang dikasihi;
Pertahankan ego ni tak akan ke mana. Lebih lagi dalam hidup rumahtangga. Dengan pasangan kita lah lebih lagi untuk kita mudah beralah dan mengalah.
Sebelum tidur setiap malam, berdamailah. Minta maaf dan memberi maaf. Itu lebih baik buat kita dan pasangan.
Bukan untuk orang lain, untuk jiwa yang kita mengaku separuh hidup kita juga.
Sebelum segalanya tinggal kenangan, kalian bina lah kenangan yang indah. Yang menjadi realiti. Bukan cuma dalam mimpi bila kita tinggal sendiri nanti.
Begitulah.
Kredit: Firdaus Mokhtar,
Balik daripada perjumpaan tu baru lah aku menangis sakan. Ya Tuhan.
“Anak Syurga Yang Pandai Hargai Ibunya.” Erma Fatima Dapat Hadiah Hari Lahir Daripada Anak Istimewa Undang Sebak!

Bukan hadiah mahal yang diingini seorang ibu setiap kali tibanya hari lahir, ingatan dan kasih sayang daripada seorang anak Itu yang membuatkan si ibu rasa dihargai.
Demikian juga dengan pengarah dan pelakon terkenal, Erma Fatima.
Keikhlasan serta kasih sayang dalam memelihara dan mendidik anak angkat istimewanya, Citra cukup terserlah. Bahkan, keakraban antara mereka sering dipuji.
Selain Citra, dia turut mempunyai 3 orang anak angkat lelaki dan seorang lagi anak angkat perempuan. Dua daripadanya sudahpun mendirikan rumahtangga dan pengarah drama Mok Cun ini bakal menimang cucu tidak lama lagi.
Dalam perkongsian video yang dimuatnaik menerusi laman Instagramnya, Erma yang baru menyambut ulang tahun kelahiran menerima hadiah daripada anak istimewanya itu.
“ANAK SYURGAKU…Dia sangat special. Tak kerja..takde gaji..dia dpt upah dr abg2 dia jual perfume utk abg dia.
“Hadiah duit yg dia bg aku tu hasil upah dia. 🥺🥺🥺Semuanya dia bg utk hadiah harijadi aku. Tiada kata2 yg indah buatmu Citra.
“Anugerah terbesar dr Allah buat aku.Terima kasih Allah. Kau pinjamkan dia kepada aku menjadi penyejuk hatiku.
Rupa-rupanya citra menghadiahkan ibunya satu tas tangan. Apa yang lebih istimewanya, beg tersebut dihasilkan sendiri oleh Citra. Selain itu, dia turut memberikan ibunya hadiah berupa wang yang diperolehi hasil usahanya menjual perfume abang-abangnya.
Lebih menyentuh hati adalah Citra turut mencoretkan satu bingkisan kata yang cukup bermakna.
Menerusi bingkisan ucapan tersebut, Citra meluahkan pujian buat ibu angkatnya ini atas pengorbanan dan jasa membesarkannya sehingga kini.
Kata-kata yang diungkapkan Citra cukup puitis dan cukup menyentuh hati warganet yang menonton video berdurasi 3 minit itu.

ARTIKEL MENARIK: “Allah Sangat Baik Dengan El, Allah Izinkan. Syukur Alhamdulillah.” Elfira Dedah Jantina Anak, Bakal Timang Bayi Perempuan!
ARTIKEL POPULAR: “Babah Cakap Rupa Ayyash Macam Ibu.” Kandungan 29 Minggu Terpaksa Czer Air Ketuban Kering, Ibu Ni Reda Anak ‘Pergi’
BACA INI JUGA : ”Lawanya Adik. Anak Ramai, Badan Maintain Je.” Che Ta Kongsi Gambar Keluarga, Warganet Puji Nampak Sebaya Tak Makan Usia!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara