
Pakaian terkena dakwat pen memang sukar untuk ditanggalkan. Lebih-lebih lagi jika pakaian tersebut berwarna putih. Ibu-ibu terpaksa menyental lebih bagi menghilangkannya. Adakalanya baju tersebut tidak lagi mahu dipakai oleh anak-anak kerana nampak kotor kesan dakwat tersebut.
Jangan bimbang cuba petua yang mudah ini. Hanya dengan tiga bahan ini sahaja dapat membantu mengatasi masalah tersebut.
Langkahnya adalah seperti berikut:
1. Ambil sedikit kapur sirih, sedikit garam halus serta cuka. Satukan.
2. Sapukan bahan ini ke atas baju yang terkena dakwat.
3. Kemudian beruskan perlahan-lahan lalu bilas dengan air bersih.
4. Ulang buat beberapa kali hingga kesan dakwat tersebut hilang.
sumber: Petua Ibu
Mahu Beraya Dengan Tenang, Pasangan Ini Sanggup Sewakan Homestay Untuk 3 Kucing Kesayangan, Memang Superb!

Menyewa sebuah homestay setiap kali pulang menyambut hari raya di kampung halaman memang tidak mustahil bagi kita. Namun menyewa homestay khusus untuk meletakkan kucing-kucing kesayangan jarang-jarang sekali kita dengar. Pasangan muda yang baru memiliki anak ini seharusnya di puji.
Bagi Shahlin Shahirea Makhtar, 29 dan suaminya, Ahmad Azhar Saidin, 31 tahun, inilah rutin tahunan mereka ketika bercuti di kampung halaman.
Mahu Beraya Dengan Tenang
Bagi Shahlin yang lebih mesra disapa Lynn, dia dan suaminya sepakat untuk menyewa homestay berdekatan rumah ibu bapa mereka untuk beraya dengan lebih tenang.
“ Setiap kali balik beraya, saya bawa ke semua kucing-kucing saya, Betty, Milo, Shasha dan yang terbaru Sajat, balik ke kampung halaman. Kami bercuti biasanya sampai dua minggu, jadi pilihan tepat adalah bawa balik kesemuanya bersama-sama kami.
Saya tak berapa gemar tinggalkan mereka di asrama kucing. Saya bimbang mereka dijangkiti virus. Maklumlah banyak kucing lain, kita sendiri tak tahu bagaimana kondisi kesihatan mereka. Lagi pula kami balik kampung pada tempoh yang agak lama.
Bila dah bawa balik kami kena fikirkan juga anak-anak kucing. Dulu kami hanya letakkan sahaja dalam sanggar sepanjang masa, bimbang mereka keluar rumah. Maklumlah masa raya orang keluar masuk takkanlah nak tutup pintu saja. Kesian pula letakkan mereka dalam sanggar dan tak bebas.
Lagi satu, ketiga-tiga mereka mesti jadi tumpuan kenalan dan sanak-saudara yang datang beraya. Adakalanya nampak mereka tidak selesa dan ketakutan. Memikirkan rasa tak selesa inilah saya dan suami terfikir untuk mencari homestay dan letakkan kesemua mereka di situ.
Setiap hari saya atau suami akan ulang alik ke sana untuk beri makanan dan bersihkan najis. Paling penting mereka dapat bergerak bebas. Jadi dapatlah kami suami isteri beraya dengan tenang,” kata anak kelahiran Jerantut ini lagi.
Tak hanya seronok meraikan lebaran dan hati pun tenang dengan membawa kesemua anak-anak kucing balik, pasangan ini juga merasakan momen balik kampung dengan anak-anak kucing mereka adalah momen yang cukup istimewa dalam hidup mereka.
“Perjalanan balik ke kampung halaman kami langsung tak terganggu dengan adanya Betty, Milo dan Shasha. Betty awal-awal lagi sudah ambil tempatnya iaitu di kawasan handbreak kereta. Manakala Milo pula setiap tidur di kaki sepanjang perjalanan. Shasha pula jenis gayat, jadi dia selesa ditempatkan di dalam sangkar sepanjang perjalanan.
Kesemua mereka masuk sahaja kereta, ambil tempat masing-masing dan terus tidur hingga sampai di kampung halaman. Cuma sesekali jika berhenti, ketiga-tiga mereka akan bangun dan kemudian menyambung tidur semula. Jadi kami langsung tak ada masalah,” kata Lynn yang baru sahaja menimang cahaya mata pertama.
Sumber: Majalah Keluarga Isu Jun 2018
Bila Anak Suka Sangat Mewarna Dan Melukis, Ibu Ayah Kena Alert. Ini Sebabnya.

Sebenarnya gemar melukis umpama bermain sambil belajar. Secara semula jadi kanak-kanak suka melukis berbanding dengan menulis. Kanak-kanak melukis pada dinding, kertas, lantai, permukaan air dan di mana sahaja. Mereka melukis apa sahaja yang bermain di minda apabila memegang pen atau pensil.
Menerusi aktiviti melukis, kanak-kanak berupaya memahami dunia mengikut perspektifnya. Sama seperti bermain, berikan kebebasan kanak-kanak untuk melukis mengikut caranya tersendiri.
Ibu bapa boleh menggalakkan anak anda bereksperimen dengan produk lukisan menerusi cara berikut:
1.Elakkan buku jenis garisan mewarna atau buku kerja.
2.Kesabaran dengan hasil kerja lukisan anak dan terus menggalakkan
3.Jangan terlalu banyak membantu anak melukis. Biarkan dia bebas melakar apa yang diinginkan.
4.Anda menerima hasil kreatif si manja tanpa membuat penilaian hasil kerjanya
5.Beri komen positif dan pujian bahawa si manja menghasilkan produk yang unik
Ibu bapa perlu memahami peringkat perkembangan lukisan kanak-kanak. Menerusi kefahaman ini ibu bapa berupaya untuk membenarkan kanak-kanak untuk meluahkan perasaan secara spontan. Berikut adalah peringkat perkembangan lukisan kanak-kanak mengikut umur:
*Umur dua hingga tiga.
Peringkat lakaran iaitu semua kanak-kanak akan melakukan perkara yang sama iaitu melakar.
*Umur dua hingga empat tahun
Peringkat lakaran membentuk seperti bulatan, bujur, empat segi, tiga segi dan lakaran bersilang.
*Umur tiga hingga lima tahun.
Kanak-kanak mula membuat corak daripada bentuk yang pernah dilukisnya.
*Umur empat hingga lima tahun
Peringkat kanak-kanak membuat reka bentuk dalam bentuk manusia
*Umur lima tahun hingga enam tahun
Kanak-kanak di peringkat sudah boleh melukis gambar.
Apabila ibu bapa memahami pelbagai peringkat yang perlu dilalui oleh kanak-kanak, mudah untuk si manja melalui langkah pertama bagi proses perkembangan belajar melukis. Berikan kanak-kanak helaian kertas kosong tanpa sebarang garisan dan biarkan kanak-kanak melakar dengan pensil atau krayon secara bebas tanpa diganggu.
5 sebab melukis penting untuk kanak-kanak adalah:
1.Meluahkan pemikiran, pengetahuan dan idea.
2.Meneroka, mencuba dan mencipta dengan menggunakan pelbagai media.
3.Membuat eksperimen dengan warna, garisan, bentuk, tektur dan rekaan.
4.Meluahkan perasaan dan emosi.
5.Menjadi kreatif.
“Copy Paste Muka Mama, Dah Macam Kembar!” Anak Seiras Wajah Raja Azura Raih Perhatian Netizen.

Mana tidak tumpah kuah kalau bukan ke nasi. Bagi yang baru pertama kali melihat anak Y.M Raja Azura Tengku Tajuddin tentu mengakui wajah anaknya sama dengan dirinya.
Menerusi perkongsian terbaru di laman Instagram, Raja Azura atau lebih mesra dikenali Kak Engku bersama anaknya, Engku Puteri Mia Maizura telah meraih perhatian wargamaya.
Video yang dirakam ketika hendak menghantar anaknya ke asrama sambil makan dalam kereta membuatkan para warganet membuat perbandingan.
Sambil mendengar anaknya memohon doa untuk kembali ke sekolah, Raja Azura juga memberikan nasihat kepada anaknya supaya berkelakuan baik.
Hantar…budak ni balik @_mia.ara_ Check in asrama. Jaga diri s.o.p
Jgn maciammm maciammm…semoga dipermudahkan insyaallah amin. Sibok pesan,windu ke. Jangan nangis.oh. Pesan paling shahduuuu. Belajor baby.
Rata-rata mengatakan dua beranak ini memiliki wajah yang sama! Malah ada yang mengatakan seakan adik beradik kembar.
Sumber: raja_azura