Petua Hilangkan Cacing Pada Kanak-Kanak. Hanya Guna Tiga Bahan Sahaja!

Share

Masalah jangkitan cacing pada kanak-kanak boleh berlaku jika tidak mengambil cakna tentang kebersihan anak-anak baik melalui pemakanan atau persekitaran yang kotor.

Jangkitan melalui pemakanan boleh berlaku apabila sayur atau buah-buahan yang tidak dibasuh dengan betul menyebabkan telur cacing tidak tertanggal, selain amalan tidak membasuh tangan sebelum makan bagi kanak-kanak manakala bagi bayi pula sering memasukkan barangan ke dalam mulut.

Begitu juga kulit kanak-kanak terdedah kepada telur cacing secara terus, misalnya tidak memakai selipar atau bermain pasir tanpa pengawasan.

Untuk ibu bapa yang ingin mengatasi masalah cacing pada anak-anak, mungkin boleh mencuba petua yang dikongsikan oleh Wan Norma menerusi Facebooknya.

Malam ni nak share sikit tips turun temurun macam mana nak hilangkan cacing pada kanak-kanak. Boleh la cuba untuk anak- anak. Mana lah tahu dengan izin Allah SWT menjadi.
Mudah je caranya, hanya perlu sediakan bahan berikut:

Bahan

Asam keping

Garam
Air

Cara:

  • Masukkan asam keping dan garam ke dalam periuk.
  • Kemudian masukkan air dan rebus sehingga garam larut.
  • Kemudian angkat dan campurkan dengan air biasa dan mandikan anak kita 2 kali sehari setiap pagi dan petang.
  • Amalkan selama dua atau tiga hari.

Akan ada perubahan pada anak. Selalunya kalau anak kena cacing selera makannya kurang. InshaAllah selepas amalkannya anak akan lalu makan tanpa dipaksa.
Selamat mencuba