Masalah jangkitan cacing pada kanak-kanak boleh berlaku jika tidak mengambil cakna tentang kebersihan anak-anak baik melalui pemakanan atau persekitaran yang kotor.
Jangkitan melalui pemakanan boleh berlaku apabila sayur atau buah-buahan yang tidak dibasuh dengan betul menyebabkan telur cacing tidak tertanggal, selain amalan tidak membasuh tangan sebelum makan bagi kanak-kanak manakala bagi bayi pula sering memasukkan barangan ke dalam mulut.
Begitu juga kulit kanak-kanak terdedah kepada telur cacing secara terus, misalnya tidak memakai selipar atau bermain pasir tanpa pengawasan.
Untuk ibu bapa yang ingin mengatasi masalah cacing pada anak-anak, mungkin boleh mencuba petua yang dikongsikan oleh Wan Norma menerusi Facebooknya.
Malam ni nak share sikit tips turun temurun macam mana nak hilangkan cacing pada kanak-kanak. Boleh la cuba untuk anak- anak. Mana lah tahu dengan izin Allah SWT menjadi.
Mudah je caranya, hanya perlu sediakan bahan berikut:
Bahan
Asam keping
Garam
Air
Cara:
- Masukkan asam keping dan garam ke dalam periuk.
- Kemudian masukkan air dan rebus sehingga garam larut.
- Kemudian angkat dan campurkan dengan air biasa dan mandikan anak kita 2 kali sehari setiap pagi dan petang.
- Amalkan selama dua atau tiga hari.
Akan ada perubahan pada anak. Selalunya kalau anak kena cacing selera makannya kurang. InshaAllah selepas amalkannya anak akan lalu makan tanpa dipaksa.
Selamat mencuba
Resipi Peanut Butter Homemade Yang Sihat Lagi Sedap. Bebas Bahan Pengawet & Tahan 1 Bulan. Begini Cara Buatnya!
Kalau makan roti bakar sedap lah kan disapu dengan peanut butter tak pun perisa lain seperti coklat mahupun strawberi. Biasanya ini semua kita beli je di kedai. Apa kata kali ini ibu-ibu buat sendiri. Lagi menjimatkan dan paling penting terjamin kebersihannya selain dapat kurangkan penggunaan bahan seperti gula, garam dan minyak.
Jom kita cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Mufidah Abdul Hadi Alyunusi ini. Selamat mencuba!
Homemade Peanut Butter yang yummy untuk bekalan anak di asrama.. peanut butter yang dibuat sendiri ini insya Allah yang lebih baik sebab kita yang control ingredients nya.. kita boleh control penggunaan gula, garam serta minyak dalam peanut butter buatan sendiri.. biasanya akak sterilizekan dulu balang kaca yang nak diguna supaya peanut butter boleh disimpan lebih lama.. setakat ni peanut butter buatan sendiri ini boleh bertahan hingga satu bulan pada suhu bilik..
**********************************
Homemade Peanut Butter
Mufidah Abdul Hadi Alyunusi
Bahan2 untuk buat peanut butter:
* Kacang tanah
* Sedikit garam (saya guna garam buluh)
* Sedikit pemanis (saya guna madu.. boleh guna gula, stevia atau lain2)
* Sedikit minyak – optional (saya guna 2 sudu teh minyak zaitun untuk setiap 500g kacang tanah.. boleh guna minyak kacang, minyak jagung, minyak sayuran atau lain2.. Penggunaan minyak adalah sebagai stabilizer dan supaya menghasilkan peanut butter yang lebih halus dan tahan lebih lama).
Cara buat:
* Kacang dipanggang hingga masak.
* Buangkan kulitnya.
* Masukkan ke dalam blender kering (isi separuh penuh saja) dan kisar.
* Tambah garam, pemanis dan minyak (jika suka) secukupnya dan kisar lagi hingga halus.
* Untuk membuat chunky style peanut butter, cuma tambah sedikit kacang tanah yang dikisar kasar.
Untuk menyimpan peanut butter pada suhu bilik pada jangka yang lebih lama (dalam sebulan), syerilizekan dulu balang yang akan digunakan dengan cara ini:
* Rebus balang kaca bersama penutupnya. Biar mendidih selama 10 minit.
* Toskan balang kaca dan penutupnya.
* Balang kaca dimasukkan ke dalam oven dan dibakar selama 20 minit pada suhu 120-130 darjah manakala penutupnya dikeringkan saja.
* Biar balang sejuk dulu sebelum diisi dengan peanut butter.
Nota:
Untuk pastikan supaya peanut butter buatan sendiri tahan lebih lama, pastikan barangan yang diguna untuk menyediakan peanut butter seperti mangkuk, blender kering, sudu dan lain2 dalam keadaan kering. Pastikan juga tiap kali cedok peanut butter ini, guna sudu atau pisau butter yang kering.
“Arwah Pergi Sebagai Anak Syurga.” Demam Panas & Batuk Tak Kebah, Anak ‘Pergi’ Ketika Ke Hospital
Sebak, pilu dan pelbagai rasa menyelubungi hati tatkala membaca perkongsian ayah ini yang kehilangan arwah anak tunggalnya secara mengejut usai mengalami demam panas dan batuk
Tiada ungkapan yang mampu diluahkan tatkala permata hati yang dinanti-nantikan ini akhirnya ‘pergi’ buat selama-selamanya.
Lebih memilukan, Muhammad Nurfaiq Danish atau lebih mesra dengan panggilan Faiq meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital.
Menurut Bob Zackariyya, anaknya sudah demam panas dan batuk sejak seminggu yang lalu. Sudah beberapa kali ulang alik ke hospital tetapi ketika itu keadaan nadinya masih pada tahap yang normal.
Doktor kemudiannya meminta mereka datang semula ke hospital pada Isnin untuk mengambil darah. Namun perancangan Allah lebih baik, anaknya dijemput Illahi sewaktu dalam perjalanan ke hospital.
Sehingga perkongsian ini dimuatnaik, kata ayahnya punca kematian masih belum diketahui kerana masih menunggu keputusan darah.
Ibarat penyeri dalam rumah sudah tidak ada suara budak. Tidak ada orang yang kita nak main. Dia anak yang pertama dan tunggal sebab itu rasa terkesan sangat-sangat,” ujar ayahnya dalam keadaan sebak.
“Terima kasih atas kenangan 2 tahun 3 bulan. Walaupun hanya seketika tetapi ibu dan ayah anak syurga ini rasa seperti rasa sungguh lama bersamanya.
“Tiada apa dapat diucapkan melainkan jutaan terima kasih kerana mendoakan arwah anak saya Muhammad Nurfaiq Danish dan ucapan semangat untuk kami sekeluarga agar terus kuat lalui hari-hari tanpa satunya si penyeri kami di sisi.
“Sesungguhnya perancangan Allah itu maha indah, arwah pergi sebagai anak Syurga bukan sebagai anak soleh yang kami impikan. In shaa allah kami akan kuatkan hati untuk menerima takdir yang Esa.
“Pasti arwah sedang tersenyum gembira melihat ramai orang sayang dan mendoakannya,” ujar si ayah yang menahan rindu pada anaknya.
ARTIKEL MENARIK: “Rumah Pertama Beli Umur 21 Tahun.” Fasha Sandha Sebak & Syukur Impian Bina Surau Dalam Rumah Tercapai
ARTIKEL POPULAR: “Meh Sini Mak Simpan.” Alhamdulillah Rezeki, Neelofa Dedah Bilal Collect RM14K Duit Raya
BACA INI JUGA : “Humble Makan Dengan Anak Sambil Duduk Atas Lantai Je.” Elly Mazlein Dipuji Pandai Bawa Diri Ketika Beraya Kampung Suami
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Bawa Isteri Beribadah Bersama, Itulah Me Time Yang Ramai Lupa Nak Buat, Lakukan Sementara Masih Ada Di Sisi.
Bagi mengekalkan keharmonian rumah tangga suami isteri perlu sama- sama tahu cara untuk mengukuhkan hubungan agar kekal bahagia.
Setiap pasangan yang berkahwin pastinya mahu ikatan perkahwinan yang dibina sentiasa bahagia dan berkekalan hingga ke syurga.
Hakikatnya nak bahagia dalam perkahwinan ini mudah sahaja sebenarnya. Sebagaimana perkongsian Muhammad Yusof ini boleh memberi inspirasi kepada pasangan di luar sana untuk mengekalkan kebahagiaan rumah tangga masing-masing.
Penulis bersama isteri.
Dalam banyak-banyak pengalaman saya solat kat masjid, pengalaman kali ini betul-betul buat saya tersentuh
Habis solat Maghrib kat masjid masa tu, saya terus ke rak kasut. Ada kerusi. Saya duduk kat kerusi tu nak pakai kasut.
Sebelah saya ada sorang pak cik. Berjubah. Tengah termenung. Jauh dia termenung.
Saje saya tegur dia ‘jauh termenung pak cik?’.
Tiba-tiba muka dia berubah. Saya takut juga masa tu. Takut tersalah cakap.
‘Pak cik sebenarnya teringat arwah bini pak cik. Dia baru je meninggal..’ Lepas tu, air matanya jatuh menitis.
Allah, Allah. Rasa bersalah betul saya. Saya terus minta maaf kat pak cik tu.
‘Takpe dik, pak cik cuma teringat arwah. Selalu memang kami pergi masjid berdua. Masih teringat-ingat pak cik duduk kat kerusi ni tunggu dia habis solat Isyak. Sekarang ni, tinggal pak cik sorang.. Entah bila agaknya pak cik boleh bersama dia semula..’
Saya terus rasa sebak. Sesebak-sebaknya. Tak terkeluar suara saya masa tu.
Betullah orang kata, rasa kehilangan tu sangat-sangat pedih.
Saya rasa pak cik dan arwah mak cik ni adalah pasangan ahli Syurga yang Tuhan nak saya belajar daripada mereka malam ni.
KUALITI MASA BERSAMA ISTERI
Kadang-kadang saya selalu terfikir bahawa ‘me time’ atau ‘quality time’ untuk isteri ni ialah kita sebagai suami just bagi duit then biar isteri keluar jalan-jalan, shopping-shopping ataupun bawak dia pergi urut.
Jadi, dengan buat benda-benda tu kita rasa isteri kita dah cukup boleh release segala tension dorang, tapi sebenarnya saya tersilap.
Ada ‘perkara besar’ yang masih tertinggal sebenarnya iaitu kalau boleh sekali-sekala bawalah isteri kita ke masjid untuk dia ada ‘hubungan berkualiti’ dengan Yang Maha Pencipta.
Kat rumah memang boleh beribadah cuma bila solat kat rumah Allah ni lain sikit perasaannya.
Kita bagitau pada isteri, lupakan segala kerja, lupakan segala masalah, fokus je pada ibadat. Anak kita jagalah kejap dalam kereta atau kat perkarangan masjid pun boleh, kan? Anak pun nanti terbiasa dengan suasana masjid.
Pak cik ni ajar kita semua bahawa, ‘Me time’ yang terbaik ialah biar isteri ada ‘quality time’ dengan Tuhan dia.
Bila yang paling utama ni dah settle, InsyaAllah Allah akan permudahkan untuk membuka segala pintu kebahagiaan, pintu rezeki, pintu kesihatan nak jaga keluarga, yang selama ini kita nak kecapi sebagai pasangan suami dan isteri.
Inilah yang pak cik dan arwah isterinya dapat kecapi di dunia sebelum mereka dapat bersama di Syurga.
Sebelum berpisah, pak cik tu kata: ‘Bagus ko dik, muda-muda dah pergi surau. Teruskan dik..’
Ya, saya rasa momen ni saya takkan lupa sampai bila-bila. Sampai bila-bila.
Sumber: Muhammad Yusof