Masalah jangkitan cacing pada kanak-kanak boleh berlaku jika tidak mengambil cakna tentang kebersihan anak-anak baik melalui pemakanan atau persekitaran yang kotor.
Jangkitan melalui pemakanan boleh berlaku apabila sayur atau buah-buahan yang tidak dibasuh dengan betul menyebabkan telur cacing tidak tertanggal, selain amalan tidak membasuh tangan sebelum makan bagi kanak-kanak manakala bagi bayi pula sering memasukkan barangan ke dalam mulut.
Begitu juga kulit kanak-kanak terdedah kepada telur cacing secara terus, misalnya tidak memakai selipar atau bermain pasir tanpa pengawasan.
Untuk ibu bapa yang ingin mengatasi masalah cacing pada anak-anak, mungkin boleh mencuba petua yang dikongsikan Wan Norma menerusi Facebooknya.
Malam ni nak share sikit tips turun temurun macam mana nak hilangkan cacing pada kanak-kanak. Boleh la cuba untuk anak- anak. Mana lah tahu dengan izin Allah SWT menjadi.
Mudah je caranya, hanya perlu sediakan bahan berikut:
Bahan
Asam keping
Garam
Air
Cara:
* Masukkan asam keping dan garam ke dalam periuk.
* Kemudian masukkan air dan rebus sehingga garam larut.
* Kemudian angkat dan campurkan dengan air biasa dan mandikan anak kita 2 kali sehari setiap pagi dan petang.
* Amalkan selama dua atau tiga hari.
Akan ada perubahan pada anak. Selalunya kalau anak kena cacing selera makannya kurang. InshaAllah selepas amalkannya anak akan lalu makan tanpa dipaksa.
Selamat mencuba
“Pak Cik Saya Minta Maaf.” Tiada Niat Lari Selepas Terlanggar, Pemuda Tampil Mohon Maaf, Ini Reaksi Suami Arwah. Sebak!
Hati mana tak luluh, jiwa mana tak pilu bila insan yang disayang hdup bersama belasan tahun kini pergi buat selama-lamanya. Apatah lagi perginya dalam keadaan yang mengejutkan. Namun ketentuan Ilahi tak siapa mampu menduga. Itulah yang berlaku kepada seorang warga emas yang kematian isteri akibat kemalangan jalan raya. Walaupun begitu, dia melepaskan dengan reda. Apa yang menyentuh hai bila mana dia memaafkan si pelaku.
Itulah yang dikongsikan oleh Siti Nabyelah Ithinin menerusi laman facebook, apabila pemuda tampil bertemu pak cik saudaranya selepas berasa bersalah menjadi punca kematian isteri lelaki itu.
Suasana pilu menyelubungi pertemuan tersebut, lebih-lebih lagi mereka berpelukan dan masing-masing tidak dapat menahan rasa sedih dan mengalrkan air mata.
“Ini ka yang melanggar tu?”
“Iya pakcik. Dia la yang terlanggar macik”
“Bukan juga sengaja bah tu…”
Seketika ibu saya mencelah.
Dengan tenang pakcik berkata
“Ooh.. Iyalah. Apa boleh buat. Dia ada di sana. Kau pun ada di sana”
Sebak rasa hati, betapa tabahnya hati pakcik menerima takdir. Sebak juga rasa hati, terlihat jelas betapa takut, menyesal, dan sedihnya anak muda ini. Bila di minta untuk cerita semula apa yang terjadi. Ambil masa yang lama untuk menenangkan diri. Dengan suara terketar-ketar di ceritakan semula apa yang terjadi. Allahu.. X terbayang perasaan anak muda ini pada waktu dan ketika itu. Hingga ke hari ini masih trauma dirasa. Kesimpulan ceritanya, bukan niatnya untuk lari selepas terlanggar. Cuma terlalu panik dan terlalu takut hingga otak tidak lagi dapat berfikiran waras.
Tertulis sudah Takdir didalam Qada’ Qadar Nya sejak Azali. Tiada dendam, tiada amarah. Namanya juga manusia, tidak terlepas dari silap dan salah. Apa yang pasti setiap ketentuan Allah itu pasti ada hikmahnya. Sabar dan Redha, itulah yang terbaik buat kita sebagai hamba di dunia.
“Pakcik.. saya minta maaf pakcik… “
Sayu sekali suaranya, air mata mengalir laju.
“Tidak apa, nak. Janganlah fikir-fikir lagi. Tidak apa..”
Di usap-usap lembut kepala anak muda itu.
Lalu kedua mereka pun menangis deras. Kami yang di sekeliling juga turut menangis simpati. Simpati dengan nasib yang menimpa kedua mereka. Allahu.. Segera ku capai handphone untuk merakam detik memilukan ini.
Semoga Allah permudahkan segala urusan mereka berdua di Dunia dan Akhirat. Apa pun keputusan dari pihak polis, semoga tidaklah terlalu berat buat seorang abang yang berkerja keras menanggung adik-adiknya yang masih bersekolah (ibu ayah tidak ada sejak mereka kecil lagi). Seorang abang yang menggalas sepenuhnya tanggungjawab seorang ibu dan ayah. Dialah ibu, dialah ayah, dialah abang. Allahu Allah.. remuk hati ini seremuk-remuknya.
Mohon sedekahkan Al Fatihah buat arwah, ROSNAH BINTI HAWA. Moga-moga tenang di alam sana.
Olimpik: Bukan Calang-Calang Nak Tewaskan Jason Kenny, Azizulhasni Hampir Lakukan!
Umum mengetahui bahawa Datuk Azizulhasni Awang atau Jijoe yang menamatkan perlumbaan final keirin telah berjaya meraih perak.
Sungguhnya kecewa tidak dapat membantu kontinjen negara meraih pingat emas Sukan Olimpik 2020 namun beliau telah mengorbankan seluruh jiwanya pada penampilan keempat temasya sukan terbesar dunia itu.
Tewas di tangan pelumba Great Britain, Jason Kenny, rakyat Malaysia tetap memberi kata-kata semangat untuk beliau mara lebih gemilang pada sukan Olimpik 2024.
Hakikatnya bukan calang-calang perlumba Keirin ini yang dikenali dengan julukan ‘The Pocket Rocketman’ mampu menjadi saingan kepada Jason Kenny juara yang memenangi pingat emas itu.
Kehebatan Jason Kenny sudah tidak diragui lagi apabila telah memenangi 7 pingat emas dalam temasya sukan dunia ini beberapa tahun sebelum ini.
Jika nak tahu lebih lanjut ikuti siapakah Jason Kenny ini, ikuti perkongsian ini.
Sambil tengok kejayaan pingat perak diraih oleh Dato Azizulhasni Awang, saya buat carian info berkaitan pemenang pingat emas bernama Jason Kenny.
Tak susah pun cari, ada terpampang di website rasmi Olimpik 2020 >> https://olympics.com/…/jason-kenny-becomes-first-briton...
Emas ke tujuh bagi olimpik kali ke 7
Saya terkejut. Saya rasa orang yang tahu pasal Kenny pun terkejut juga.
Sebab kejayaan emasnya ini bukan emas pertama .
Tetapi ini emas yang ketujuh bagi Olimpik. Kali ke-7.
Jason Kenny ini dilahirkan pada 1988 (jadi tahun 2021 ini, umurnya 33), menang emas pada 2008 di Beijing (1 emas) ketika usianya 20 tahun, kemudian 2012 di London (2 emas), mengahwini seorang pelumba basikal bernama Laura Trott pada 2016, kemudian memenangi emas pada Olimpik 2016 di Rio (3 emas) dan tahun ini, Olimpik Tokyo 2020 (1 emas).
Nak cakapnya Ogos 2017, Laura lahirkan anak mereka, kemudian menyambung sukan lumba basikal seperti biasa. Dan pada Olimpik Tokyo 2020 pada Ogos 2021 ini, Laura memenangi pingat emas Olimpik kali ke-4.
Ayah dapat 7 emas Olimpik acara lumba basikal. Ibu dapat 4 emas Olimpik acara lumba basikal.
Anaknya?
Jangan pelik kalau anak itu juga menjadi pelumba basikal. Tetapi jangan pelik juga kalau anak mereka tak menjadi pelumba basikal. Tak kisah, asalkan bukan kahwin dengan basikal sudahlah.
Apa pun, kita doakan moga Datuk Azizulhasni Awang terus berjuang untuk mencapai impian meraih kejayaan di sukan terbesar dunia ini pada tahun 2024 di Paris!
Sumber: Syahr Musafir
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!
Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!
Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!
Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!
Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520
Rai Merdeka, Keluarga Ni Tanak 18kg Pulut & Siapkan Pulut Berhias Jalur Gemilang!
Meraikan sambutan Hari Kebangsaan tentunya kita semua ada cara yang tersendiri. Apatah lagi sekiranya seseorang itu berkongsi tarikh yang sama dengan Hari Lahirnya, pasti berganda keistimewaan yang dirasa.
Berkongsi kisah tentang anak merdeka, Rafiqa Rizqin binti Roslan punya kisah menarik tentang kek berhias yang dibuat oleh ibunya.
Ini perkongsiannya.
Saya anak merdeka, lahir pada 31/08/1990. Jadi semangat kemerdekaan tu lagi bertambah-tambah untuk meraikan sambutan kemerdekaan dan tahun ini sambutannya cukup istimewa!
Ibu saya iaitu puan Rosmawati Nakim, 57, buatkan kek pulut berhias. 18kg beras pulut digunakan untuk menghasilkan pulut hiasan berbentuk jalur gemilang ini.
Mahukan keunikan
Idea timbul apabila ayah saya, merangkap Timbalan Pengerusi Persatuan Peniaga dan Penjaja Lorong TAR berbincang dengan AJK lain untuk membuat majlis Sambutan Hari Kemerdekaan di tempat Pasar Malam Jalan TAR.
Dan kebetulan kami mahukan keunikan selain dari menggunakan kek, kami mencadangkan pulut berhias ini.
7 Jam Lamanya
Masak beras pulut bermula dari jam 2 petang seterusnya proses membentuk pulut jalur gemilang dan tamat dalam jam 9.15 malam.
Tujuannya adalah untuk memberi keunikan serta kelainan dari yang lain pada Sambutan Hari Kemerdekaan peringkat Pasar Malam Jalan TAR kami.
Mak seorang sahaja yang membentuk pulut jalur gemilang tersebut, kami hanya membantu dari segi penyediaan memasak beras pulut tersebut.
Kami bersatu bersama-sama bagi memastikan tiada cacat cela dalam segala aspek membentuk pulut berhias jalur gemilang ini.
Dari sini terpupuk semangat kemerdekaan yang ada dalam diri untuk bersama-sama menyambut hari kemerdekaan.
Agihan Percuma
Kek ni akan diberi makan secara percuma pada para peniaga dan pengunjung nanti. Acara rasmi diadakan di hadapan Semua House dan acara bermula pada jam 5 petang, dan akan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, YB DATUK DR. SHAHRUDDIN BIN MD SALLEH.
Sumber : Rafiqa Rizqin Roslan