Petua Hilangkan Cacing Pada Anak. Boleh Cuba!

Share

 Jangan pandang remeh kalau anak sakit perut, ia mungkin tanda jangkitan cacing. Apabila dijangkiti cacing, anak lebih mudah sakit antaranya menyebabkan anak sakit perut dan mengalami muntah-muntah.

Selain, mendapatkan rawatan doktor, anda boleh cuba petua dengan hanya menggunakan bahan-bahan di dapur sahaja.

Gambaran cacing dalam usus anak.

Malam ni nak share sikit tips turun temurun macamana nak hilangkan cacing pada kanak-kanak. Boleh la cuba untuk anak- anak. Mana lah tahu dengan izin Allah SWT menjadi. Mudah je caranya, hanya perlu sediakan bahan berikut

1. Asam keping
2. Garam
3. Air

Masukkan asam keping dan garam ke dalam periuk. Kemudian masukkan air dan rebus sehingga garam larut. Kemudian angkat dan campurkan dengan air biasa dan mandikan anak kita 2 kali sehari setiap pagi dan petang. Amalkan selama dua atau tiga hari. Akan ada perubahan pada anak. Selalunya kalau anak kena cacing selera makannya kurang. InshaAllah selepas amalkannya anak akan lalu makan tanpa dipaksa.

Gambar penyediaan:

Selamat mencuba

Kredit : Wan Norma