Pernah terganggu tidur apabila ada pasangan yang tidur berdengkur? Sudah tentu ada. Boleh mengakibatkan tidur jadi tidak lena dibuatnya.
Sebenarnya bunyi dengkur datang dari bunyi bising semasa bernafas, apabila sebahagian daripada saluran pernafasan atas seseorang tersumbat.
Ia berlaku apabila terdapat sekatan pada aliran udara di dalam saluran pernafasan pada bahagian belakang mulut dan hidung seseorang.
Bunyi itu dikeluarkan apabila tisu di atas saluran pernafasan bergesel dan bergetar di antara satu sama lain. Berdengkur bertambah kerap mengikut umur dan biasanya tidak membahayakan.
Namun, ia memberi kesan apabila dengkur akibat merokok dan obesiti. Dengkur serius sering dikaitkan dengan jantung dan pernafasan iaitu apnea tidur (sleep apnea) bermaksud berhenti bernafas sementara terutamanya semasa tidur. Jika tak dirawat, ia boleh sebabkan masalah jantung dan paru-paru.
Selain mendapatkan rawatan doktor, bagi yang mengalami masalah ini boleh mencuba petua ini.
Petua guna tiga bahan hilangkan dengkur.
Dalam 4 kali saja mnum air ni. Dengkur hilang serta merta. Bahan-bahan hanya guna brg yang ada di dapur je..Tak susah pun cari.
Bahan-bahan:
Kunyit hidup (saiz rujuk gambar)
Madu (1 sudu)
Air suam (suku gelas)
Cara-caranya
Air suam suku gelas rendamkan. Kemudian ambil kunyit hidup kemudian rendam dalam segelas selama 5 minit campurkan madu sudu. Kunyitnya boleh ketuk dulu.
Minum sebelum tidur . Minum dalam sehari hanya sekali saja.
Selamat Mencuba!
Semoga bermanfaat
Sumber: Syiema Ima
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
KELUARGA TALK: Nwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridz