Petua Hilangkan Batuk Dan Kahak Guna Bahan Dapur, Tak Perlu Risau Kesan Buruk Pada Otak
Batuk boleh membuatkan kita jadi tidak selesa. Lebih merisaukan apabila anak-anak yang mengalami batuk terutama yang masih kecil. Ubat sudah diberi namun batuk si anak masih lagi belum pulih. Paling merisaukan apabila anak batuk berkahak. Bimbang jika lama-lama akan bertambah parah batuknya.
Selain ubat batuk, kita boleh cuba kaedah alternatif dengan menggunakan bahan-bahan semula jadi untuk melegakan masalah batuk anak-anak. Tidak perlu bimbangkan kesan sampingan kerana ia menggunakan bahan-bahan asas yang ada di rumah sahaja.
Pernah tengok tak kesan ambil ubat batuk pada otak? Masa kerja di Melbourne dulu saya pernah tengok. Takut saya jadinya. Semenjak dari itu saya tak ambil lagi ubat batuk. Tak bagi lagi pada anak-anak. Jauhkan diri lagi ada la.
Kalau batuk saya cari alternatif lain. Cari ubat yang kesannya berbeza pada otak. Ubat tu tak bagi kesan menakutkan.
Lama juga cari alternatif ni. Macam-macam Jurnal yang dibaca. Macam macam buku ditelaah. Macam macam orang ditanya. Akhirnya berjumpa juga.
Ads
Saya mula buat petua alternatif ini kalau anak-anak batuk. Cara pun mudah. Jadi saya kongsikan di bawah ini.
Caranya ialah:
1. Ambil sebiji bawang Holland atau Bombay. Potong kepada dua bahagian. Guna satu bahagian sahaja.
2. Leraikan ulas bawang tersebut.
Ads
3. Campurkan madu satu atau dua sudu mengikut kadar yang kita mahu.
4. Gaulkan biar rata.
5. Tutup dan biarkan selama satu atau dua jam.
Ads
6. Bawang tadi akan mengeluarkan jus yang secara otomatik bercampur dengan madu. Kalau cuaca panas akan jus akan keluar dengan lebih cepat berbanding cuaca sejuk.
7. Ambil satu sudu dan minum. Rasanya macam ubat batuk. Tujuannya mengeluarkan kahak. Natijahnya tiada kesan buruk pada otak.
Yang bestnya petua ni boleh keluarkan kahak dengan mudah. Lega anak anak jadinya. Bolehlah cuba.
Usahawan dan hos terkenal, Neelofa berkongsi perkembangan anak pertamanya yang sudah mulai belajar meniarap.
Perkongsian tersebut dikongsikan Neelofa menerusi Insta Storiesnya serta media sosial Tiktok.
Sambil berkongsi ragam anak hasil perkongsian hidup bersama suami, Haris Ismail atau PU Riz itu, bekas hos MeleTOP ini turut merakamkan figura Bilal yang ‘semangat’ buat tatapan peminat.
“Bilal nak pandai meniarap dah ni. Orang puasa pun boleh lapar tengok tangan paha Bilal ni,” tulisnya.
Manakala di dalam foto Bilal yang seterusnya, Neelofa turut mengambil single pertama suami, Zikir, Selawat & Pesanan Untuk Bilal sebagai latar muzik.
Terdahulu media melaporkan, lirik lagu berkenaan dihasilkan bersama komposer dan penyanyi, Fahimi Rahmat yang didedikasikan buat Bilal.
Ia dirakam dan dihasilkan sebelum Ramadan dan mengambil masa 10 hari untuk disiapkan termasuk penggambaran video muzik.
Selain baju raya, gaya potongan rambut anak-anak juga selalu diberi perhatian oleh ibu ayah untuk pastikan di Hari Lebaran nanti anak-anak terlihat kemas dan bergaya. Begitulah juga yang dilakukan oleh seorang ibu ini apabila membawa anak lelakinya ke selon rambut.
Nak dijadikan cerita, tukang gunting tersebut telah memotong rambut anaknya mirip gaya perempuan. Dia agak terkejut bila dimaklumkan oleh ibu kanak-kanak tersebut yang anaknya itu adalah lelaki. Comel sungguh kanak-kanak tersebut!
Video yang dikongsikan oleh ibu kepada kanak-kanak tersebut yang dikenali sebagai Jieha Adon di aplikasi Tik Tok menarik perhatian ramai. Rata-rata netizen memuji betapa anak lelakinya itu sangat comel.
Tanpa mengetahui jantina kanak-kanak itu, tukang gunting rambut telah memotong rambutnya dengan gaya kanak-kanak perempuan. Ini memandangkan rambut sebelumnya agak panjang dan secara tidak langsung tukang gunting beranggapan anaknya itu adalah perempuan.
Dan setelah dimaklumkan bahawa anaknya lelaki menjadikan situasi kelakar di dalam salon. Suasana terasa lucu dirasakan oleh pekerja salon dan pelanggan lain yang ada di situ.
Setelah dimaklumkan, barulah tukang gunting rambut itu memotong semula rambut kanak-kanak tersebut dengan gaya ala-ala Kpop. Barulah anaknya nampak handsome!
Angin dalam badan membuat rasa tak selesa. Kadang kala buat badan rasa letih. Paling takut bila angin naik ke kepala memang buat sakit kepala. Ada juga sampai muntah dan kena gastrik.
Bila angin banyak terkumpul dalam badan, macam-macam masalah kesihatan ada.Selain mendapatkan rawatan doktor, apa kata cuba petua ni. Hanya guna garam dan lada hitam aje.
Ikuti cara ni. Dah ramai cuba. Memang berkesan!
Petua ni dapat dari Ustaz Hanafi. Saya cuba buat dah 3 malam. Alhamdulillah memang menjadi kepada saya.
Bahan yang diperlukan:
1. 2kg garam kasar
2. 100g lada hitam
Cara rawatan:
1. Masuk dan campurkan dua bahan di atas ke dalam sebuah bekas contohnya besen. Tak perlu letak air.
2. Letak kaki ke dalam besen, pijak-pijakkan campuran garam dan lada hitam tadi.
UNTUK BUANG ANGIN DARI BADANPetua ni dapat dari Ustaz Hanafi. Saya cuba buat dah 3 malam. Alhamdulillah memang menjadi kepada saya.Bahan yang diperlukan:1. 2kg garam kasar2. 100g lada hitamCara rawatan:1. Masuk dan campurkan dua bahan di atas ke dalam sebuah bekas contohnya besen. Tak perlu letak air.2. Letak kaki ke dalam besen, pijak-pijakkan campuran garam dan lada hitam tadi.3. Boleh juga minta orang untuk urutkan kaki dengan garam dan lada hitam yang ada dalam besen itu.4. Buat sebelum tidur malam.5. Buatlah selama 5 – 15 minit.6. Kemudian cuci kaki dan tidurlah.Garam dan lada hitam yang dah digunakan itu jangan buang, boleh guna untuk beberapa kali lagi.Cubalah. Insya Allah memang berkesan badan akan terasa lebih sihat dan segar.Kredit: fb Anie Salmah
3. Boleh juga minta orang untuk urutkan kaki dengan garam dan lada hitam yang ada dalam besen itu.
4. Buat sebelum tidur malam.
5. Buatlah selama 5 – 15 minit.
6. Kemudian cuci kaki dan tidurlah.
Garam dan lada hitam yang dah digunakan itu jangan buang, boleh guna untuk beberapa kali lagi.
Cubalah. Insya Allah memang berkesan badan akan terasa lebih sihat dan segar.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...