Semakin berusia seseorang, semakin bertambah segala penyakit dalam badan. Angin, lenguh sana sini dan sebagainya lagi. Lebih teruk lagi bila salah makan, makin mengundang macam-macam masalah pada tubuh.
Buat ibu-ibu yang ada masalah sakit badan, angin dan lenguh-lenguh badan, boleh cuba petua ini. katanya dapat membantu menghilangkan angin dan lenguh badan. yang ada masalah sakit kaki juga boleh cuba.
Petua ini dikongsikan oleh No Or. Selamat mencuba!
PETUA HILANGKAN SAKIT KAKI DAN LENGUH BADAN
Selain dari perlu jaga apa yang kita makan dan amalkan gaya hidup sihat, ada beberapa petua jugak yang orang-orang dulu biasa amalkan untuk hilangkan sakit badan dan kuarkan angin dalam badan kita ni.
Salah satu petua yang Cik No nak kongsi ni, di amalkan sendiri oleh emak kawan baik Cik No sendiri. Mak dia buat air ni untuk minum. Untuk hilangkan sakit-sakit badan dan buang angin. Memang berkesan sangat.
Kebas kat kaki dan tangan pun boleh lega. Selain dari tu, kalau yang ada masalah susah buang air besar pun boleh cuba tau. Sebabnye die boleh bantu untuk cuci darah beku dalam badan jugak.
BAHAN-BAHAN:
*halba 1 bungkus (50sen)
*halia 1 – 2 inch
*serai 1 batang (yang gemuk)
*air 3 gelas besar
1 sudu asam jawa
CARA-CARA
1. Rebuskan semua bahan bertanda * dalam periuk hingga mendidih.
2. Bila dah mendidih, angkat dan campurkan rebusan tadi dengan 1 sudu asam jawa.
Seeloknya, minum masa suam.
Paling bagus minum sebelum masuk tidur. Insha Allah, bila bangun pagi, badan rasa segar je.
Boleh amalkan 1 atau 2 kali seminggu.
**Nota:
Lebihan air rebusan ini boleh disimpan dalam peti ais 1 hari saja.