Semakin berusia seseorang, semakin bertambah segala penyakit dalam badan. Angin, lenguh sana sini dan sebagainya lagi. Lebih teruk lagi bila salah makan, makin mengundang macam-macam masalah pada tubuh.
Buat ibu-ibu yang ada masalah sakit badan, angin dan lenguh-lenguh badan, boleh cuba petua ini. katanya dapat membantu menghilangkan angin dan lenguh badan. yang ada masalah sakit kaki juga boleh cuba.
Petua ini dikongsikan oleh No Or. Selamat mencuba!
PETUA HILANGKAN SAKIT KAKI DAN LENGUH BADAN
Selain dari perlu jaga apa yang kita makan dan amalkan gaya hidup sihat, ada beberapa petua jugak yang orang-orang dulu biasa amalkan untuk hilangkan sakit badan dan kuarkan angin dalam badan kita ni.
Ads
Salah satu petua yang Cik No nak kongsi ni, di amalkan sendiri oleh emak kawan baik Cik No sendiri. Mak dia buat air ni untuk minum. Untuk hilangkan sakit-sakit badan dan buang angin. Memang berkesan sangat.
Kebas kat kaki dan tangan pun boleh lega. Selain dari tu, kalau yang ada masalah susah buang air besar pun boleh cuba tau. Sebabnye die boleh bantu untuk cuci darah beku dalam badan jugak.
BAHAN-BAHAN:
Ads
*halba 1 bungkus (50sen) *halia 1 – 2 inch *serai 1 batang (yang gemuk) *air 3 gelas besar 1 sudu asam jawa
CARA-CARA
Ads
1. Rebuskan semua bahan bertanda * dalam periuk hingga mendidih.
2. Bila dah mendidih, angkat dan campurkan rebusan tadi dengan 1 sudu asam jawa. Kacau hingga sebati.
Seeloknya, minum masa suam. Paling bagus minum sebelum masuk tidur. Insha Allah, bila bangun pagi, badan rasa segar je.
Boleh amalkan 1 atau 2 kali seminggu.
**Nota: Lebihan air rebusan ini boleh disimpan dalam peti ais 1 hari saja.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Mendidik anak mengenai penjagaan gigi memerlukan kesabaran dan displin. Setiap pagi dan sebelum tidur kena pastikan anak-anak mengosok gigi. Ia penting agar tiada kerosakan gigi.
Bayangkan jika gigi rosak seperti berlubang atau anak sakit gigi, tentu meraung menahan sakit kan.
Ikuti perkongsian Dr Izaza Mohd Zan mengenai akibat tiada penjagaan kebersihan gigi kepada anak yang masih kecil.
Yang mana paling susah, berus gigi anak tiap hari atau bawa anak tampal gigi?
Ofkos lah nak kejar anak berus gigi tiap hari kat rumah paling susah
Tapi, nak kejar anak tampal gigi kat klinik gigi super duper susah bukan je paling, tahap infiniti tu kadang kadang nak kejar
Letih Doktor gigi dengan nurse nurse sekali kena full marathon, tak pasal keluar peluh berjurai jurai walaupun ada aircond
So, better lah mak ayah yang berpeluh kat umah, bermarathon dan berpassing baton kat umah daripada pass baton sambung bersihkan gigi anak anak kat klinik
Sebab, tak semua Doktor gigi ada skill dan ada keSABARan tahap dewa dewi nak tampal gigi anak-anak ye
Masa yang diperuntukkan untuk tampal gigi anak-anak kadang-kadang lebih dari masa nak buat crown sebatang
Kesian Doktor dan pesakit yang menunggu di luar. Jadi, parents plis bawa anak sekarang ke klinik gigi sebelum gigi jadi hitam berlubang macam dalam gamba
Biarlah gigi anak cantik, tak rosak dan tak sakit sekali pun, kena bawa ke klinik gigi .
Kredit: Dr Izaza Mohd Zan
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
“Sebenarnya dari minggu lepas saya simpan khabar gembira ini. Kami di Lembah Klang sudah mulai nampak titik cahaya dihujung terowong yang gelap. Samar-samar tapi penuh harapan.”
Demikian perkongsian seorang Pakar Anestesiologi di Hospital Kuala Lumpur, Dr Hana Hadzrami, menerusi laman Facebooknya.
Semakin Berkurang Berbanding Dulu
Jelasnya lagi, sejak awal Julai mendapati kemasukan pesakit Covid warga emas mulai menurun. Manakala seminggu yang lalu jumlah kemasukan pesakit warganegara mulai menurun. Majoriti yang datang adalah warga asing.
“Referral dari ED kepada team ICU untuk pesakit Covid kritikal semakin berkurang.
“Kalau dulu, panjang senarai menunggu di papan tulis ICU, dengan kertas bersambung-sambung sebab tak cukup ruang. Sekarang dah nampak sedikit ruang.
“Kalau dulu, mayat berbungkus berselang-seli dengan katil pesakit hidup, dan canvas memenuhi segenap ruang dan laluan di ED. Sekarang dah nampak lantai.
“InsyaAllah vaccine works!”
Bagaimana pun katanya, jumlah pesakit kategori ringan mungkin masih ramai tetapi mereka cuma perlukan pemantauan dan rawatan di wad sahaja.
“Masih ada referral pesakit Covid kritikal ke ICU dari kalangan warganegara namun terdiri dari mereka yang tolak vaksinasi. Apa nak buat.
“Ada juga pesakit Covid kritikal dari kalangan yang divaksinkan namun mereka sembuh sangat cepat berbanding yang tak divaksinkan langsung.
“Empat pesakit kami yang dah divaksinkan perlu bantuan pernafasan hanya 3-4 hari berbanding 2-3 minggu pesakit lain yang tak sempat menerima vaksin. Mereka pulih dengan X-ray dada yang bersih. Berbanding dengan majoriti yang rabak paru-parunya. Belum masuk yang dah meninggal,”ujarnya.
Bagaimana pun katanya, jumlah pesakit di ICU masih ramai kesan kemasukan pesakit sebulan yang lepas. Bahkan jumlah mereka yang meninggal sebelum mendapat rawatan di hospiral juga masih ramai.
“Kita belum lagi menang. Tak sabar nak jadi macam Sarawak. Di sana pesakit Covid kritikal di ICU hanya 3 orang. Sejajar dengan kelajuan dan keluasan kadar vaksinasi mereka.
Kita berusaha dan bertawakkal. InsyaAllah vaccine works!,” ujarnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa syukur dan berharap agar negara segera pulih daripada wabak ini. Bahkan tidak kurang juga yang berkongsi pengalaman menjadi pesakit Covid-19 dan bersyukur cepat pulih memandangkan telah menerima vaksin sebelum itu.
“Alhamdulillah saya stage4 dan sudah vaksin 2dos Astrazeneca. Syukur saya discaj dgn paru paru bersih dan tiada komplikasi. Saya kena wad seminggu cukup hingga habis tempoh sebab saya obesiti dan darah tinggi, doktor pastikan saya betul2 sihat dan tamat kuarantin. Terima kasih doktor dan jururawat 6c, hospital selayang” -Hidayah Mustapha
“Demi malaysia ku.. mudah mudahan.. sbgai rakyat sy juga berusaha mnjaga sop sebaik mungkin… alhamdullilah 2nd dose yesterday… hopefully sihat dan dijauhi dr wabak…tinggal utk vaccine ank2 yg berumur 12 tahun keats shj”-Suhaila Shahid
“Alhamdulillah di sebalik kedukaan ada sedikit berita kegembiraan buat kami di lembah klang…terima kasih buat semua frontliner yg bertungkus lumus…yg pasti kita belum menang jgn terlalu leka ..tp yakin kita akan menang inshaAllah.”-Wahidah Abu Talil
“Alhamdulillah. Semoga jumlah kes semakin menurun. Harap ramai yg dh sedar kepentingan vaksin dan mematuhi SOP. Terima kasih kpd para frontliners. Moga anda terus kuat mental n fizikal.” Aamiin-Anaz Zaman
“Syukur alhamdulillah. Rasa nak nangis baca ni doktor. Sebak🥺. Kat lembah klang ni dh mcm ketakutan nak ke mana2. Semoga cepatlah proses vaksin. Semoga dengan usaha ini Allah lindungi kita dan memberi kesembuhan terbaik. Semoga frontliners dilindungi dan diberikan kesihatan yg baik. Hanya Allah dpt mmbalas jasa kalian.”-Sarah Roslan
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Apabila ditanya tentang pilihan menu popular yang sering disediakan pada hujung minggu untuk keluarga, pasti ramai antara kita gemar menyediakan hidangan Nasi Lemak. Memandangkan rasa hidangan nan satu ini cukup digemari ramai, bukan sahaja bagi orang dewasa malah anak-anak juga.
Pun begitu, tidak dapat dinafikan untuk menyediakan set lengkap sajian nasi lemak ini diakui sedikit ‘renyah’. Apa tidaknya, selain kita perlu menanak nasi kita juga perlu sediakan sambal ikan bilis terlebih dahulu di samping perlu merebus atau menggoreng telur, mengghiris timun, dan menggoreng kacang tanah.
Menyentuh tentang bab menggoreng kacang tanah walaupun tidaklah sesukar mana, tetapi kita sering berdepan dengan masalah ‘terhangus’ kerana gagal mengawal api. Sudahnya kacang tanah yang sepatutnya menambah rasa sedap nasi lemak menjadi sebaliknya. Malah lebih teruk menggagalkan rasa enak hidangan yang telah disediakan. Akhirnya kacang tersebut terbuang begitu sahaja, langsung tidak dimakan. Benar bukan?
Jadi macam mana nak masak kacang tanah dan nak pastikan ia tak hangus? Kena cuba petua ini.
Begini caranya:
1. Tuang minyak ke dalam kuali.
2. Tanpa tunggu minyak panas, terus sahaja masukkan kacang tanah.
3. Biarkan hingga minyak panas dan biarkan digoreng hingga masak.
4. Hasilnya kacang takkan jadi hangus. Pasti!
#Pilih Sangai
Selain itu, anda juga boleh menggunakan kaedah yang sama, cuma masukkan minyaknya sedikit sahaja dan sangailah kacang hingga masak. Pastikan kacang terus dikacau sentiasa. Hasilnya kacang tidak akan hangus malah lebih rangup dan cepat masak.
#Sejuk Dahulu
Begitu juga ketika memasak Sambal Bilis Kacang, pastikan kacang digoreng dalam kaedah yang sama tanpa memanaskan minyaknya terlebih dahulu. Asingkan kacang hingga sejuk kemudian barulah dimasukkan bersama ikan bilis.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pelajar meninggal dunia, tak sempat tengok keputusan SPM, guru kongsi kisah sedih. Seorang guru berkongsi kisah menyentuh hati mengenai bekas anak muridnya yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman selepas menjalani pembedahan apendiks, hanya beberapa hari sebelum keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 diumumkan pada hari Khamis.