Mendidik anak-anak ini ada caranya. Oleh itu ramai ibu ayah ingin memberikan yang terbaik buat anak.
Menurut guru, Ustazah Aminah Mat Yusof, ramai yang bertanya cara mengawal akhlak dan tingkah laku anak sejak mereka kecil.
Di sini beliau sertakan beberapa petua hebat orang lama yang wajar dicontohi.
1. Bangun dari tidur
Semasa anak bangun dari tidur orang pertama yang dicari ialah ibu ayahnya. Masa tu bisik di telinganya ini:
اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِىْ اَحْيَانَا بَعْدَمَآ اَمَاتَنَا وَاِلَيْهِ النُّشُوْرُ
Alhamdu lillahil ladzii ahyaanaa ba’da maa amaa tanaa wa ilahin nusyuuru
Maksudnya:
Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami sesudah kami mati (membangunkan dari tidur) dan hanya kepada-Nya kami dikembalikan”
2. Mandi
Selepas mandikan anak, sambil lapkan badannya, amalkan ayat 100 dari surah as-saafat.
رَبِّ هَبْ لِى مِنَ ٱلصَّٰلِحِينَ
Maksudnya:
Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang soleh.
3. Makan
Semasa anak sedang makan, baca doa :
“Ya Allah.. Berkatilah rezeki yang anakku makan, sebagai mana berkatnya rezeki hamba-hambaMu yang soleh”
4. Bermain
Bila melihat anak-anak sedang bermain, bacalah doa ini:
” Ya Allah peliharalah anakku sebagaimana Engkau memelihara hamba-Mu yang soleh dan solehah”
5. Tidur
Sebelum anak tidur bacakan surah An-Nahl ayat 78 :
وَٱللَّهُ أَخْرَجَكُم مِّنۢ بُطُونِ أُمَّهَٰتِكُمْ لَا تَعْلَمُونَ شَيْـًٔا وَجَعَلَ لَكُمُ ٱلسَّمْعَ وَٱلْأَبْصَٰرَ وَٱلْأَفْـِٔدَةَ ۙ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
Maksudnya :
“Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur”
Hanya pada Allah kita sandarkan hajat dan harapan. Moga dari kita lahir generasi yang baik, berakhlak, soleh-solehah dan cemerlang dunia akhirat.
Sumber: Aminah Mat Yusoff
*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Terkini: E-TOUR KE FARM IN THE CITY. ENJOY!
MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.
MedicKeluarga: Obesiti dalam keluarga atasi cara selamat.
MedicKeluarga: Berapa lamakah luka jahitan czer atau caesarean akan pulih? Bilakah masa sesuai untuk memulakan hubungan intim?
MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.