Petua Emergency Bila Muka Tetiba Naik Jerawat!

Share

Ingatkan jerawat ini hanya ‘singgah’ di wajah kita masa zaman remaja sahaja. Rupanya kini bila sudah beranak pinak pun, sesekali  jerawat ini muncul juga di wajah.

Tidak mahu terlalu lama jerawat  dibiarkan ada di wajah, bagus kiranya segera lakukan petua ini dengan menggunakan buah tomato.

Untuk lebih detail, ini perkongsiannya.


Ni salah satu petua emergency Aisyah bila muka tetiba naik jerawat. Petua ni bukan setakat simple, tapi memang berkesan sangat.

Aisyah tau ramai dah tahu petua ni. Tapi tak pe, kot kot ada yang tak tahu lagi. Boleh la try nanti.

Petua ni Aisyah dapat dari sorang MUA dulu. MUA ni citer dulu dia ada makeup kan model yang ada jerawat pasir. Lepas dia advice model tu pakai tomato ice kat muka, kulit model tu licin sangat.

Petua tomato ice ni bukan setakat boleh kecutkan jerawat dengan licinkan kulit, tapi kalau ada parut jerawat pun boleh hilang tau. Kalau konsisten pakai, pori-pori muka pun boleh makin kecik.

Ok jom tengok cara buat tomato ice ni;

1. Masukkan sebijik tomato dalam freezer 3-4 jam. Pastu potong dua.

2. Amik sebelah tomato yang dipotong tu pastu golek golek kat muka sampai tomato tu hancur.

3. Biarkan dia kering 15-20 minit. Pastu baru basuh

**Sehari boleh buat 2 kali. Try konsisten buat seminggu insyaAllah nampak beza nanti.

Khasiat tomato ice
– kecikkan pori pori muka
– kurangkan minyak kat muka
– kurangkan sembab muka
– melancarkan darah muka, nanti muka pinkish pinkish
– hilangkan blackhead
– sekatakan warna kulit
– kurangkan jerawat

Next time Aisyah share cara kita nak boost kan khasiat tomato untuk cerahkan kulit. Just tambah lagi satu bahan jek kulit boleh lagi cerah plus lembut.

Selamat mencuba

Sumber : Aisyah Badar Bajrai